Langkau ke kandungan utama

Zakat seorang anak perempuan dan isteri

Assalamualaikum,,,

tersentap kejap hati as...

as terlupa akan perasaan abah...

sedih rasa hati apabila baca mesej antara as dan abah.

apa yang berlaku????

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendapatan as sejak berniaga online ni..., alhamdulillah setakat ni lepas untuk makan minum bayar sewa rumah dan membeli keperluan asas untuk diri sendiri seperti kain baju.

Setiap kali mak abah nak beri wang saku, as akan minta mak simpan sahaja atau berikan pada adik as. Sebab adik seorang yang masih bergantung kepada mak abah.

Mak selalu sedih sebab kadang-kadang dia terlupa nak bagi duit pada as...yer la dulu-dulu as selalu minta duit dengan mak setiap hujung bulan.

Tapi sekarang as dah tak minta....

Oh emak...jangan bersedih, sekarang as dah boleh usaha cari duit sendiri...as hanya perlukan doa keberkatan dari mak abah sahaja...itu sudah sangat mencukupi bagi as.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh kerana as dah mampu untuk mencari duit keperluan harian as, maka as rasa sudah tiba masanya as membayar zakat fitrah untuk diri as sendiri.

Maka as pun mesej sahaja lah abah :

  • Today
  • Asnida Nordin

    abah dah bayarkan zakat as? ingat nak bayar...wakil ke abah tak boleh ker?
  • Masjid Pulau Pasir Mandi

    Boleh....... Tapi, abah masih hidup lagi, lagi pun tahun ini, tahun terakhir kewajipan abah, Insya Allah, tahun depan suamimu pulak........


---------------------------------------------------------------------------------------------

As rasa nak menangis sangat-sangat dengan jawapan abah.......

Ayat abah masih hidup lagi dan ini tahun terakhir kewajipan abah...Allah....rasa sedih dan terharu dengan kata-kata abah


Ini surat buat abah dan mak

Mak...Abah.....

as sayang sangat dengan mak... abah.....
jodoh as dengan mak abah akan kekal sampai bila-bila sehingga ke akhirat
jodoh as dengan bakal suami as belum tentu lagi...tetapi biarlah ia kekal hingga ke akhir juga
segala ilmu kehidupan yang mak abah ajarkan secara langsung dan tidak langsung akan as gunakan dengan sebaiknya
kadang-kala hati as ni rasa macam tak puas lagi nak bermanja dengan mak abah
tapi bila jodoh itu sampai, as nampak mak abah orang yang paling gembira
as kadang-kadang keliru juga...
untuk apa seorang anak perempuan berkahwin dan tinggalkan mak abah?
jawapan yang diberikan ada dalam alQuran
oleh itu, as harap mak abah tidak berkecil hati sekiranya as mengutamakan suami as nanti
dan as juga akan cuba tidak terlalu sedih sekiranya as terpaksa meninggalkan mak abah
as akan cuba sedaya upaya doakan kesejahteraan mak abah walau as tidak ada di sisi mak abah nanti.

Mak Abah

Terima kasih yang tiada penghujungnya kerana melahirkan, membesarkan, mendidik as dengan baik.
Maafkan segala kekhilafan yang ada dalam diri as
Sentiasalah doakan as menjadi anak dan isteri solehah.

Selepas ini, syurga as bawah kaki suami as pula.
InsyaAllah, as akan cuba yang terbaik untuk suami as. Namun, as tetap takkan lupakan jasa mak abah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...