Assalamualaikum
Alhamdulillah as dan Cinta Hati sudah selesai melakukan ujian HIV....nampak mudah tapi tak juga.
As buat di Kelantan, jauhkan?? Padahal boleh aja buat di Klinik Kesihatan Kerajaan Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.
Kenapa as tak buat kat situ? Sebab waktu nak buat di situ, HIV KIT TEST habis...kena tunggu next week...ujian hiv kat bangi ni buka setiap hari dari jam 2 hingga 4 petang. Tidak perlu untuk temujanji just walk in sahaja.
Tapi bila dah jadi macam as ni better anda call dulu...kot-kot Kit Test habis...yerla bulan 11 ramai yang nak kahwin jadi ramai la yang buat dalam bulan 8 ni.
So, masa as nak pergi shopping di kelantan as buat siap-siap kat sana.
Dan semestinya as bawak sekali surat kebenaran dari Majlis Agama Pahang...
Keperluan lain hanyalah Kad Pengenalan dan duit RM1.
Oh ya make sure majlis anda akan berjalan dalam masa 3 bulan...kalau 4 bulan ke atas, biasanya diaorang taknak buat...kenapa? sebab....erm....as lupa da....senang citer dengar aja cakap as...
contoh kalau majlis anda bulan 11...buatla ujian dalam pertengahan bulan 8...nanti pegawai perubatan akan terangkan sebab apa....
Hasil Ujian adalah Reaktif atau Tidak Reaktif.
Mungkin orang lain akan dapat jawapan Positif atau Negatif tapi pegawai perubatan dah memberikan nasihat bahawasanya, HIV adalah virus yang terpendam, keputusan mungkin akan berubah dalam 5-10 tahun akan datang atau mungkin lebih. Jadi kepada anda yang mungkin ada berkongsi jarum suntikan atau menerima pemindahan darah atau mewarisi dari ibubapa anda..jawapan yang diterima belum pasti lagi. Anda lebih kenal diri anda dari orang lain...jadi jujurlah dengan pasangan anda kerana HIV bukan untuk diwarisi.
Kalau ujian yang anda dapat Reaktif...anda perlu buat ujian yang kedua....kalau hasil yang sama, maka anda disyaki ada tanda-tanda POSITIF HIV
hasil ujian dalam 5-10 minit...tak lama...sekejap aja...
Ujian Minda Sihat.
Seronok juga buat ujian minda ni....as tak ingat bila last as buat....
tujuan ujian ini adalah untuk mengukur tahap minda kita samada normal, stress, dan murung.
Keputusan as normal...tapi ada keputusan yang hampir kepada stress.
Siapa yang tak stress lagi-lagi bila majlis kahwin nak dekat????
Sudah bersediakah nak menerima tanggungjawab sebagai isteri??
Mampukah as melayan suami as dengan baik???
Keluarga suami boleh terima as kah??
As bolehkah bercampur dengan keluarga baru??
Semua orang ada masalah, tapi macam mana nak hadapi masalah itu terpulang kepada diri sendiri dan sokongan orang sekeliling.
Oklah kepada pasangan yang nak berkahwin.....make sure buat ujian ini dengan jujur OK....(^^)/
Ulasan