Pelawat Cinta Hati As

featured Slider

Memaparkan catatan dengan label senaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label senaman. Papar semua catatan

Swimming Pool

Assalamualaikum..

Hari ni rajin bangun awal walaupun cuti....kenapa??

Iya...pergi swimming pool pagi-pagi lagi...orang pertama sampai...hehehe

Lama dah tak renam, urat-urat pun dah berkarat lama sangat tak exercise..yah...

Harap aja ada kelengkapan tapi tak guna tak boleh jugak kan???? hehehehe

Dalam banyak aktiviti sukan, as paling suka berenang...wah kenapa?

Sebab renang menggunakan kesemua anggota badan...dan juga otak...

Sebagai wanita muslimah, sukan renang bukan satu halangan lagi buat kita..sebab pakaian renang dah banyak jual di pasaran...tinggal lagi kita kena memilih yang menutup aurat..

Kolam renang untuk kaum perempuan juga sudah ada...macam kat UKM, kolam perempuan disediakan di sebelah belakang bangunan...tapi kena hati-hati jugak, manalah tau ada orang skodeng ke...tapi tuh la..kan kita dah pakai lengkap...dan kita boleh minta penjaga kolam awasi lelaki dari menghampiri kawasan  kolam perempuan...

Keluar dari kolam, tu pakai la tuala besar atau bathrob..sebab walau kita pakai baju renang muslimah pun, pakaian kita akan melekat dibadan waktu basah...hehehe...terjuling mata lelaki kalau nampak..hoho...

Teknik renang...

Setakat ni as tak pandai sangat renang macam katak tu...renang cam ikan duyung boleh la...hahaha
 ok..tipu...


Gambar atas adalah contoh teknik renang...yang mana satu korang yang boleh buat??

Kalau as punya teknik no 1. 2. 3. 4. 6. 7 dan 8..no 5 tu tak pernah cuba...lagi satu kalau kat kawasan laut as suka telentang...sebab air masin tu dapat sokong badan kita dari tenggelam...kalau kolam biasa boleh juga..tapi sekejap jer...pasti as pun lemas..blup..blup..blupp..hahaha


Peringatan kepada mereka yang suka berenang tu..tolongla pakai topi renang walau anda itu seorang yang free hair...bukan apa...tension sangat tengah as renang dengan gembiranya tetiba je ada rambut panjang termasuk dalam hidung mulut as...wekkk.....teruk la....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam nampak ada jual baju renang kat PKNS bangi...tertiba rasa nak beli satu...tapi...tak boleh sebab takder bajet...baju renang yang ada ni pun baru dapat beli...itu pun hadiah daripada kak ela...hehehe

Walaupun as bukan anak jati kampung pulau pasir mandi, tapi as rasa as perlu ada skill berenang walau tak pandai sangat..sebab majoriti orang kampung as pandai berenang walaupun orang buta dan orang cacat...

Tak lama lagi sufiyah akan dihantar kelas renang...wahh...(^^)/

Ok sampai disini sahaja...jangan lupa bersenam untuk kesihatan yang mantap..dan menghilangkan lemak-lemak malas anda tuh....hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...