Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2006
Aku baru pulang dari kampung semalam. Saje je balik jenguk atuk ngan akak ipar aku. Aku bakal dapat anak buah lagi seorang. Due sepatutnya 19 tapi semalam 23 haribulan masih tak keluar lagi. Risau jugak kalau ada apa-apa terjadi. Apa-apa hal aku doakan semuanya selamat. Hari ni birthday anak sedara aku, fazari. Manala tau kot-kot dia bakal dapat adik harini. Umur dia pun genap 2 tahun. Hari ni jugak abah nak datang kajang. Dia ada kerja kat putrajaya. Tapi kenapa nak duk kat kajang. Kan jauh tu. Ke abah silap information. Aku pulak nak kuar petang ni nak gi check duit. Aku gi ngan asyah. Kalau ada duit kami nak terus ke warta. Beli dan belah warta le jawabnya... ;p

Sem1 Tahun 2

Hihihi...skima tak tajuk aku. Lantaklah...dah lama aku tak login blog aku ni. Rindu gile la kat blog aku ni. Sebenarnya aku malas nak login. Sebabnya aku tak daftar lagi wireless untuk sem ni. So aku masuk lab fakulti aku je la. Kalau online kat bilik, sudah pasti aku duk ngadap je laptop nak dekat 25 jam. Buat masa ni aku ngan kengkawan relax lagi. Nota kuliah pun tak lengkap. Tapi projek dah ada. Maka kami mungkin buat perancangan untuk projek dulu. Ntahlah bole buat ke tak. Insya-Allah boleh buat. Aku yakin. Kali ni kami akan buat yang terbaik dari yang sebelum ni. Dalam masa yang sama komik Detektif Conan tinggal lagi 2 volume yang masih belum baca. Iaitu volume 3 dan 4. Lagi 22 buah yang belum dibeli. Harga pun dah naik 40 sen. Adus....Sem ni kena berjimat sikit. Aku diwajibkan ambil sem 3 untuk tahun ni, sedangkan pinjaman hanya untuk sem 1 dan 2 jer. Bajet satu sem seribu lebih la. Aku ni boros jugak. Duit minyak motor 5 ringgit seminggu. Kena buat pelaburan ni....(garu kepala).