Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2006
Dah abis exam....yeaaa. Barang dah siap packing. Malam ni balik dah. Masa ni aku nunggu abang-abang aku yang tercinta untuk datang ambil motor aku. Punya sayang dia orang kat motor aku. Kat aku dia orang sayang tak? Ada ke patut aku tanya cam tu. Patut-patut. Pagi esok dah sampai kat kelantan. Hihihi, aku tak sempat la nak pegi beli baju untuk mak ngan abah. Abah nak baju UKM. Nanti bila ada design baru la baru aku beli. Kat kedai semua design lama. Tak lawa dan mahal tak kena tempat . Patut ke tak ku beli tv card. Nak tanya abah takut kena marah. Sebab dia bimbang aku tak study. Memang patut pun dia nak marah, sebab aku bila tengok tv memang tak ingat nak study. Semua keje jadi tangguh. Tapi roomate aku kata dia nak beli. So aku tumpang tengok dia la. Tapi yang tak bestnya aku takde privacy la. Aku suka memiliki dari menumpang. Payah la.
Yea...esok malam balik....Aku naik bas kul 8.30 malam. Tak sabar rasanye....Aku baru je siap mengemas barang. Esok exam kul 9 pagi abis kul 12. Lamanye. Pastu aku nak check out. Nak check in terus bilik baru. Menyusahkan betul la. Lantak la apa2 hal pun aku akan balik esok... Tak sabar rasanya nak duk rumah. Nak makan nasi ayam mak. Nak jumpa kawan-kawan lama. Ingatkan tak dapat jumpa dia orang dah. Ibun balik UMS 8 hb, rasanye sempat kot. Suruh dia orang datang rumah la. Nak jumpa ngan Fida, apa khabar la makcik tu..senyap je pas result ari tu kuar. Taknak dah mizcal aku. Tah- tah dah kawin, siapla kalau kawin tak ajak aku.. Dalam masa cuti ni aku nak gi sekolah ambil sijil STPM aku. Isk.. malu la pulak nak jumpa ngan cikgu-cikgu aku. Dah la aku dengar macam-macam huru-hara. Ntah apa khabar ngan ustazah.
Akhirnya tamat sudah english camp aku. Kami dapat tempat ketiga dalam pertandingan tu. Tapi sayang takde hadiah. Takpe lah aku dan kawan-kawan aku dah rasa puas hati sebab kami sudah cuba buat sehabis baik. Teacher aku pulak belanja makan biskut, hahaha. Aku sedih gila semalam. Tetiba je kawan aku telifon mintak aku gi kursus kat rompin. Tapi aku tak dapat pergi sebab aku nak exam rabu ni. Malam tu pulak aku nak balik kelantan. Dia kata ok, kalau camtu dia mintak aku datang pulak pada 2hb tolong minggu 3M sebab tak cukup orang. Adusss banyaknye duit aku nak datang semula. Pastu 6hb aku kena balik semula ke kelantan. Duit aku habis tengah jalan je nampaknya. Lain la kalau dia orang nak sponser aku RM50 seorang. Aku berbincang ngan abah, abah kata dia tak sanggup tengok aku terkejar sana sini dalam masa seminggu. Dah la 7 hb dan 8 hb ada family day. Sedara ramai datang. Bajet untuk ari tu mesti lari punya kalau beli tiket aku saja. Dia orang tak faham masalah aku dan keluarga aku. Family

Naruto.......

