Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Bermain di PD

Assalamualaikum... Hari ni hari selesa...hari pertama as duk di ofis... Tak ramai orang dalam bilik as...hanya as dan 3 orang lelaki....yer....saya seorang sahaja perempuan. Colleague as yang lain tak datang sebab ada yang tak sihat dan ada yang nak siapkan kerja di rumah. As takleh nak letak pic lagi...sebab baru hari pertama...dan orang kat sini semua international..payah dan pelik pulak kalau nak ambik gambar diorang tengah wat kerja. Lain kali ya? ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Harini hari kedua as kena demam selesema...srooot..srettt...malu giler...walau hidung orang lain pun berbunyi, tapi as tetap malu...yerla...hari pertama di ofis ada bunyi yang tidak enak didengar... As dapat selesema sebab gara-gara as pergi mandi pantai ngan kolam kat PD sampai tak ingat dunia...hahaha Seronok sangat berenang-renang duyung dengan baby sufiyah dan alya dan ijal.... Balik da

Mau jalan-jalan

Assalamualaikum Tesis as tak siap lagi...hahaha...tapi As sibuk pergi jalan-jalan Bukan jalan-jalan kosong tapi jalan-jalan wat kerja dan menimba ilmu...(^^)/ Esok as akan berkenalan dengan seorang ni tapi tak tahu dia boleh pergi tak dengan perangai as. Dia merupakan orang yang akan membantu as dalam tesis as. Harap-harap kami boleh jadi kawan baik. Ok ni citer esok... ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tadi abah beritahu berita gembira pada as...terima kasih abah..as gembira sangat..sayang abah..muah-muah... Petang tadi as offerkan diri mau jadi pengapit pengantin Kak Ayu..wah, mau pakai baju warna apa ya? Putih? Silver? Tercoiz? Kena pergi cari baju minggu ni...yeah pergi jalan... Baucer buku dah dapat, bila mau pergi beli buku nih? Nak beli buku apa? Mestila buku cerita Augmented Reality atau buku practical guide for beginner AR? owh kan bagus kalau dapat baucer tu

Saya sayang awak sangat

Assalamualaikum Saya sayang awak sangat...ye sangat tapi sayang saya tak boleh nak sampaikan terus kepada awak... Jadi saya selalu buat awak marah, sakit hati dengan saya... Bila saya tak pedulikan awak, buat-buat tak nampak awak bila awak pandang saya, sebenarnya saya tipu. Saya ambik sebiji buku sebesar ensiklopedia. Saya sorokkan muka saya, lepas tu saya curi-curi tengok awak... Hahaha... masa saya saja-saja langgar awak lalu tumpahkan air milo kesukaan saya kat baju awak awak jerit marah saya, tapi saya buat pekak aja... Biar semua orang dengar...biar awak malu...saya malu jugak tapi saya terus lari, mesti awak bengang kan?? Biarkan... -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ok kengkawan cukup karutan saya.... Apa yang saya tulis diatas, adalah cebisan-cebisan dari novel, drama jepun korea dan lagu-lagu yang saya tengok... Saya terlalu addict dengan dengan drama jepun. S

Seharum Lavenda Semanis Madu

Assalamualaikum.... laman web lavenda Cantikkan bunga lavendar atas tu...gambar ni as copy url aja dari sebuah laman web. Kalau nak tau klik aja url gambar tu. Wangian sebagai terapi stress dan dapat memberi ketenangan kepada pemakaiannya, namun jika terlalu wangi boleh buat stress kita bertambah sebab sakit kepala...hehehe As suka wangian lavenda tapi kena hati-hati sesetengah lavendar ada bau yang tidak sedap..tapi tak tau la kenapa ya... Masa bila kita pakai wangian? Kalau as, pakai setiap masa, tapi takder la sampai orang lain boleh bau menusuk hidung...kalau ada bagitau ya supaya as tidak mendapat dosa...haha.. Tau tak bila kita wangi syaitan pun tak suka..tapi bukan atas dasar itu sahaja, kita kena tambah la juga dengan solat dan amal ibadat yang lain. Kalau pergi keluar jumpa pakwe kita pakai wangian, kita jumpa Allah pun pakai minyak wangi juga. Setakat ni minyak wangi yang ada dalam koleksi as seperti One Drop, SilkyGirl dan beberapa minyak wangi ya

Bermain air Janda Baik

Assalamualaikum (^^)/ Sabtu baru ni as, kak saadah, tikah dan beberapa rakan dari Hadhari, UKM pergi berkelah di Janda Baik, Pahang. Kami menginap di Chalet D'River. 3 buah kereta aja pergi tak ramai mana tapi sangat seronok dan meriah. Apa aktiviti disana? As main air dan main hanyut-hanyut dengan tikah. Rasanya kami berdua aja super aktif menjadi kanak-kanak...  Kami dah hanyut dari hulu sampai ke hilir..pastu berenang lagi di kawasan air deras untuk dihanyutkan semula....wah....sangat-sangat seronok... Teka as pegang apa? Tapi malam tu, as tak dapat tidor sebab badan jadi sakit-sakit...bahu kanan rasa macam berat sangat-sangat... Pada mulanya as ok aja cool aja tahan sakit..tapi jam 2 pagi hingga ke 3 pagi as dah resah sebab sakit tu tak hilang ditambah mata yang ngantuk tapi takleh tido.. As Nangis...wa..wa..wa.. Maka kak saadah la yang kena picit bahu as ni siap baca doa lagi... Hati makin nak marah apabila ada orang berkaraoke sampai

