Assalamualaikum
As kalau boleh nak letak tajuk gempak lagi, tapi atas beberapa faktor menghalang as berbuat demikian.
Hurmm....Ya Allah berilah kesabaran kepada As dan adik-adik as.
Sudah lebih seminggu takder air di rumah kami. Masalah berpunca daripada tekanan air yang rendah dan pam apa tah tak dapat salurkan air ke tangki apartment kami.
Dah la air takder, lepas tu kami dapat notis, bil air naik dan kami juga diminta oleh pihak pemaju membayar baki bil air dari bulan Julai.
Ini tidak adil....rumah kami tidak pernah miss bayar bil, yang dah lepas tu lepas la...ni rumah kami tak kuat guna air tapi jumlah bil setiap bulan mesti lebih RM10.00 kalau dah naik lagi, mesti next bil akan cecah lebih RM 20.00 .
Hal ni membuatkan satu apartment kami mengeluh dan tertekan lagi-lagi keluarga yang ada anak kecil.
Alhamdulillah ada air
Tapi alhamdulillah ada satu paip air dekat dengan Rumah Sampah berfungsi dan membekalkan air kepada semua orang.
Maka, pagi ni kami konon-kononnya nak bangun jam 4 pagi, untuk sambung paip getah yang as beli 20 meter, tapi kerana jenis tidur lewat masing-masing bangun jam 630 pagi. Hahahahaha
Selepas solat subuh kami pun dengan semangat nak sambung paip sampai ke tingkat 4 tapi oleh kerana kami ni semua kurang mahir cara penyambungan getah paip, maka terkial-kiallah kami dan air tak sampai tingkat 4.
Alhamdulillah ada seorang atuk yang membantu dengan menggunakan paip getah dari rumahnya. Maka dapatlah kami kumpul air di tingkat 3.
Pertelingkahan Air
Ingatkan semua orang baik dan bertolak ansur di kejiranan kami ni, tapi rupanya ada juga seorang hambaNya yang jenis tak boleh tengok orang senang.
Dah lama as perhatikan seorang hamba Allah ni, dari mula-mula as masuk apartment ni kira-kira dah 4 tahun la..dan hari ni terserlah HITAM di hatinya.
As cuba bersangka baik selama ni, tapi tadi bila as dapat tau adik-adik as kena marah sebab kami guna paip air tu....rasa macam...haish.......hati as terguris, terasa kecil hati dan apa lagi ya??
Ini adalah first time kami ambil air untuk sambung ke rumah. Sebelum ni kami ambil satu dua botol dan angkut ke tingkat 4. Selama ini juga kami keluar pergi mandi di rumah orang atau masjid.
Kami ada maruah juga takkan nak mandi rumah orang selalu. Maka kami cari alternatif untuk sambung paip ke rumah kami di tingkat 4.
Siap perli - perli lagi yang dia tua dan masih mampu angkut air. Haish, cuba la duduk tingkat 4 dan angkut air berbaldi-baldi dan botol macam kami. Duduk rumah bawah bolehla cakap besar.
Kami hanya kumpul air untuk mandi dan wuduk sahaja, tapi dia kumpul air berbaldi-baldi nak basuh baju pagi ni.
Kami pun nak basuh baju juga tapi fikir cari mesin dobi keluar duit singgit sorang sebab kalau nak guna mesin basuh kami mesti pakai banyak air. Sedangkan paip untuk kongsi ramai orang.
Sebagai orang tua, kita perlu tunjuk contoh yang baik. Selain tu boleh anda marah-marah kami guna host ORANG LAIN punya.
As memang tak suka guna barang orang tanpa minta izin, dari awal-awal lagi pasangan atuk dan nenek dah membenarkan kami menggunakan paip getah mereka dan as sendiri minta izin dulu.
Selain itu, ada seorang abang juga minta kami guna saja getah paip dia, kesiankan kami gadih-gadis ini.
Tapi anda seorang perempuan dan selayaknya kami panggil nenek tidak ada balas kasihan kepada gadis-gadis seperti kami, hanya boleh tergelakkan kami bila tahu kami duduk tingkat 4 masa angkut air. dan ayatnya....oh penatlah kamu......haaa......ayat apa itu?
Kucing
Apa kaitan kucing dalam isu air ni?
Ya. tiada kaitan dengan isu air, tapi orang yang marah-marah kami ni bela kucing.
Dari awal lagi as tak berkenan perangainya yang kurung kucing dia kat luar dan bertutup dengan alas plastik.
Sangkar kucing tu dah la terdedah dengan matahari dan kalau hujan mesti tempias...kalau tutup sekali pun pasti akan rasa sejuk hujan tu.
As tanya kenapa kurung kucing tu? Alasannya taknak kucing tu pergi mengorat kucing lain dan berkawan or gaduh-gaduh dengan kucing lain.
Oh my good.....who you ARE???
Menangis kucing tu minta dilepaskan....
Kesimpulannya
Apa yang as nak kaitkan ialah dengan binatang pun dia macam tu dengan manusia pun macam itu
Tiada perasaan belas kasihan dan bertolak ansur.
Ya Allah jauhilah as dan keluarga dan sahabat handai as dari bersikap demikian.
Hidup ini indah jika ada sifat bantu membantu, bertolak ansur dan kasih mengasihani.
Mood : Terasa hati....anda boleh buat as tersenyum kembali??
Ulasan