Ahhhh.. peningnya kepala aku hari ni. Terlalu lama dalam air-cond. Seronok juga lah language camp ni. Malam ni pukul 9 aku nak gi tengok budak-budak ni berlatih drama. Aku cuma tolong sediakan prop je. Mulanya teringin jugak nak berlakon. Tapi memikirkan aku ni gugup di saat akhir, baik tak yah la. Alhamdulillah, tadi abang Za telifon. Dia tanya aku ada duit ke tak of course I said NO. Memang aku ada duit tapi hampir kering la. Dia tak tau pun aku nak balik 28 ni. Abg. long tak bagitau dia. Baru abg. long telifon aku tadi. Dia munkin tak dapat datang UKM sebab hujan lebat kat kampung. Suara dia pun macam demam je. Sian kat dia. Nampaknya motor aku kena tinggal macam tu jelah. Berserah pada tuhan jelah. Alamak lupa juga aku nak bagitau dia lesen aku tamat hari esok. Parah jugak la aku ni. Tak sabar jugak aku nak nunggu rabu ni...
Gambar ni adalah gambar sabit ngan rinoa. Kenapa sabit? Aku pun tak tau sebab x roomate aku yang panggil dia cam tu. Lastnya aku pun terikut jugak.. Esok aku ada language camp. Entah berapa kali aku bagitau dalam blog aku ni ek. Boring nyer. Hari ni makan burger ngan nasi ayam. Sakit perut la..Tak boleh makan banyak mesti rasa pedih perut ni. Tadi aku dah kemas komik conan aku. Sempat gak la aku baca sikit kat bahagian belakang buku tu. Ia mengenai seorang detektif yang bijak lagi kaya. Kaya pun kerana dia dapat durian runtuh. Harta pakcik dia sendiri. Dia tinggal di kondo yang mewah. Tidak bekerja sebab dah terlalu kaya agaknya. Lagipun tak kahwin. Aku sedar, selama ni aku telah perhatikan semua watak hero merupakan orang kaya. Yela kalau tak kaya macam mana dia orang mampu nak hasilkan senjata rahsia mereka kan. Buat masa ni aku tak jumpa lagi watak hero yang miskin. Macam mana ngan spiderman ek. Dia tak miskin lagi pun dia dah kejer dan kejer dia membolehkan dia menyiasat sehingga k

I felt bored........

Yeahhhh....dah abih class. Tadi kita orang buat party. Makan nasi goreng ayam. It is very delicious. Beberapa hari ni aku sakit kepala juga nak siapkan presentation semalam. Aku buat movie lagi. Aduh ngantuk betul waktu tu. Mata aku pulak tak boleh nak pandang laptop rasa nak pitam . Dah lama jugak aku tak menulis blog. Alah adalah dalam 3 hari kot. Rabu depan aku akan balik...yeaaa. Aku akan cuti 10 hari kot. Maknayer aku mungkin tak akan online dalam tempoh tersebut. Bila la abang long nak call aku ek. Abang za pun tak call gak. Asyik aku je call dia orang. Mana la aku ada banyak credit. Esok kawan aku nak tumpang bilik aku. Dia ada kursus hujung minggu ni. Aku pulak ada english camp. Kalau abang long ambik motor awal. Maknanye aku kena jalan kaki sewal pagi la. English camp start kul 8. Ahad pulak mungkin aku ngan members aku kena berdrama la pulak kat dewan budiman. Adus.. malu betul la. Aku ni tah apa-apa tah malu ngan rumate sendiri. Aku berbual je ngan dia. Tapi ada masa tu kami
Pagi tadi hujan renyai-renyai. Payah gak aku nak gi mandi. Sejuk...tapi kerana pelajaran, aku kuatkan semangat melangkah ke bilik air. Nanti kalau takde air, aku jugak yang susah. Seperti Shinichi yang telah menjadi kecil aku perlu sabar dalam semua hal. Hari ni takde kelas, cuma perbincangan dan latihan presentation jer. Aku taklah nervous sangat tapi lecturer aku tu perasan jugak aku mempunyai masalah dalam sebutan ....Taknak bagitahu, malu la aku. Aku rasa takdela payah sangat dalam menyebut ...lantaklah. ..
Hari ni aku cuba bangun lewat. Tapi tak boleh jugak. Bising betul. Orang jual nasi lemaklah, orang goncang pintulah. Aku ni pulak jenis sensitif. Pantang benda bunyi sikit kat dalam bilik atau luar bilik, pasti aku sedar. Kadang-kadang tu telifon bimbit aku yang bunyi 'bip' je aku boleh dengar. Terutamanya malam tadi budak yang aku tak kenali hantar sms gambar @>- ni tension betul la. Aku baru nak terasa aman tinggal sorang. Tapi kadang-kadang tu sunyi jugak. Baru aku sedar, tentang diriku yang sebenarnya. Lagi pun aku dah biasa tinggal seorang. Abah pun selalu cuba nak ajar aku hidup berdikari. Yelah aku ni boleh dikatakan anak yang manja. Tapi tak lah sangat. Kadang-kadang tu kena gak pukul sebab degil. Semalam seharian aku tak makan nasi,just makan roti aku yang banyak tu. Ni sebagai denda kepada diriku sendiri kerana membeli conan dengan duit makan aku. Sebenarnya aku tak denda diri aku pun takpe, duit makan aku ada lagi. Aku malas je nak turun bawah blok untuk ke cafe.

