Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel citer-citer

Isu air tahun 2013

Assalamualaikum As kalau boleh nak letak tajuk gempak lagi, tapi atas beberapa faktor menghalang as berbuat demikian. Hurmm....Ya Allah berilah kesabaran kepada As dan adik-adik as. Sudah lebih seminggu takder air di rumah kami. Masalah berpunca daripada tekanan air yang rendah dan pam apa tah tak dapat salurkan air ke tangki apartment kami. Dah la air takder, lepas tu kami dapat notis, bil air naik dan kami juga diminta oleh pihak pemaju membayar baki bil air dari bulan Julai. Ini tidak adil....rumah kami tidak pernah miss bayar bil, yang dah lepas tu lepas la...ni rumah kami tak kuat guna air tapi jumlah bil setiap bulan mesti lebih RM10.00 kalau dah naik lagi, mesti next bil akan cecah lebih RM 20.00 . Hal ni membuatkan satu apartment kami mengeluh dan tertekan lagi-lagi keluarga yang ada anak kecil. Alhamdulillah ada air Tapi alhamdulillah ada satu paip air dekat dengan Rumah Sampah berfungsi dan membekalkan air kepada semua orang. Maka, pag

Citer gadis dengan Katak

Assalamualaikum (^^)/ Pada zaman dahulu kala, 3 orang gadis pergi berguru di sebuah pergunungan. Setelah tamat pengajian, Guru mereka berpesan... Guru : "Dalam perjalanan pulang nanti berhati-hatilah kamu supaya jangan terlangkah katak." Gadis 1 : "Apa akan jadi kalau kami terlangkah tok?" Guru : "Kamu akan berkahwin dengan lelaki tak hensem" Maka berhati-hatilah, mereka bertiga dalam perjalanan kerana bimbang terlangkah katak dan dapat lelaki tak hensem... Sampai di satu kawasan paya, hujan renyai-renyai dan tanah pun becah....Gadis ke 2 menjerit...eh..katak!! Gadis 1 dan Gadis 3 pun melompat, tapi sayang.....dalam melompat-lompat seperti lompat katak tu, mereka berdua terlompat ke atas katak.... Maka menangislah mereka, Gadis ke 2 rasa kesian dengan rakan-rakan segurunya itu... Gadis 3 : " Waa..waa..waa....aku dah terlangkah katak" Gadis 2 dan Gadis 1 memujuk hati Gadis 3....guru bergurau sahaja agaknya...janganlah bersedih.

Menyesal

Assalamualaikum Semalam, merajuk dengan abah.... As tak tahu abah tengah stress jadi semalam as tak tahan hati dan sensitif tak bertempat....sedih jugak la. Andai abah buka dan baca blog as sekarang ni, as nak minta maaf sangat. Memang as nak telefon abah dan minta maaf tapi as takut tak tercakap tapi dengar esakan tangisan saja. Tadi mak telefon, pujuk as...sebenarnya as pun bersalah dengan mak juga sebab buat mak susah hati. As takder la terasa hati sangat dan merajuk tak nak balik...as sajer jer cakap macam tu semalam sebab terkecil hati dengan abah. As tahu semuanya tak betul.....tapi as saja cuba cari perhatian mak abah...tapi tak kena pada tempat dan masanya kan?? As minta maaf (~~) Esok as akan balik jumpa mak abah Harap kita tak kekok....dan buat tak tahu.... As akan fikir balik semuanya.....dan mungkin akan tak nak bincang lagi...

Memudahkan perkahwinan

Assalamualaikum As bila nak kahwin? itu soalan yang selalu diajukan oleh kawan-kawan yang dah ada anak 2-3 orang dan juga saudara mara.. Bila abang-abang as kahwin semua hadirin akan cakap camni, kenduri as nanti mesti best lagi, meriah lagi, besar lagi....yela as kan anak tunggal.. Hati as -----> SEDIH.... Ramai lelaki yang hadir dalam hidup as cakap...ape mak abah awak nak jual anak ker? Ok...memang as tak kawan terus dah lepas mereka cakap camtu. As pun tak suka majlis yang besar-besar, as kalau boleh nak akad nikah pastu buat majlis kesyukuran yang sederhana. Lepas as terangkan pada makcik-makcik as dan pada kawan-kawan diorang terdiam. Mungkin diorang fikir kalau buat kecil-kecilan tak cukup la nak bagi tetamu makan, apatah lagi saudara mara pun takkan cukup makan...sebab keluarga as besar... Hati as ------------> SEDIH Kawan as cakap, takpe awak nak buat kecilan, tapi awak boleh tahan ke dengan cemuhan masyarakat sekitar? yela, tak macam kenduri kaw

