Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2007

Jom berkenalan...

Ini lah gambar aku yang agak terbaru. Sebenarnya payah gak nak letak gambar dalam ni, malu jugak. hihihi... Tapi tak kira nak letak gak...

Huru hara jadinya..

Ini adalah hasil gambar kucing yang aku edit malam tadi. Hihihi... rosak jadinya gambar kucing ni. Sebenarnya aku nak letak gambar typografi aku yang terakhir, tapi entah kenapa takleh nak upload lak.

Typografi Bulu Ayam

Ini adalah tyografi yang seterusnya setelah yang kedua telah ditolak. Kawan-kawan aku kata lawa la, cantik la. Tapi bila sampai ke meja pensyarah, huhuhuu...dia tak puas hati lagi. Bagi pensyarah aku, dia tak memandang cantik tapi seni. Aku tak guna konsep yang dia ajar. Konsep kedalaman warna, konsep sudut cahaya, bayang. Sedihnya, dah la nak masuk exam waktu tu. So, aku pun buat yang lain. Kali ini dia minta aku hasilkan typografi guna geometri yang ringkas seperti bulat.

Daun ke bulu ayam

Ini adalah typografi. Jika di perhatikan dengan teliti, aku menghasilkan daun menggunakan nama aku sendiri. Ini adalah hasil kerja yang kedua setelah typografi hujan biru di tolak. Tapi ini pun ditolak juga. Maka aku pun hasilkan typografi yang lain.

Hujan Biru

Hasil kerja ini kena guna 100% adobe illustrator. Tapi telah mendapat kritikan yang teruk dari pensyarah. Maka, aku pun buat yang lain .

Adik Beradik Harimau...

Ini adalah imej manipulasi. Hasil kerja berkumpulan. Jika sesiapa yang pandai melihat dengan teliti, mereka akan nampak pelbagai kategori keluarga kucing. Dalam gambar ni ada gambar kucing, singa dan harimau dan harimau bintang.

Shading Shape

Huih...pink. Asalnya hitam, tapi boring la sebab semua budak kelas hantar warna hitam, so aku pun tukar jadi warna pink. Rasa-rasa berapa markah yang pensyarah bagi. Aku pun tak tau la. Shading shape ni diberi pilihan sama ada nak buat dengan hasil tangan atau pun guna adobe illustrator. So aku pun pilih guna adobe. Dah cuba buat dengan lukisan tangan tapi, lebih 10 helai kertas yang aku buang. So, aku mahir lagi guna adobe illustrator. :p Shading shape yang dihasilkan ni banyak lagi kelemahan tapi aku terpaksa hantar juga sebabnya nak cepat balik kampung hari tu.

Hasil Kerja Seni Lukis Seni dan Grafik

Ini adalah hasil kerja berkumpulan. Kami telah diajar untuk bagaimana nak letak huruf yang sesuai dalam cover magazine ni. Kami menggunakan konsep ruang putih. Hasil kerja ini pada mulanya di tolak oleh pensyarah. Maka kami pun mengubah semula kedudukan gambar dan tulisan. Jika diperhatikan tulisan mengenai tajuk-tajuk kecil dalam majalah, kami meletakkan ia disebelah kiri. Ini kerana pembaca telah mempunyai kebiasaan untuk melihat sudut sebelah kiri dahulu. Selain itu, kami turut meletakkan harga di sebelah kiri atas, kerana pembaca di Malaysia, akan memerhatikan harga setelah melihat tajuk majalah tersebut. Inilah lumrah penduduk Malaysia, kata pensyarah kami. Bar kod pula kami letakkan di sebelah sudut bawah kanan. Ini untuk memudahkan penjual scan bar kod tersebut.

Hasil Kerja Untuk Tutor 2

Masa aku hasilkan ilustrasi ni aku ambil masa dalam 3 hari. Pening juga nak memikirkan idea ni. Roomate aku yang banyak komen. Dia cakap aku punya ikan cam mati lemas je. Aku hasilkan gambar ilustrasi ni ngan adobe illustrator. Tutor aku nak aku gunakan pelbagai jenis tool yang ada dalam illustrator tu. Maka inilah hasilnya. Pada mulanya aku tau gambar ni tak secantik dengan gambar budak kelas aku yang lain, tapi yang paling mengejutkan aku adalah antara 2 orang yang dapat markah penuh 10/10. Hihihi...bangga sedikit dengan diri sendiri. Pada pendapat aku gambar ni memang tak cantik sangat pun tapi, aku ikut syarat yag ditetapkan oleh tutor aku. So, aku tak payah la kena buat semula assignment ni.

Hasil kerja untuk Tutor

Aku tau tak lawa pun aku buat ni. Tutor bagi markah kesian je 5/10. Huhuhuhu... ini adalah hasil gambar photoshop yang kedua setelah yang pertama tak dapat markah langsung. Tutor cakap tak terima apa-apa assignment pun dari aku. Mesti dia tipu sebab aku dah hantar ngan kawan-kawan aku sekali la. Ni mesti dia nak suruh aku buat yang lain, so aku pun buat dengan rasa berbesar hati. Poster ni aku buat sebelum cerita ni disiarkan di wayang tau.