Detektif Conan lagi

Pagi ni aku nak gi bandar kajang ngan asyah. Naik motor je, jimat sikit. Jalan dari ukm ke kajang masih dibaiki, maka terpaksa ikut jalan bangi. Jauh gile tapi demi minat gile kat conan, aku pergi jugak. Teruk tak perangai aku ni. Kan bagus kalau semangat ni ada dalam belajar. Sedar pun diri. Setakat ni aku dah habiskan duit sebanyak RM 81.00 untuk beli conan sahaja. Kalau tak silap aku, untuk membeli kesemua sekali volume yang ada dipasaran, aku perlu keluarkan belanja sebanyak RM 243.00 full stop. Tapi aku rasa patut di masukkan sekali perbelanjaan pergi balik la. Agak-agak mungkin jumlahnya nak dekat RM 300.00 kot. Yelah duit minyak motor, kadang-kadang aku naik teksi. Lagi satu aku tak beli sekali banyak, abis sikit pun dua, abis bayak pun 5 atau 4 je.

Pagi yang bahagia...

Di pagi yang bahagia ini aku telah merakamkan suara aku sendiri. Aku menyanyi lagu 'The day You said Good Night' . Adessss....teruk betul nyanyian aku. Ingat nak buat persembahan semasa penutup Language Camp. Nampaknya tak boleh la...lain la kalau aku ni bersuara emas. Hihihi...pagi ni takder air lagi. Tapi aku tak kisah sebab aku bangun 6.30 pagi dan terus mandi. Entah kenapa pagi ni aku berdegil juga nak mandi sebelum sembahyang subuh. Selalunya aku akan mandi lepas sembahyang subuh. Yelah tak baik melengahkan waktu sembahyang kan. Tau takpe.. apa pun aku mandi dulu pagi ni. Kesian kat kawan-kawan aku terpaksa mandi kat blok lain. Dah la mereka ada kelas pukul 8 pagi. Aku kelas 3 petang. Tapi aku ada projek nak buat pukul 10 nanti. Isyh.. payah sungguh nak letak lagu kat dalam blog ni. Hari tu aku cuba banyak kali baru boleh letak. Kali ni bila aku cuba banyak kali tak boleh letak la pulak. Adess....sedih betul la. Ingat nak letak lagu 'The day You said

The Day You Said Good Night

Take me as you are, Push me off the road. The sadness, I need this time to be with you. I'm freezing in the sun, I'm burning in the rain. The silence, i'm screaming, Calling out your name. * and i do reside in your light. Put out the fire with me and find. Yeah you'll lose the side of your circles. That's what i'll do if we say goodbye. ** to be is all i gotta be And all that i see, And all that i need this time. To me the life you gave me The day you said goodnight. The calmness in your face, That i see through the night. The warmth of your light is pressing unto us. You didn't ask me why, I never would have known oblivion is falling down. Repeat * Repeat ** If you could only know me like your prayers at night Then everything between you and me will be all Right. Repeat ** She's already taken, She's already taken, She's already taken me. She's already taken, She's already taken, She's already taken me. The day you said goodnight .