Calon bertanding di DUN KERDAU N 28

Assalamualaikum (^^)/ Kehangatan kempen pilihan raya semakin panas dan membakar jiwa-jiwa setiap orang yang berkempen. As pun sama.. Selaku pemerhati dan pengundi pada 5 Mei ini, as telah memilih 2 orang calon yang as rasakan paling layak dan bersesuaian untuk pegang kerusi DUN dan PARLIMEN. Tapi kempen masih berjalan harap-harap tiada perkara buruk yang akan menjejaskan penilaian as pada mereka ini. Pergaduhan dan Sindiran Dua perkara ini memang tidak dapat dielakkan lagi. Selaku admin beberapa buah laman sosial bagi mewakili beberapa buah organisasi (eceh) as rasakan perlu untuk memperkenalkan calon bertanding di kawasan as.  Mungkin ada cakap tak yah la as rajin- rajin...pandai-pandai la diorang nak kenal ker tak.... Tapi as sendiri rupanya tak kenal siapa calon di kawasan as, jadi as rasa mungkin ada yang tak tahu. Kalau tak nak ambil tahu pun apa salahnya terpandang pos yang as buat. Maka atas rasa bebesar hati dan kerajinan yang sedikit as pun upl

Maraton Boston di bom!

Assalamualaikum, Tengok tak letupan bom di maraton boston semalam 16/4/2013. Dasyatkan, tengok kaki orang tu putus...sungguh menakutkkan. Sekarang Amerika tengah cari siapa yang bertanggungjawab. Harap sangat-sangat bukan orang Islam yang dituduh macam kejadian 9/11/01 ------------------------------ Copy Paste dari berita harian 17/4/2013 Cari bukti dua letupan dekat laluan Maraton Boston Boston: Amerika Syarikat mula memburu individu atau kumpulan bertanggungjawab meletupkan dua bom di garisan penamat Maraton Boston.  Ia mengorbankan tiga orang dan mencederakan lebih 140 orang dalam serangan bom terburuk di bumi Amerika sejak serangan 11 September 2001 (9/11).  Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengetuai sekumpulan agensi penguat kuasa undang-undang persekutuan, negeri dan tempatan untuk menyiasat kes. Bom meletup di tengah kesesakan orang ramai di garisan penamat, mencemarkan sambutan tahunan Hari Pahlawan ketika puluhan ribu penduduk memenuhi jalan raya untuk memberi s

Sarapan pagi bersama Quaker Oat Cookies

Assalamualaikum pencinta hati as, Hari ni as nak buat review tentang biskut Quaker oat cookies. Anda semua sedia maklumkan bahawa quaker oat ni bagus untuk mengurangkan kolestrol dalam badan yang menjadi punca penyakit jantung dan obesiti. Dalam iklan quaker oat pun diorang buat kempen macam tu. Mak abah as pun ambil quaker oat sebagai sarapan pagi harian. As makan juga tapi ambik skit jer campur dalam air milo.. Sekarang ni quaker oat ada dalam bentuk biskut. As sangat cerewet dalam bab makan biskut nih... As suka yang mudah dikunyah atau cair dalam mulut. Jadi quaker oat cookies nih menepati cita rasa as. Quaker oat cookies - akan menjadi kegemaran as Percubaan pertama adalah perisa coklat chip. Ternyata ianya memang sangat sedap. Bagi mereka yang nak diet, boleh la makan biskut quaker oat nih.. Ada perisa buahan-buahan juga..sila cari di super market terdekat anda... ok byes sayonara

Persediaan menerima penghuni syurga

Assalamualaikum, Minggu lepas as menerima berita pemergian arwah adik Adam Syukri. Siapakah adik ini? Jika ada yang tak tahu boleh la buat carian di Internet. Siapa dia dengan as? Dia hanyalah saudara seIslam dengan as, keturunan Nabi Adam a.s, seorang hamba Allah dan penghuni syurga. Adik Adam meninggal dalam usia yang muda. Pemergiannya dengan fizikal yang sudah cukup cantik dan sempurna berbanding semasa kelahirannya dalam keadaan yang sungguh rasa kasihan. Namun, ibu dan ayahnya tidak pernah berputus asa untuk mengubati anak mereka.  As tertanya-tanya sekuat manakah hati ibubapa yang menerima anak penghuni syurga ? Dalam masa as menerima perkhabaran kematian adik Adam, as terbaca status kakak ipar. Sungguh pelik dan muskil dalam hati. Hendak tanya takut tak kena tempat...harap-harap tiada apa yang berlaku. Balik kampung Setelah lama tak pulang ke kampung, abah desak juga minta cari tiket pulang. Along pun tanya as pulang ke tak?  Mujur ada tiket.

