Langkau ke kandungan utama

Design baju nikah dan sanding Cinta Hati As part II

Assalamualaikum

Selamat pagi ahad semua (^^)/

Alhamdulillah as dan cinta hati da pergi beli kain untuk baju nikah dan sanding sebelah dia (baju bertandang)...

Belah as nak sewa aja sebab dekat kami nak pergi ukur..belah dia jauh so kena buat siap-siap kat bangi.


Persiapan untuk membuat baju nikah sanding


Macam B2B lain, as ni sangat-sangat la tak pandai nak pilih kain dan design yang as nak....
Jadi as pun buat rujukan internet dan tanya-tanya juga kepada kawan-kawan yang lain..

Apa yang as buat sebelum cari kain?

1. Sediakan bajet : bajet as RM 500.00 untuk 2 pasang baju L/P

- as over bajet okeys (~~)/ korang kena sediakan sekurang-kurangnya RM 700.00 untuk 2 pasang baju L/P
- patutnya cukup jer RM 500 untuk dua pasang L/P tapi sebab as pilih kain yang bermutu skit...tu over..

2. Cari designer/tailor

- as pilih seorang designer baju ni berdasarkan kepandaian dan keramahan dan pastinya sebab kawan-kawan as dah ramai yang buat dengannya untuk baju nikah lelaki perempuan.

- sebelum beli kain, as call dulu nak bagitau design baju yang as nak, jadi dia akan bagi nasihat berapa meter kain....termasuk juga jenis tudung....yer...sila beli dan buat tudung sendiri yer...

- designer as juga akan beri nasihat jenis material kain....huhuhu....sungguh terharu

- oh yer...as da bagi tau awal pada designer as..setiap baju nikah sanding as mesti boleh dipakai semula lepas kawin nanti...hehehe...jadi simple dress but look gorgeous for my solemnization ...and she said...orite..she can do it...(^^)/

3. Masa

- as akan bernikah bulan 11, jadi cinta hati as kalau boleh nak settle semua dalam bulan 10...sekarang akhir bulan 6, jadi dah kena hantar kain...

- designer as kata 1 bulan dia boleh siapkan semuanya...hehehe

- sila bertolak awal pagi untuk pergi ke kedai pilihan anda.

4. Kriteria pemilihan kedai kain 

- untuk pengantin bajet macam as, JAKEL adalah pilihan hati....

- JURUJUAL mesti peramah, bersabar dan pastinya BERILMU pengetahuan tinggi tentang JENIS kain.

- as bagitahu jer as nak design baju jenis apa, dan cakapla nak simple pastu suruh dia tengok sekali berapa meter untuk as dan cinta hati...yer kalau boleh bawaklah cinta hati untuk beli kain...kalau tak boleh minta saiz aja dari dia..

- oh yer sebelum tu as dah tanya awal-awal dengan designer as tetang berapa meter nak beli...

-kalau bagus bawak sekali designer sekali senang....huhuhu...

5. Pemilihan kain bagi setiap design baju dan tudung nikah sanding

- as tidaklah tahu sangat pasal jenis kain, tapi macam as cakap tadi...as study juga dari hasil pengalaman orang lain dan as dah tanya designer as awal-awal.

- so, jika datang ke kedai kain jangan datang dengan otak kosong yer.....sila letak skit ilmu

contohnya....

- material kain untuk jubah dress / pasang melayu- as pilih valentro - RM 25 semeter 
- material kain untuk peplum labuh - as pilih chiffon (RM 18.00/m) + satin ( RM 10/m)
- material kain untuk pasang melayu - as pilih silky fabiano - RM 38.00 semeter

kenapa as pilih kain-kain di atas? 

- washable, ada yang tak perlu dah lining, nak jimat, nak berkualiti..

contohnya 

- jubah dress - as nak simple tak perlu lapik-lapik banyak kali jadi as pilih valentro
- peplum - as dah tak cukup bajet jadi ambik chiffon yang washable dan sedikit satin sebagai lapik
- untuk pasang melayu - valentro dan silky fabiano ni memang the best choice.


Untuk tudung pengantin

- as siap-siap pilih jenis halfmoon shawl...
- material kain adalah chiffon. ingat nak satin tapi as macam kureng skit satin ni sebab kilat....
- chiffon nipis so as dah plan beli anak tudung yang sekali menutup leher dada...
- as beli 1 1/2 meter bidang 60 shawl untuk 2 set tudung...
- nampak macam besar, jadi as ingat nak suruh designer as buat shawl 2 lapis so, as tak perlu pakai banyak lapis dalam tudung....panas wooo

6. SAMPIN

- as lupa nak masukkan sampin dalam bajet...wooooo kesian CINTA HATI AS (~~)/
- cinta hati pilih sehelai sahaja sampin yang boleh masuk 2 baju...
- price RM 190.00 after less ... 


