Pelawat Cinta Hati As

featured Slider

Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan

Umur 100

kalendar April 2011 berlatarkan sawah padi di Kedah


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Baru pulang dari kedah...melawat moyang, sanak saudara dan kenduri kahwin.

Sangat penat dan tidak sihat...fungus pun tak hilang lagi...boleh buat orang sebelah fikir saya menangis tak henti-henti...sob..sob..

Sudah lebih sepuluh tahun rasanya saya tidak pulang ke kedah. Moyang pun dah nyanyuk tak kenal orang, saya dan abah duk mengira umur moyang dan setelah dinilai maka tahun 2011 ni umur moyang genap 100 tahun... hehehe..

Moyang sangat kelakar sebab bila dia jumpa abah, dia kata abah berjanggut putih...abah kata dah tua....dan saya tidak tahu nak panggil ape kat dia..tok nek? tok wan?


Umur 100 tahun...saya cicitnya dan anak buah saya cuitnya...sudah 4 generasi dibawah moyang. Minggu lepas anak moyang meninggal dunia...merangkap tuk sedara saya. Moyang cakap nak buat cam mana, depa dah panggil dia, depa tak panggil aku lagi.

Moyang macam dah tak sabar nak pergi menghadap Ilahi. Mungkin dia tidak mahu menyusahkan anak cucu dia yang menjaga dia seperti anak kecil. Tapi saya tahu, jauh disudut hati anak-anak moyang diaorang tak pernah kesah. Malahan mereka bekerjasama menjaga moyang. Anak yang jaga ibubapa dengan penuh ikhlas pastinya akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah.

--------------------------------------------------------------------------------------

Bila dah nama saudara mara...

Setiap kali balik kedah, tengok muka sedara mara sana, muka depa semua sama jer..sejibik jer..ada tu muka depa iras-iras almarhum sultan kedah yang ke berapa tah...tapi memang lebih kurang jer. Muka saya ada lain sikit sebab kacuk dengan darah baba nyonya melaka...hikhikhik.

Persamaan kami ialah tang kening dan bulu mata yang lebat..aceh...nak perasan jap. Kengkawan sokmo ingat saya ni kacuk cina india masa sekolah dulu. Sebab mata sepet ikut belah melaka tapi kening lebat ikut belah kedah. Hahaha...

Tok ngah cakap, awat hang as gelap...kecik-kecik dulu putih melepok noo...(macam anak jepun kah??)
Pastu tok tam cakap, mana kakak hang yang gemuk tuh?? saya lak huhh???? kakak??? saya mana ada kakak? rupanya...dia nak cakap saya gemuk masa kecik...huhuhu....ok-ok..nanti saya gemuk balik...sabar ya..

Sekarang sudah jelas memang saya sudah lama tidak pulang ke kedah.


sepupu-sepapat main baling batu dalam sawah

jika anda mahu katakan saya control ayu..silakan..silakan...saya memang kisah..aiseh...

sawah dibelakang tu tempat saya bermain-main dengan pakcik dan makcik saya...best sangat-sangat...tak sangka sawah ni ada lagi. tapi..geli dengan lintah..erk...

Laguna Resort Day 2

Salam sejahtera semua....(nada penat....;D)

Hari ni merupakan hari kedua kami berada di Laguna Resort, Pulau Redang. Selepas sarapan pagi, kami bergambar kali terakhir di pulau ni bersama dengan Prof Aziz dan Dr Juhana. Mereka kena pulang dulu kerana ada tugas lain.

Research Group Geodiversity Repository System

Selepas mengucapkan selamat tinggal...kami yang masih disini meneruskan aktiviti yang telah dirancang, iaitu snokling dari jam 10 pagi sehingga jam 12 tengahari. Yip...yip hurey....

tengah bagi makan ikan

Indahnya ciptaan tuhan di dasar laut...terumbu karang yang cantik dan ikan-ikan yang pelbagai jenis dapat dilihat dan sentuh sendiri oleh aku. Sedikit menyesal tak ambil pic dalam air....

nampak tak ikan n corals tu??

Selepas zohor kami merehatkan diri sehingga jam 430 petang. Kemudian pergi main ombak....aku tak main pun..cuma ambil gambar diorang jer....malas dah nak basahkan baju.

Sebelah malamnya kami ade BBQ, tengah makan-makan...Dr. Jamaiah cakap nak karaoke lagi...hehehe...tak puas nyanyi lagu Allycat yer dr.

Itu saje aktiviti kami pada hari ni...esok kami akan check out jam 11 pagi. Flight jam 430 petang..kalau sempat nak juga singgah Pasar Payang beli keropok lekor.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak letak banyak gambar..tapi saiz terlalu besar...malas tul nak kecilkan saiz..;D

Seronokla orang tu bile kite tunjuk gambar souvenir untuk dia...tapi dia tak tunjuk pun gambar souvenir untuk kiter...ke cakap jer beli...tapi takder...hahaha...xD


Laguna Resort Day 1

Salam sejahtera pembaca My Idea @>--

Teman tapi mesra...wah wah...sebenarnyer semasa aku menaip aku tengah dengar Puan Zai menyanyi lagu teman tapi mesra....karaoke..

