Langkau ke kandungan utama

Catatan

Wallpaper As.. Ni.. Da..

Wallpaper As

Salam sejahtera kepada semua yang mengunjungi blog My Idea ni. Rasenya dah lama as tak update blog ni. Hehehe nak buat macam mana, tinggal di kawasan pedalaman amat sukar mencari line internet. Pakai telifon pun tak guna juga,lembab sangat servernya. Apa pun sesape yang rindukan as ni ambik la wallpaper as yang tak seberapa ni . Heheheh (",)

Will U Remember Me - Kyle XY

I've come undone Nobody's won Being alone Has given me hope The seeds that are sown Here on my own Are giving me hope Hope to burn again If I remember you, Will you remember me? If I remember you, Will you remember me? It killed me when you left I become so torn What once felt like theft Is making me hope Now that I can see Who I'm meant to be Now that I am one I can burn again If I remember you, Will you remember me? If I remember you, Will you remember me? And it's a silent voice All I can hear Ringin' in my ear And it's your silent choice Bring me new fears It's bringing me to tears If I remember you, Will you remember me? (x4)

Jom main lintah

Sabtu baru ni aku balik melaka. Masa kat sana, aku dan keluarga sempat tengok orang ternak lintah. Wah besar gile lintah dia. Abang long nak ternak gak ke?? Taknak.... Aku rasa baik ternak cacing tanah. Buahahahah.... Ni gambar aku masa main dengan lintah...Ade berani???

FTSM THE MATRIX

FTSM THE MATRIX , merupakan projek tahun akhir aku. Ia merupakan penjelajahan maya Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Kenapa aku menamakan dia sebagai THE MATRIX.... sebab aku banyak mendapat ilham dari filem the matrix . Projek ini dihasilkan menggunakan pengarangan multimedia jenis 3Ds Max Studio dan VRML pad. Skop projek ini sangat kecil. Aku hanya menumpukan kepada persekitaran luar bangunan dari dalam bangunan. Contohnya, jika pengguna ingin pergi ke bilik kuliah, aku hanya membawa pengguna ke luar bilik kuliah saja . Untuk menggunakan program ini, pengguna perlu mempunyai plugin seperti Cortona atau Bitmanagement. Atas permintaan penyelia, Profesor Dr. Datin Halimah Badioze Zaman , aku perlu meletakkan video suasana dalam bilik kuliah dan bilik penyelia aku sendiri. Pemeriksa projek aku adalah pensyarah seni lukis yang banyak meng'reject' hasil seni aku sebelum ini.... Huhuhu.....habislah aku...

Tahun Akhir Pengajian Multimedia

Salam sejahtera pengunjung blog My Idea...@>---- Sudah hampir 3 tahun blog ni beroperasi. Selaras dengan nama My Idea seharusnya saya menulis idea-idea yang menarik. Tapi yang saya sedar saya hanya banyak merepek yang bukan-bukan je. Heheheh suka hati saya la. Ni kan blog saya. Tahun akhir pengajian ... dalam 3 tahun ni macam-macam pengalaman yang saya lalui. Sedar tak sedar perangai saya pun berubah sikit je. Projek ilmiah pun tak mula lagi. Lembab betulkan. Saya kena buat realiti maya. Kalau projek ni berjaya baru saya akan tulis di sini. Dalam 3 tahun ni jugak saya dah dapat 3 orang anak sedara dan 2 orang sepupu yang sebaya ngan saya dah kawin. Bagaimana dengan saya?? Huhuhuh...terlalu complicated..

Jom Tukar Barang

Salam sejahtera kepada pengunjung blog My Idea..@>--... Adakah anda ingin menukar barang? Ataupun ingin menjual barang... Apa kata cuba pamerkan barang tu dalam laman ni http://www.tukar-barang.acdra.net Laman ni dibina oleh aku sebagai latihan industri di tempat kerja.. Kalau nak komen tentang laman ni pun boleh la emailkan kat as@acdra.net K....selamat bertukar barang..

Jom berkenalan...

Ini lah gambar aku yang agak terbaru. Sebenarnya payah gak nak letak gambar dalam ni, malu jugak. hihihi... Tapi tak kira nak letak gak...

Huru hara jadinya..

Ini adalah hasil gambar kucing yang aku edit malam tadi. Hihihi... rosak jadinya gambar kucing ni. Sebenarnya aku nak letak gambar typografi aku yang terakhir, tapi entah kenapa takleh nak upload lak.

Typografi Bulu Ayam

Ini adalah tyografi yang seterusnya setelah yang kedua telah ditolak. Kawan-kawan aku kata lawa la, cantik la. Tapi bila sampai ke meja pensyarah, huhuhuu...dia tak puas hati lagi. Bagi pensyarah aku, dia tak memandang cantik tapi seni. Aku tak guna konsep yang dia ajar. Konsep kedalaman warna, konsep sudut cahaya, bayang. Sedihnya, dah la nak masuk exam waktu tu. So, aku pun buat yang lain. Kali ini dia minta aku hasilkan typografi guna geometri yang ringkas seperti bulat.

Daun ke bulu ayam

Ini adalah typografi. Jika di perhatikan dengan teliti, aku menghasilkan daun menggunakan nama aku sendiri. Ini adalah hasil kerja yang kedua setelah typografi hujan biru di tolak. Tapi ini pun ditolak juga. Maka aku pun hasilkan typografi yang lain.