Peluh Amarah racun yang boleh membunuh tikus

Assalamualaikum, Hari ni hari khamis. Yer...ramai yang puasa sunat..alhamdulillah Hari ni rajin sikit as nak bangun mandi subuh...walau terketar-ketar kena air yang sejuk. Kenapa rajin bangun mandi awal sangat hari ni? Sebab as taknak tidur lepas subuh....as nak bersiap awal pergi buat kerja. Nak balas mesej di peti box fb, email, siapkan marketing system dan macam-macam urusan lagi. Tapi apa-apa pun, setiap pagi, rumate as rajin nak bukak rancangan tv Tanyalah Ustaz . Kami suka dengar dan tengok rancangan ini. Kenapa??? Sebab ILMU Berapa ramai dikalangan pencinta hati as rajin nak dengar ceramah? Mungkin ada yang jawab ala mengantuk la dengar ceramah, mungkin ada jugak cakap ala memang dah tau apa yang Ustaz cakapkan tu. TAPI..... Berapa banyak yang anda tau tapi anda buat juga salah dalam kehidupan seharian? Berapa banyak yang anda tau sehingga rasa dah penuh semuanya dalam diri anda? KITA TIDAK TAHU SEBENARNYA KITA TIDAK TAHU As pun malas juga, tapi A

nasi hangus rumah terbakar

Assalamualaikum Apa khabar pencinta hati as?? Sejak dua menjak ni, oleh kerana as terlalu sibuk dengan banyak perkara, as nyaris-nyaris tak mati terkejut atau pun jatuh tangga rumah sebab berlari-lari ingat rumah as terbakar. Semuanya berpunca daripada as panaskan nasi waktu pagi dan tinggalkan kejap pergi bersiap-siap untuk keluar rumah. Bayangkan as keluar awal pagi dan waktu jam 1 petang, waktu fikir nak beli lauk jer, tetiba teringat as panaskan nasi kat rumah. Apa lagi, melompat kangaroo la as!! huaaaa..habisla rumah terbakar!!! Hilang kisah nak beli lauk, terus balik rumah...tengok takder asap pun, tapi hati tak percaya...maka as pun berlari-lari dengan laju sekali sehingga hampir jatuh tangga. Sampai kat rumah buka pintu, as tarik nafas dalam-dalam...kot-kot bau hangit...tapi... Bila pandang pada dapur tiada api... Sentuh periuk pun sejuk saja Bau nasi sikit, adalah bau kerak nasi... Oh..............................................

Bapa cakap Najwa Latif anak derhaka

Assalamualaikum, Perkataan 'kurang ajar' kalau diucapkan kepada as, sudah pasti akan terguris perasaan. Apatah lagi kalau dicanang satu Malaysia. Inikan pula kalau kata kita nih anak derhaka. Hari ni as baca berita di Berita Harian Online mengenai Ketidak Puasan Hati Bapa Najwa Latif terhadap anaknya yang popular melalui Youtube nih... Berikut Copy Paste dari Berita Harian Setahun menahan perasaan berdepan kerenah anak-anak, Abdul Latif Ismail, 51, tidak mampu lagi membendung kesabarannya.  Petang Isnin lalu, tatkala sibuk menyiapkan tugasan di pejabat, penulis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa kepada bintang sensasi YouTube, Najwa Latif.  Penulis sendiri pada mulanya ragu-ragu, apakah benar lelaki di hujung talian ialah bapa penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu. Tetapi daripada rentetan ceritanya yang terperinci, mustahil lelaki itu mahu menipu.  Mendengar rintih hiba lelaki terbabit, lantas menebalkan k

Amerika Syarikat diserang oleh tentera belalang juta

Copy paste image from fb Ustaz Azhar Idrus Assalamualaikum, Mungkin ramai dah tahu, atau mungkin juga tak tahu, tentera belalang memusnahkan ladang-ladang di Amerika Syarikat hampir setiap tahun. Purata kemusnahan yang ditanggung ialah U.S 1.5 billion- tak tahu sape yang bagi statik nih..anda boleh selidik sendiri. Ada pelbagai dokumentari yang menceritakan tentag belalang nih kat TV dulu (National Geographic kot) Masa as kecik-kecik, as selalu tengok movie tentang ladang omputih yang diserang oleh belalang. Tak ingat apa nama belalang nih, jadi as nak panggil spesis Belalang Juta. Belalang ni bukan datang sekor-sekor tapi datang dalam kumpulan yang besar sehingga berjuta-juta ekor.  Seingat as, apabila tentera belalang ni datang, akan kelihatan seperti awan mendung... Yer dia tak meloncat-loncat dari awan, belalang ni boleh terbang.. Kuasa Allah Rumate as pernah cakap, banyak negara takut nak melawan AS (cam nama as pulop!!) kerana kuasa VETO

