Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Lagu POT yang Kelakar

Ini lagu anime yang paling kelakar aku dengar. Hahahaha...Biar pun korang taknak gelak. Tak sangka seiyuu kikumaru eiji boleh buat banyak suara ( main character : school rumble - lelaki ~ tak ingat nama dia) .

Prince of tennis

Prince of tennis...

Anime jepun yang dah lama popular, tapi baru sekarang aku nak tengok. Dulu memang tak minat langsung nak tengok, aku lebih tertumpu kepada naruto dan detective conan.

Sekarang ni, bila tengok cite ni, aku mula nak main tennis. Dulu kecik-kecik memang selalu ikut abah main tennis. Tapi sekarang ni lepas tengok citer ni aku kembali nak aktif semula. First, aku kena tingkatkan dulu stamina aku. So, rajin la aku pergi jogging. Tapi tak sampai 2 laps aku dah semput. Hahahaha...
tempat aku joging sokmo...tasik kejut, UKM
~ aku joging ke, main ambik gambar je ???~

Aisyah ajak main badminton. Warghhh...best ni. Inilah peluang aku untuk aktif semula. Sebagai langkah persediaan untuk masa depan aku. Cehhh...biar pun umur dah 24 tapi aku tetap nak aktif jugak. Walaupun nanti anak dah 2,3,4. Hahahaha... panjangnya perancangan...

My Spirit...

14 hb Mei 2009

Tarikh penting dalam hidup aku. Tidak dapat tidak ia akan muncul dalam hidup ku dengan penuh debaran...

Walaupun aku nampak tenang, dalam diam aku mengelabah.

Kenapa? Apa yang akan berlaku pada hari itu?

Aku pun tak tahu lagi. Harap semuanya berjalan lancar.

Kerana ia adalah hari yang amat bermakna. Kesannya akan mempengaruhi sepanjang hidupku...

- semangat yang hilang mula dicari, dikumpul untuk disatukan dalam hati-