Hujan Biru

Hasil kerja ini kena guna 100% adobe illustrator. Tapi telah mendapat kritikan yang teruk dari pensyarah. Maka, aku pun buat yang lain .

Adik Beradik Harimau...

Ini adalah imej manipulasi. Hasil kerja berkumpulan. Jika sesiapa yang pandai melihat dengan teliti, mereka akan nampak pelbagai kategori keluarga kucing. Dalam gambar ni ada gambar kucing, singa dan harimau dan harimau bintang.

Shading Shape

Huih...pink. Asalnya hitam, tapi boring la sebab semua budak kelas hantar warna hitam, so aku pun tukar jadi warna pink. Rasa-rasa berapa markah yang pensyarah bagi. Aku pun tak tau la. Shading shape ni diberi pilihan sama ada nak buat dengan hasil tangan atau pun guna adobe illustrator. So aku pun pilih guna adobe. Dah cuba buat dengan lukisan tangan tapi, lebih 10 helai kertas yang aku buang. So, aku mahir lagi guna adobe illustrator. :p Shading shape yang dihasilkan ni banyak lagi kelemahan tapi aku terpaksa hantar juga sebabnya nak cepat balik kampung hari tu.

Hasil Kerja Seni Lukis Seni dan Grafik

Ini adalah hasil kerja berkumpulan. Kami telah diajar untuk bagaimana nak letak huruf yang sesuai dalam cover magazine ni. Kami menggunakan konsep ruang putih. Hasil kerja ini pada mulanya di tolak oleh pensyarah. Maka kami pun mengubah semula kedudukan gambar dan tulisan. Jika diperhatikan tulisan mengenai tajuk-tajuk kecil dalam majalah, kami meletakkan ia disebelah kiri. Ini kerana pembaca telah mempunyai kebiasaan untuk melihat sudut sebelah kiri dahulu. Selain itu, kami turut meletakkan harga di sebelah kiri atas, kerana pembaca di Malaysia, akan memerhatikan harga setelah melihat tajuk majalah tersebut. Inilah lumrah penduduk Malaysia, kata pensyarah kami. Bar kod pula kami letakkan di sebelah sudut bawah kanan. Ini untuk memudahkan penjual scan bar kod tersebut.

Hasil Kerja Untuk Tutor 2

Masa aku hasilkan ilustrasi ni aku ambil masa dalam 3 hari. Pening juga nak memikirkan idea ni. Roomate aku yang banyak komen. Dia cakap aku punya ikan cam mati lemas je. Aku hasilkan gambar ilustrasi ni ngan adobe illustrator. Tutor aku nak aku gunakan pelbagai jenis tool yang ada dalam illustrator tu. Maka inilah hasilnya. Pada mulanya aku tau gambar ni tak secantik dengan gambar budak kelas aku yang lain, tapi yang paling mengejutkan aku adalah antara 2 orang yang dapat markah penuh 10/10. Hihihi...bangga sedikit dengan diri sendiri. Pada pendapat aku gambar ni memang tak cantik sangat pun tapi, aku ikut syarat yag ditetapkan oleh tutor aku. So, aku tak payah la kena buat semula assignment ni.

Hasil kerja untuk Tutor

Aku tau tak lawa pun aku buat ni. Tutor bagi markah kesian je 5/10. Huhuhuhu... ini adalah hasil gambar photoshop yang kedua setelah yang pertama tak dapat markah langsung. Tutor cakap tak terima apa-apa assignment pun dari aku. Mesti dia tipu sebab aku dah hantar ngan kawan-kawan aku sekali la. Ni mesti dia nak suruh aku buat yang lain, so aku pun buat dengan rasa berbesar hati. Poster ni aku buat sebelum cerita ni disiarkan di wayang tau.

PROJEK...PROJEK...PROO WOOO

Minggu ni adalah minggu yang ke 10. Minggu ke-12 aku kena hantar projek java myCal. Minggu ke-13 dan 14 aku kena presentation sadam. Pening-pening, bukan pening sebab aku lambat buat tapi pening sebab aku dah cuba buat seawal mungkin tapi tak juga siap-siap. Sebabnya aku tak berapa faham nak wat camne biarpun dah diterangkan. Kehendak soalan dah di fahami tapi nak menghasilkannya tu sungguh sengsara sekali. Dugaan.
Pada 29 Julai baru ni, aku dah dapat seorang lagi anak sedara. Nama dia Siti Farihah Aliya. Abang aku panggil Aliya Maisarah. Sebab nama kakak ipar aku Siti Sarah. Comel sangat. Putih merah kulitnye. Gebu sungguh pipinya. Baby memang comel. Bau baby pun wangi semula jadi. Ayie kata kat adik dia, " bulatnya mata". Adus kelaka sungguh, adik dia tu mata pe aku je. Kecik je. :D Aku tengok dia last masa dia umur 2 hari. Sekarangg ni mesti dia makin tembam dan comel. Rindu gile la. Aku nak balik tengok dia, tapi aku sibuk ngan projek semester dan kursus jurulatih pbsmm. Apa nak buat. Nanti mesti dia takut kat aku. Sedihnye...