Langkau ke kandungan utama

Kursus Perkahwinan Bulan Ramadhan 2013 - ada EXAM jugakah?

Assalamualaikum..

Hai..hai..hai...siapa belum ambil kursus perkahwinan? 

As dah lama ambil.....(^^)/
Sekarang ni as kena tolong Cinta Hati As pula usha-usha tempat kursus kahwin area Putrajaya.

bebelan >>>>>Ituu laaa.....len kali letak sepah-sepah sijil nikah tu....tah tah kena bawak lari tikus, kata pandai jaga barang sekecil-kecilnya.....(~~)/

tapi takper, bagus juga hilangkan sijil kursus kahwin tu, boleh refresh balik ilmu rumah tangga dan hukum hakam perundangan keluarga Islam....

ada persoalan dari kawan as : ".ish yer ker hilang....as ko tau tak...orang yang dah kahwin ni, sijil kursus kahwin dia ada cop tau???"

ahakssssss..........CINTA HATI AS sila jawab dengan jujur!!! (~~)/

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keliru

As sebenarnya ada sedikit kekeliruan...apa beza Kursus Perkahwinan (KP) dengan Kursus Pra Perkahwinan?

Masa as tanya encik Google untuk tengok lokasi KP yang berdekatan masa bulan puasa ni, as terjumpa kursus Pra Perkahwinan juga.

So as tertanya-tanya juga apa beza nih?

Tapi as terlalu sibuk nak ambik tahu semuanya...as terus highlighting yang Kursus Perkahwinan anjuran JAKIM

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ujian dalam Kursus Kahwin

Hehehehehe.......masa as ambik kursus kahwin di UKM tahun 2008 takder ujian ni tau...hahahaha

Oppssss tak baik gelak-gelak...

Tadi kawan as call, dia kalut bagitau bulan ni (RAMADHAN 1434 H) kemungkinan last Kursus Kahwin tanpa exam. Maksudnya bulan depan mungkin selepas raya, akan ada ujian dalam kursus kahwin. 

So kawan as ni cadang nak ambil kursus kahwin laju-laju dalam bulan ni sebelum raya.....(^^)

Sebenarnya kalau di Pahang dah lama ada ujian ni, mungkin Selangor baru nak buat..

Maka as pun dengan gembira call Cinta Hati tanyakan jika dia suka atau tak masuk exam dalam Kursus Kahwin..hehehehehe........

Mengeluh juga Cinta Hati As...nak kahwin pun susah katanya...hahahaha

Ye sayang....kecil jer ujian tu berbanding tanggungjawab terhadap amanah yang akan di pegang nanti (^^)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kursus Perkahwinan 2013

Bagi mereka yang tinggal area Putrajaya Selangor, boleh klik link SINI


Kursus Perkahwinan 2013

Jenis Iklan: 
Iklan
Tarikh Akhir Paparan: 
Disember 31, 2013
Kursus Perkahwinan
Tempat: Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya
Aturcara Kursus:
  • Hari Pertama: 12.30 tgh hingga 7.00 ptg
  • Hari Kedua: 8.20 pg hingga 7.00 ptg
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:
Pn. Noralifah binti Ismail013-3257540
Urusetia (Pn.Rosnani)
013-6329351
(PKPU) Jakim Putrajaya03-8888 0257
Us. Nazri bin Shuaibon03-8888 5678/017-3879840
No. Fax Masjid Putra03-8888 3166
No. Fax PKPU Jakim Putrajaya03-8888 0261
e-mailmadalifah@yahoo.com
Laman Webwww.pkpu.net
Tarikh Kursus Perkahwinan:
19 & 20 Jan 201323 & 24 Feb 201330  & 31 Mac 2013
27 & 28 April 201325 & 26 Mei 201329 & 30 jun 2013
27 & 28 Julai 201324 & 25 Ogos 201328 & 29 Sep 2013
26 & 27 Okt  201323 & 24 Nov 201328 & 29 Dis 2013

Tarikh dalam bulan Ramadhan ni ialah 27 & 28 Julai 2013

Apa yang as musykilkan sekarang ni ialah waktu kursus....takkan sama dengan waktu hari lain?

As dah emailkan persoalan tu tapi masih belum balas....nampaknya kena call la...

Nak buat macam mana Cinta Hati seorang PENYEGAN 

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Persoalan?


Perlukah as ambik kursus kahwin sekali lagi?

Rasa sijil as boleh pakai seumur hidup...itu yang di beritahu masa tengah kursus dulu....

As dah lupa tentang hukum-hukum dan tanggungjawab isteri dan ibu???? 

hurm rasanya, as tak lupa...dan pastinya kalau as tak tahu, boleh tanya sahaja pada facebook ustaz-ustazah.

Buku pun banyak....

Duniakan canggih (^^)/ google pun boleh.

Dan rajin-rajinkan lah baca alQuran bersama tafsirannya sumber yang sohih dan kalam Allah.

Ulasan

Farah Waheda Wahid berkata…
siapa2 yang belum pergi kursus lagi tu, cepat2lah... nanti karang kena amik exam...ekekeke... tapi effective dan relevantkah kursus kahwin ber-exam nak menangai kepincangan institusi keluarga yang semakin berleluasa sekarang? *_^ tepuk dada tanya selera...
Acik As berkata…
exam for wedding? effectiveness and relevant? entahla...(^^)

ada pro and con

pernah kawan as citer masa dia ambik exam kursus kahwin ada sorang laki yang tak lulus....kesian juga...tapi still boleh kawin..

cuma ia satu pengajaran tentang betapa ilmu agama itu penting dalam rumah tangga...terutamanya yang basic macam mandi hadas, wuduk, bacaan asas dalam solat.
Mia Liana berkata…
wahhh dah nak ada exam ekkk sekarang ni....

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...