KESIMPULAN

TOTAL BELIAN =  RM 745.00 

memang over bajet kan???...tapi tu la...sila buat pilihan bijak, beli kain tu kalau nak murah sangat sampai pakai sekali jer memang tak bagus jugak...

tapi kalau nak beli kain mahal contoh jenis silk, cantik tapi basuh sekali dah pudar atau kena dry clean pun tak bagus jugak..-nasihat dari designer as.

jadi belilah yang sederhana, mampu milik dan boleh pakai banyak kali lepas kawin nanti...

bincang molek-molek dengan CINTA HATI masing-masing...yer as pun bincang sampai tarik muka dekat kedai huhuhuhu....mau nangis rasa...sabor jer la...tapi last-last kita orang gelak hehehe...sebab kelakar dengan perangai masing-masing

oh yer...mungkin kita rasa kesian dengan JURUJUAL sebab layan kerenah kita...tapi apa-apa pun cuba pertahankan bajet kita...sebab kadang-kadang mereka akan mempengaruhi kita ambik yang mahal...so ...kuatkan semangat..jangan mudah mengalah.....yer....sebab kita bayar gaji mereka..

Teaser Baju Nikah Sanding Cinta Hati As


Ini baju nikah CINTA HATI AS - kain valentro , yang warna pekat skit tu chiffon untuk halfmoon shawl

Ramai yang pelik, kenapa as tak pilih warna putih untuk akad nikah....ramai kata putih itu lambang SUCI. Akad nikah merupakan satu ikatan rasmi jadi sudah jadi satu kebiasaan orang nak putih..

Tapi as nak satu kelainan...as nak ada warna..asalnya as pilih warna baby blue, tapi takder warna tu untuk kain valentro...huhuhuhu

Kain silky fabiano, chiffon dan satin
 Kain ni warnanya macam hampir dekat dengan baby blue..tapi as panggil dia warna mint...

Ini kain baju sanding as sebelah dia..

Untuk baju sanding sebelah as...setakat ni as dan dia decide nak sewa sahaja....tapi as tengok dulu....kalau ada bajet lebih as nak tempah juga, so nanti as takyah sewa....hehehehe


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Ok....itu saja....nanti as update lagi bila baju dah siap....insyaAllah....

Pembaca blog Cinta Hati As...doakan majlis pernikahan kami berjalan lancar


Surat buat Cinta Hati As

Terima kasih kerana temani saya membeli dan membelah..yer la bukan barang saya jer beli kan..barang anda pun ada...hehehehe 

terus terang saya cakap saya kena banyak berdikari dan membuat keputusan sendiri, tapi saya nak juga pandangan dan kritikan anda...

Kesian tengok anda semalam..sampai tertidur...huhuhu..tapi harap kuatkan semangat yer...nanti banyak lagi nak beli barang ni....

Pandangan kita berbeza tapi  terima kasih bertolak ansur dengan saya dan melayan karenah saya...

Saya tidak terlalu cerewet kan? hohohoho....(^^)

Soalan saya tak terjawab lagi semalam : sila jawab yer tak mo tangguh...(^_^)/


---------------------------------------------------
Malam ini malam Nisfu Syaaban


Diriwayatkan daripada Ata’ ibn Yasar berkata: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. 

“Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban.”


Cinta Hati As,

Mati Itu Pasti, Hidup & Jodoh kita itu ...InsyaAllah

Doa dalam sujud Nabi Muhammad pada malam Nisfu Syaaban

Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

NAK RAWATAN KULIT KUSAM SEBELUM HARI BAHAGIA???

KLIK SINI

Ulasan

Unknown berkata…
Hi As. Boleh recommend tak designer as ni kt saya? Since saya tengahh mencari taylor tok nikah saya jugak. Thanks.
Acik As berkata…
boleh saja...tinggal di bangi kah? kalau tinggal di bangi as boleh bgtau rumah dia....pm as kat fb yer..(^^)
aRief berkata…
kalau area bangi tu sape designer molek n murah kos nye?
Acik As berkata…
saya tak pasti siapa designer molek...saya pun baru jer tempah dengan tailor ni..sbb kawan ramai tempah dengan dia...kalau nak kata kos murah, semua sama aja..sbb bergantung jenis kain dan design baju yang kita buat :)
Unknown berkata…
Assalam..
Nk mnx alamat tailor yg kt bangi tu boleh?
Acik As berkata…
Wassalam..boleh...sms jer no as : 019 9050325 @ boleh pm as di facebook page Asnida Beauty & Healthcare....

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...