Rajin As

Assalamualaikum... Wah rajin tul as arini...siapkan paper sambil dengar lagu KPOP dan makin lolipop... Hari ni ingat nak siapkan kerja di library sampai kul 7..wah mampukah?? gambar dari Ekimkee Takper-takper kuatkan hati semalam pun dah jumpa doktor ubat penyakit malas nih...hahaha Oh rasa berdebar-debar lak nak jumpa penyelia sok...dah ler garang-garang...kecut perut guayy.. Makcik cakap kalau nak jumpa penyelia baca Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabir banyak kali... Dup dap dup dap... Saya ada sindrom takleh jumpa penyelia...kalau jumpa penyelia mesti rasa sakit perut... Kalau tak jumpa lagi teruk tak siap ler tesis saya...wahh.... enggak mau.... nak cepat siap...taknak dah duk sini..mau berhijrah ke luar negara cepat....fuhhh...;p

Sakit Malas

Assalamualaikum Penyakit malas makin menjadi-menjadi dalam badan as nih...wahhhhh...... Teringat citer Senario yang mana ibubapa bawa anak dia jumpa bomoh mengatakan anak dia seperti berat jer nak bangun, asyik nak baring tido aja. Maka tok bomoh pun cakap "Ish..berat sungguh penyakit anak kamu nih...aku nampak ada jin bernama 'M' melekat pada badan dia...sebab tu dia rasa berat nak bangun dan tidor makan sahaja." Maka ibubapa budak nih pun rasa sedih dan bimbang akan penyakit anak dia. Tok bomoh pun baca serapah dia pada sebatang rotan. Lalu meminta ibubapa memukul anak mereka dengan rotan tersebut sekiranya anak dia rasa berat nak bangun tido dan berkerja. Tok bomoh berpesan jika dia menjerit kesakitan jangan rasa sedih nak rotan sebab yang menjerit sakit itu bukan si anak tapi jin bernama 'M' tu yang menjerit. Seminggu kemudian, si ibubapa datang mengucapkan terima kasih kepada bomoh tersebut sebab si anak telah rajin dan tidak asyik de

KHAYALAN SAHAJA

Assalamualaikum Sudah setahun berlalu peristiwa yang hampir buat as hilang semangat dan hampir putus asa. As dah hampir lupa apa yang berlaku tetapi hati sedikit tersentap apabila melihat beberapa kawan as mendapat sakit yang boleh menjejaskan kesihatan mereka, dan orang disekelilingnya. Sukar nak percaya tapi ia tidak mustahil. As taknak dah lihat semua ni taknak dah. Kenapa ada manusia yang sangat kejam. Jika sudah tidak ada hubangan kenapa perlu menyakitkan kawan as sehingga ia mendatangkan kesakitan kepada orang lain juga. As tidak belajar agama tinggi-tinggi, jauh sekali sebagai seorang pendakwah agama, tapi as masih tahu salah untuk menggunakan ilmu songsang apatah lagi kita hidup beragama.  Seteruk mana pun hati as sakit, as tidak akan menggunakan ilmu songsang mengenakan orang lain walau waktu itu setiap hari as diganggu oleh suara yang mengajar bukan-bukan. Jika anda seorang pendakwah yang mengajak orang ke arahNya kenapa tidak anda berdakwah kepada diri sen

Isu Air

Assalamualaikum... Masa tahun baru ni satu kawasan perumahan as takder air. hampir 3 hari kot. Hal ni disebabkan oleh meter utama rosak. Ok takper sebab syabas cepat mengambil tindakan dan mohon maaf dengan kami..syabas kepada syabas yang pantas. Tetapi semalam waktu nak ambil wuduk di PTSL tetiba jer air takder..maka terpaksa pergi ke tempat lain. Kemudian terdengar junior berborak-borak mengatakan takder air di kolej masing-masing. imej dari pakcik google Tengah malam tadi masa nak cuci muka sekali buka pili air disingki air tak keluar. Kak Saadah dah mengelabah tak tentu arah. Hati as mula teringat di UKM pun takder air. Wah ni krisis besar nih lagi-lagi tikah bagitau kat Masjid UKM pun takder air semalam. Sebab dalam otak as ni fikir nak pergi mandi di Masjid UKM saja pagi ni. Akak Saadah pula sampai tak tido lena memikirkan camne nak cari air. Akhirnya dah booking rumag asyah di hentian kajang, katanya rumah dia ada air.  Jam 5 pagi akak saadah bangun che

Cinta Hati As

Selamat Tahun Baru (^^)/ Tak terlambat lagi kan nak ucap selamat tahun baru buat kawan-kawan as kan?? Macam biasa semua orang akan tanyakan as apa azam baru as.. Kawan-kawan? Masing-masing mesti ada azam sendiri kan Kata kak saadah azam tahun baru dia nak siapkan tesis dan nak kahwin???? hehehe Azam as?? ermmmm adala...hehehe Penghujung tahun 'AKHIR' - macam bunyi nak mati saja (~~) ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- As da tukar layout baru,  nama My Idea @>-- pun da tukar jadi Cinta Hati As..  Cantik tak layout baru nih?? As malas nak buat design sendiri sebab leceh la..Nak tukar design ni pun bercinta jugak...apatah lagi nak update post terkini... As tukar nama Cinta Hati As ni pun sebab dalam ni tak banyak cerita yang membangunkan minda tetapi hanya sekadar luahan persaan. Hahahaha Sebab yang lain pula ialah as dah  takder idea nak tukar nama apa. (~~