Langkau ke kandungan utama

Apa cita-cita as?

Assalamualaikum............(✿◠‿◠)


Kalau kecik-kecik dulu...orang tanya apa cita-cita as....as cakap nak jadi doktor pakar bedah...ni citer-citer budak umur 5 tahun

Fuhhhh....besor citer-citer nak jadi dokter nih...hua hua hua..

Kenapa as nak jadi doktor? As tak ingat sebab apa..mungkin sebab as tengok tv, pastu as tengok doktor bedah orang. Lepas tu orang-orang besar sekeliling macam suka kalau as suka jadi doktor...

Tapi ni citer-citer as masa kecik...as tak dapat jadi dokter sebab as takut tengok darah yang banyak....hahaha...

Walau bagaimanapun as adalah ahli bulan sabit merah tau....kalau cpr tu terdesak sangat lambat ambulan sampai boleh la as buat...hohoho...

Tengah tengok drama good doctor - joo won autism


Lepas as masuk sekolah menengah...cita-cita as nak jadi doktor falsafah...sebab waktu tu as cakap kat diri sendiri kalau tak dapat jadi doktor bedah orang..kita jadi doktor falsafah pun ok jugak la.....

Waaah...begitu mudah as buat keputusan kan???

Doktor falsafah maksud as kat sini as nak jadi orang sastera....maybe penulis puitis dan karya-karya sastera macam A.Samad Said...



Tapi......sastera as tak berapa pandai sangat walau as dapat higher mark dalam kelas...

Jadi as tukar cita-cita as nak jadi pakar sejarah....hua hua...sebab as rasa as mungkin boleh ingat sejarah melaka...tapi kalau tanya sekarang dah tak ingat...huhuhuhu...

Lepas habis form 6, as pun minta masuk bidang sejarah oh ya termasuk geografi..sebab as rasa as pandai geografi...

As fikir nak jadi pakar sejarah dan pakar geografi...tapi hampa...sebab satu pun tak dapat nak jadi...UKM tawarkan as ambik bidang Multimedia.

Apabila dah masuk bidang multimedia as tukar cita-cita as nak jadi TOP GRAPHIC DESIGNER in the world....huaaa.....melampau tak?

As sukakan main dengan design, main dengan color, tapi satu as lupa.....sejak dari kecil, as sememangnya takder bakat seni lukisan, maka...........seni graphic as hanya dapat B setiap kali ada ujian.

Pensyarah as mesti cakap......please re do it AGAIN....

Lukisan bawah ni adalah lukisan yang as dapat 10 markah penuh...bila tengok balik ok...seriously..macam lukisan budak 5 tahun atau mungkin lagi bawah...hua hua hua...Hahahaha......



Lepas as habis buat degree as pun dapatla cita cita as jadi graphic designer dan dalam masa yang sama as jadi programmer juga.

Tapi...as tak banyak pengalaman...so as decide berhenti kerja dan sambung belajar.

Dalam masa sambung belajar, as belajar cara jadi database designer...huaa..sama jer macam programmer..hahaha...tapi as pergi seperate kan...dan nak jadi database designer pulak...

Tapi dalam masa nak habiskan pembelajaran ni.....

Akak dan along as minta tolong as untuk uruskan iklan produk mereka....hokey.....as applykan segala ilmu yang as tahu mengenai pengiklanan..

Maka-maka as bertukar cita-cita nak jadi the best ADVERTISER....macam citer ni...



As tak tahu sebenarnya iklan as mendapat sambutan tinggi terutama dari luar negara. Sampailah as check email baru as tahu...itupun lembab dah 3 hari baru as buka email...

As jenis tak cekna...kira ada-ada la..waktu tu...

Lepas close deal beberapa urusniaga online.....as rasa seronok sangat.

Maka dari ADVERTISER as bertukar cita-cita lagi as nak jadi BusniessWoman yeay.!!!

Lagi-lagi bisnes online....sangat - sangat best tau...

Semuanya di hujung jari...dan keybord lappy dan henset saja.

Tapi kena rajin la update iklan, update tracking no dengan customer.

Ada masa as tak sempat juga..tapi as cuba yang terbaik, rezeki ada di mana-mana.

Cita-cita as tidak tertakluk pada satu sahaja...tapi banyak lagi...ada yang tercapai ada yang tidak

Semuanya terletak atas usaha, kemampuan dan keizinanNya.

Terima Kasih kepada Cinta Hati As yang memberi sokongan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada mereka yang nak cari side income sama ada tanpa modal/ modal kecil/ modal besar..jum chit chat ngan as kat page fb as....

sila like page fb ASNIDA BEAUTY & HEALTHCARE....


Sayonara

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Design baju nikah, bersanding Cinta Hati As

Assalamualaikum.... Sekarang rasa sangat mengantuk...tapi banyak kerja nak siapkan...jadi as gagahkan mata yang dah semakin mengecil ni.... Sambil dengar lagu di bawah ni yang sering diputarkan housemate, as pun mula mencari pelbagai idea untuk baju nikah dan bersanding..ya masa semakin suntuk...tapi as buat...la..la..la. la...hukhukhuk... As dan cinta hati as dah buat keputusan untuk 3 pasang baju. 2 pasang di rumah as ( akad nikah + bersanding) 1 pasang di rumah cinta hati as (baju bertandang) Bagi baju akad nikah...kami memilih warna baby blue...contoh macam di bawah ni...\(^^)/ material kain ialah satin @ chiffon Baju peplum untuk akad nikah???? Cinta hati as.....awak ok tak kalau as pakai baju peplum masa akad nikah nanti? As fikir nak jubah aja....(^^)/ design jubah lebih kurang macam ni...biasa-biasa saja.. Sekarang ni apa yang as pening kepala sikit...sikit aja...ialah warna untuk baju bersanding...