Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel stresssss

Selamat Hari Merdeka Raya!!

Assalamualaikum Selamat Hari Raya semua!! dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Agak terlalu lambat ya..as beri ucapan..hehe Takder mood dan terlalu sibuk sangat dengan dunia luar sampai bila tiba nak online hanya bukak email dan buat perkara yang tertentu sahaja. Hari ni sahaja tah hari ke berapa as ulang alik bandar. Pagi tadi as hantar pakteh pergi ambik darah, as fikir nak menderma juga tapi rasa tak sihat saje, sejak tolong along pindah masuk rumah baru, jadi biarkan dulu. Lepas tu as pergi buat laporan polis berikutan kes penipuan duit. Harap orang tu bersabar la ya, tak lama lagi anda akan dipanggil soal siasat, dan jika terkumpul bukti yang kukuh, merengkokla anda dalam penjara. Harap doa-doa orang yang teranianya dimakbulkan Allah, ameen ------------------------------------------------------------------------------------ Hari ni dah mula pendaftran semester baru buat junior as di UKM dan maka telah masuklah semester akhir as di UKM. Sambung PHD ?? ape Tu?

Smile with broken heart

Assalamualaikum Apa perasaan anda bila dapat tahu ayah anda diacukan senapang di dada? Anda hanya dapat dengar bunyi senapang tapi anda tidak tahu sama ada ayah anda selamat atau tidak? Dalam situasi itu anda bertanggungjawab mengawal ahli keluarga lain dari diapa-apakan. Abah as hampir ditembak. Hati as sangat trauma bila mengingatkan kembali situasi demikian. Hampir hilang semangat dan hilang akal. Kata-kata abah waktu itu  Aku! maju ia, mengundur tidak !  As harap perkara ini tidak berlaku lagi, seandainya abah mati dibunuh, As tak mampu nak menghalangi adik dari menuntut bela. Akan berlaku pembunuhan beramai-ramai. Apabila hati dirasuk syaitan, manusia yang tiada iman yang kuat akan kalah. Adakah as akan memaafkan orang yang mengugut hendak membunuh abah dan keluarga kami?  Sebelum berlaku kejadian, mak dan akak telah pecahkan botol dan cawan secara tak sengaja. As terpijak kaca sebanyak 3 kali dan kali ketiga berdarah banyak dan berlubang kaki. Adak

Augmented Reality

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua Saya sangat-sangat teruja dengan Augmented Reality sekarang. Apa yang saya faham tentang Augmented Reality (AR)? Augmented Reality atau dalam bahasa melayunya Realiti Pertambahan ( sangat tidak comel nama melayunya ) merupakan satu situasi dimana pengguna dapat merasakan sesuatu objek yang tidak bergerak keluar dan bergerak. Fuhh amat sukar ya definisi saya???? Ok, macam ini...AR ini menghasilkan objek maya (virtual) dan di keluarkan dari skrin komputer untuk bergabung dengan persekitaran sebenar manusia. Sebagai contoh....ok, kita nak keluar parti, tapi kita tidak tahu nak pakai baju yang sesuai then kita duduk depan skrin komputer yang dilengkapi dengan webcam then, kita choose baju yang sesuai dengan kita. Anda mungkin gelak, tapi anda sudah biasakan main dengan permainan anak patutng tukar baju masa kecil-kecil atau dalam farmville fb. Avatar anda selalu tukar gaya baju mahupun rambut. Betul tak??? Atau anda memang tidak pernah main be

Kenapa???

Bulan yang kelam kabut.... Apa yang kelam kabut pun aku tak tahu... Payah untuk ditafsirkan apa yang telah terjadi... Semua masalah yang difikrkan jatuh ke bahu... tekanan perasaan yang di alami menyebabkan bahu terasa sakit... terasa seperti urat tendon putus satu persatu... menahan beban tekanan perasaan.. apa ni... perkara yang remeh sepatutnya menjadi senang saja ... kenapa nak menyukarkan perkara remeh... tak fahamlah hati manusia-manusia jenis ni... ( akukah??)