Langkau ke kandungan utama

Cinta Hati As suka Kucing

Assalamualaikum...

Kepala pusing + sakit tekak + hati sakit + cuaca panas = rasa kurang sihat sikit..alhamdulillah kerana sakit.

Tapi sebagai peniaga online yang menjawab telefon dan sms, tanda senyuman mesti dibuat...kerana customers is always lovely person...tapi Cinta Hati As lagi di hati yer...jangan cemburu..hehehe...


Siapa Cinta Hati As?

1. Allah - > tiada yang disembah melainkanNya

-- ada orang kata as poyo dengan statement di atas. Kerana mungkin dia fikir as berpura-pura alim. Hurm...as malas nak cakap apa...ikut suka hati anda.

2. Rasulullah S.A.W

-- agak sukar untuk mencontohi tauladan Baginda....sering kali tewas dengan perasaan dan hawa nafsu...
teruja dengan Laksamana Sunan yang sedaya upaya mengikuti jejak langkah baginda (hanya watak fiksyen)

3. Ibubapa

-- as rasa majoriti pasti sayangkan ibubapa...walau apa pun terjadikan? mungkin ada kes yang terpencil..
As sekarang ni sedaya upaya untuk membantu mak abah. As taknak dah tengok diorang sedih.

4. Adik beradik & keluarga

-- as tak ramai adik beradik, apabila kami bergaduh as rasa sungguh sakit hati...sedih sangat..tidak bolehkah kita berbaik sepanjang masa?

5. En Tunang

-- tahap anda jatuh no 5...insyaAllah anda dan ibubapa anda akan masuk pada tahap no 3 sama level dengan ibubapa saya setelah bergelar suami saya yang sah

6. Sahabat

--alhamdulillah, setakat ni sahabat-sahabat as orang yang hebat, mereka sangat patuh pada Allah, jika as ada buat salah, mereka akan tegur dengan baik, begitu juga jika diorang salah, as pun akan tegur. pernah bergaduh tapi berbaik semula atas faktor kerana kasihkan hubungan yang terjalin kerana Allah.

7. Diri sendiri

-- as sayangkan diri as...tapi as cintakan lagi cinta hati as di atas.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cinta Hati As sukakan kucing...


Hurm.................

Cinta Hati As a.k.a En tunang tidak tahu rupanya as sukakan kucing....

Ha..ha..ha..evil laugh...

Macam-macam dia nak suruh as buat,

- Mandikan kucing -> as rasa boleh tapi memang bergaduh la dengan kucing..
- Buang najis -> ni memang nak kena la kucing ni, apa tak reti dah ker kambus...hahaha
- Jaga kucing -> memang akan jadi best friend la dengan kucing sampai En Tunang duk tepi jerla..kikiki...


As suka kucing, masa kecik kecik as dengan kucing tidur sebantal...(padahal kidnap bawak masuk dalam kelambu)

Ibu kucing sangat garang dengan as sebab selalu bawak lari anak-anak dia...kalau terserempak dengan as memang akan kena semburla dengannya...

Bila dah besar ni, as dah kurang dengan kucing, sebab as cuba bercakap dengan kucing tapi kucing dah tak memahami bahasa as....waaa sedihnya...


Oh ya ada anak kucing 4 ekor dekat rumah along....kesian comot-comot, tapi as tak reti nak cuci macam mana.. kecik macam kat bawah ni la (^^)/ walaupun comel tapi tetap comot...

Cumelnya anak kucing ni...

Rumate as a.k.a sahabat as sangat takutkan anak kucing lagi-lagi yang belum ada telinga (katanya)..cam kat atas...hahaha

Dia sangat geli...dan boleh tahap menangis la kalau kucing tu terus duduk kat dia...hehehe...

As sangat-sangat tak memahami kalau orang tak suka kucing...tak faham apa perasan tu...ada tak pembaca blog yang tak suka kucing? boleh beritahu as sebab apa?

Surat Buat Cinta Hati As


Cinta Hati As, tak sangka awak suka kucing....apa lagi yang awak suka? oh nak tanya juga apa yang awak tak suka yer?

Kalau as tanya direct, mesti dia buat soalan yang kadang-kadang as tak boleh nak jawab...kena hati-hati ni...bahaya-bahaya...

Kita tanya dia dia tanya kita balik....Soalan di balas Soalan...hahaha...memang pantang as..tapi as pun suka buat..sebab kadang-kadang soalan itu merupakan jawapannya...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...