Langkau ke kandungan utama

Design baju nikah, bersanding Cinta Hati As

Assalamualaikum....

Sekarang rasa sangat mengantuk...tapi banyak kerja nak siapkan...jadi as gagahkan mata yang dah semakin mengecil ni....

Sambil dengar lagu di bawah ni yang sering diputarkan housemate, as pun mula mencari pelbagai idea untuk baju nikah dan bersanding..ya masa semakin suntuk...tapi as buat...la..la..la. la...hukhukhuk...



As dan cinta hati as dah buat keputusan untuk 3 pasang baju.

2 pasang di rumah as ( akad nikah + bersanding)
1 pasang di rumah cinta hati as (baju bertandang)



Bagi baju akad nikah...kami memilih warna baby blue...contoh macam di bawah ni...\(^^)/
material kain ialah satin @ chiffon



Baju peplum untuk akad nikah????

Cinta hati as.....awak ok tak kalau as pakai baju peplum masa akad nikah nanti?

As fikir nak jubah aja....(^^)/

design jubah lebih kurang macam ni...biasa-biasa saja..





Sekarang ni apa yang as pening kepala sikit...sikit aja...ialah warna untuk baju bersanding...

As bising nak warna pink, tapi dia tak nak...waaaa....sedihnya....

As nak light pink contoh macam ini. untuk buat baju persandingan

Cantiknya warna ni...(^^)

Light pink tak comel kah??

Ok pilihan kedua ialah warna dusty pink atau warna belacan?? betul kah?


contoh aja ni...(^^)



warna ke tiga ialah lite purple



cuba cari contoh baju pengantin purple...tapi takder yang berkenan....



Design Baju Melayu Pengantin


As tak berapa arif tentang baju melayu pengantin ni..sebab as tengok sama aja...semua...ada bezakah? Apa-apa pun as cari jugak untuk cinta hati as pilih...(^^)/









As cari jugak gaya pahlawan melaka yang as suka sangat...Laksamana Sunan..tapi takder contoh baju dia..gaya Hang Tuah pun as tak jumpa....


Buat Cinta Hati As :

Ada jumpa contoh tema warna dan design baju yang cantik lagi dari yang atas??

Kalau ada kongsikan link dengan as...(^^)/


-----------------------------------------

UPDATE 23 / 6/ 2013

KLIK SINI   DESIGN BAJU NIKAH SANDING PART II


NAK RAWATAN KULIT KUSAM SEBELUM HARI BAHAGIA???

KLIK SINI

Ulasan

try champagne colour...looks classy...
Acik As berkata…
thanks for the idea farah :D

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...