Aku sekarang ni berada di Pulau Redang, Laguna Resort.

Kami bertolak dari rumah jam 4 pagi tumpang Puan Zai. Mengantuknyer...sampai di LCCT lam jam 4.45 pagi dan sarapan di McD.

Agak kelam kabut bila dapat tau Siti tertinggal dokumen untuk check in ke resort. Mujur Ateh datang menyelamatkan keadaan. Thanks Ateh nanti cik Siti belanja.. :D

Naik flight lam jam 7.05 pagi..ingat nak tidur jap tapi tak sampai 1 jam dah sampai Kuala Terengganu....huhuhu..

Naik bas ke jeti kemudian sementara menunggu bot, kami pergi minum air di pasar tepi tu. Wah bagusnya kat situ sebab tiada lalat walau seekor. Thanks to Dr Sufian yang menyedari fenomena ini. Kenapa yer? Pada hal keropok lekor, barang basah dan macam-macam barang makanan yang pasti mengundang lalat dijual di tingkat bawah. Ajaib-ajaib...mengikut teori Dr dan bakal Dr yang ada pada masa itu mungkin disebabkan atapnya. Hurm payah nak cakap...mungkin korang leh tengok sendiri dan buat kesimpulan sendiri.

Tengah tunggu bot, semua orang makan ubat mabuk laut. Aku, Tanot danDr Sufian tak makan pun. Konon yakin yang kami ni takkan mabuk..akhirnya kecundang juga. (aku la...orang lain tak kot..hahaha) Sungguh tak sangka ombak laut sungguh kuat. Aku beberapa kali nyaris termuntah. Dengar kata Dr. Sufian pun tak tahan..hahaha...

Akhirnye penderitaan aku berakhir setelah hampir 2 jam. Alhamdulillah...sampai juga. Dihidangkan pula dengan air asam boi...sedaknyer...
dalam bilik kami ;D

Lepas mengenyangkan perut dan dapat bilik...team kami berkumpul jam 4 petang untuk meeting projek akhir Geodiversity dan Socfes dan future plan. Banyak benda aku belajar dalam meeting ni...gembira dan sedih juga projek ni dah berakhir pada hari ini.

sebab utama kami berada disini...;)

Jam 6 petang..kami jalan-jalan tepi pantai main air ombak...seronoknyer sambil cuci mata...;p tapi tak teringin pun tengok diorang yang pakai menjolok mata tu..so jangan risau yer bang...xp

kanak-kanak ribena ker..;p

Malamnyer seperti yang dirancang...Dr Jamaiah, Puan Zai telah membooking bilik KTV. Maka menyanyi la kami sepuas-puasnya...hahaha...aku yang tak nak join pun akhirnya menyanyi sama. huhuhu...

--------------------------------------------------------------------------------------

Persiapan ke Pulau Redang

Salam sejahtera semua!!!....

Aku sekarang ni tengah buat persiapan nak ke Pulau Redang. Ye..Pulau Redang kat Terengganu tu.....mesti korang cakap...ala pulau je bukannya pergi oversea pun. Biorler....pergi free siapa tak nak??? korang nak???

Ok....sekarang ni barang tak packing lagi...tengah bincang-bincang dengan siti nak bawa ape yer? Ade beberapa barang tak beli lagi...beg travel kat kampung...nak balik ambik malas dah...kena beli la pulak...duit kuar lagi..hahaha...ni kalau abah tau kena marah ni...

Apa aktiviti yang kami akan buat yer? Kalau ikut tentative tak rasmi yang kami buat tu, banyak main-main....Ish..ish..xD

Dengar kate...prof nak bawa kami ronda-ronda pulau dengan bot dia....betul ke prof?? ish...ish...xD

Pastu malam ade BBQ and Karaoke?....dengar kater Dr Jamaiah ngan Puan Zai dah practise....hehehe....

Aku dan Siti lak dah rancang aktiviti yang agak menarik bagi orang-orang muda... apatu??? hehehe..taknak citer lagi...takut nanti ade orang yang bising...siapa tu? ade lah...xp

Agak-agak Dr sufian wat aktiviti ape yer?? Dr Juhana dah pasti dengan keluarga dia...huhuhu keluarga bahagia...tak kira ade bengkel kat mana-mana pun mesti bawak keluarga....

Esok nak buat macam tu jugakla...boleh tak ???

Kami naik flight kul 7.05 am. Kenapa mesti ade 05 tu...hehehe... pukul 5 am bertolak dari rumah ke KLIA...mau tak tido malam tu..hehehe...siap ler orang tu....akan ku kaco dia supaya tak tido jugak...

Kul 5 pagi keluar rumah ni macam menakutkan jer..so nak tunggu depan pagar rumah jer la...boleh tak puan zai???...xp Mujur Siti pergi jugak...takder la aku keseorangan...kalau Siti tak ikut, aku sorang jer anak muda...;D tak best jugak....hehehe...

Ok.....sampai di Pulau Redang...aku post lagi citer ni...( biarpun korang tak nak tau)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...