Siapa ye

Semalam, ada kenalan lama aku miss call aku. Tension tul, sebab nombor dia tu aku mana pernah simpan dalam telefon aku. So, aku tak kenal la dia. Dah la tu tanya pulak sama ada aku masih marah kat dia. Aku syak dia tu x aku tapi rasanya bukan. Bila aku tanya nama dia, taknak bagitau pulak. Bila aku teka nama dia, dia kata bukan pulak. Ingatkan dia main-main call je tapi dia cakap dia kenal aku, dia tau aku tinggal kat mana. Rasa marah juga kat dalam hati ni. Lastly aku cakap taknak kenal kan diri takpelah. Dia lagi la suka. Tadi waktu aku tidur petang, dia antar sms gambar bunga. Ini menguatkan lagi dakwaan aku bahawa dia adalah orang yang sama yang pernah aku marah dulu. Sebenarnya aku rasa aku tak marah pun. Cuma geram, time aku tension dia yang buat hal. Tu yang aku berkasar sikit dengan dia hari tu. Lepas tu beberapa bulan dia tak call. Aku pun tak kisah, aku buang terus nombor dia. Tapi kan aku rasa, orang ni macam x aku, dalam masa yang sama aku rasa macam kawan lama aku. K

Kenapa???

Semalam kelas aku berjalan macam biasa. Tetiba jer lecturer aku pun bercerita pasal anak dia. Anak dia cakap " kenapa makanan yang sedap dan cantik seperti cokelat, aiskrim tidak baik untuk kesihatan sedangkan makanan seperti sayur hijau macam brokoli tu baik untuk kesihatan. Tetapi makanan tu tak sedap pun ". Budak sekarang memang pandai berfikir dan sering bertanyakan perkara yang pelik. Seingat aku masa aku kecil dulu kalau aku banyak tanya soalan pelik kat mak aku, sudah pasti kena ketuk dengan senduk. Aduss...sakit tau.

Pagi-pagi lagi...

Argh....tension tul pagi ni takder air. Cubaan...nak taknak gi mandi di blok lain. Sekarang ni ada semula air kat blok aku. Adusss...dugaan sungguh. Di pagi yang mulia ni aku telah edit semula gambar shinichi sekeluarga. Comel sungguh. Rasa-rasa pemilik asal gambar tu marah tak. Kalau aku mestilah marah. Hihihi tapi apa nak buat, aku ambil gambar ni dalam internet dan dia patut tahu perihal dunia siber ni. Nak tengok gambar tu?...nilah dia..

Entahlah...

Dah 2 malam aku duk dalam bilik baru. Malam tadi roomate baruku baru pulang dari rumahnya. Inilah kali pertama aku bersua muka dengan dia. Kami sebaya je. Buat masa ni kami tak banyak cakap lagi. Tapi nampak macam dia tu peramah. Entahlah. Aku sibuk dengan membaca komik Detektif Conan. Bestnye..Pagi ni aku terima panggilan dari adikku. Dia demam maka tak dapat pergi sekolah. Budak ni selalu sakit. Salah dia juga degil tak jaga kesihatan sendiri. Aku pun apa kurangnyer. Hihihi... Tengahari pulak aku terima panggilan dari kuatermaster aku, dia kena hadiri kursus PBSM. Nampaknye aku sudah pastilah kena pergi jugak. Tapi aku tak dapat hadir sebab aku dalam camp English. Kalau takde pun aku tetap taknak pergi sebab aku tak dapat jadi PC PBSM . Sebab yang lain ialah hari keluarga. Abah seperti mengharap sangat aku hadir dalam hari keluarga yang terakhir tu. Dia dah buat banyak persiapan. Macam mana kalau ini adalah permintaannya buat kali terakhir. Aku taknak jadi seperti perkara yang lepas.

Intro...jer

Ini blog aku yang ke berapa pun aku tak tahu. Sebelum ni aku dah buat banyak blog tapi aku delete. Memang hobi aku agaknyer....Boring nyer aku waktu ni. Assignmet tak siap lagi.. malas tul nak buat. Tension gak aku pagi ni ape ketidaknyer waktu cuti camni takde air. Dah le baju banyak nak basuh. Akhirnyer aku gi mandi kat blok lain.