Mimpi Mainan Tidur

Assalamualaikum As tak tau yang as demam harini, melainkan rasa penat sangat-sangat. Tengah tidur tadi, mak baring sebelah as dan dia rasa bahang panas dari tepi as. Mak cakap as demam.  Fuhh...badan as memang jenis panas...jadi as tak ambik kesah apa yang mak cakap. Cuma as agak keliru sebab malam semalam, as mimpikan ada seorang hamba Allah yang menghempaskan sesuatu dibelakang as dan mengatakan ada jin diatas as. Lalu dia ajak as baca al-Quran. Kemudian, dia pegang kepala as dan bacakan sesuatu, waktu tu as rasa sangat sakit kepala as dan air mata mengalir tiba-tiba. As tenangkan diri dan cuba fikir balik apa yang berlaku sebenarnya, kemudian as terjaga dari tidur. Kepala rasa sakit dan bengang lagi...rasa berat nak balik temerloh, tapi memikirkan as nak hadir kenduri kawan dan nak jumpa mak abah, as gagahkan diri juga. Mimpi itu mainan tidur atau mungkin satu peringatan As tak tau apa tafsiran mimpi as, cuma as akan ambik iktibar untuk rajinkan diri

Jum membakar lemak

Assalamualaikum.. Masa kecik-kecik dulu, kalau as buat perangai yang tidak disuka mak abah..mesti diorang akan cakap... budak ni banyak lemak betul....nak kena nih.. pastu mula la as kecut perut...bukan sebab nak kena buang lemak tapi kena pukul la...hihihi... Anda banyak lemak tak? Berapa kerap pergi bakar lemak di gim atau di padang? Harini, as pergi membakar lemak di tasik cempaka dekat McDonald tu...tapi as tak beli ok...sebab as pergi senaman jalan kaki satu tasik tuh jer ngan aishah.. As menjeling jeling jugak nak tengok pelanggan McD tu...ada jer orang..tapi takla ramai..mungkin da petang sangat kot..as pun malas nak ambik gambar..ada jer orang melayu Islam yang beli... Dalam hati..biar saja la mereka...takder cakna atau mungkin tidak tahu.. Ok stop... ------------------------------------------------------------------------------------------------ As tak jogging sebab perut as lapar...bahaya tuh...takder la lapar sangat masa mulanya seb

McD nak bagi burger percuma?

Assalamualaikum.. Save GAZA and Boycott McD  Anda semua boikot McD tak?? Tau tak esok McD nak bagi burger percuma?  Kenapa McD nak bagi burger percuma? Sebab ramai manusia tengah boikot McD atas bantahan tentera Israel yang menyerang GAZA. Berikut merupakan iklan tentang sambutan Hari Sarapan McDonald..sesape yang nak boleh pergi dapatkannya yer..=p Celebrate McDonald's Breakfast Day tomorrow & enjoy the classic Egg McMuffin for FREE! At McDonald's, we believe every Malaysian deserves to enjoy the most important meal of the day. And that is why McDonald's is rewarding the nation with  a freshly prepared Egg McMuffin absolutely FREE tomorrow from 7am-10am! For a full list of participating McDonald's restaurants, please log on to  www.mcdonalds.com/my/mcdonalds_breakfast_day Iklan ni diletakkan di facebook...dan hasilnya..ramai yang memberi komen negetif dari positif.. Berikut kenyataan berbalas McD mengenai dakwaan sumbang

Tips diet dengan Biskut IKO 3 Buahan

Harga biskut IKO : RM 5. lebih =p ...abaikan tangan yang gebus itu yah.. Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum pencinta hati as (^^)v Mari-mari jemput makan biskut IKO 3 Buahan, boleh jadikan snek diet anda setiap malam atau setiap siang..ngeh-ngeh...=p Cantik lak warna plastik bungkusan IKO nih..ke as yang pandai ambik gambar..hahaha Warna bungkusan kecil dia pun menarik hati as  Isi dalam dia satu jer??? - ish ingat ada la 2-3 keping As beli yang ada perisa 3 jenis buah-buahan iaitu kulit oren (korang mesti buang kulit oren kan???=p), Cranberry dan Kismis hitam..walaupun gambar kismis dia warna hijau..(~~)/ Main ingredient biskut nih ialah Oat yang mengandungi serat tinggi (Hi-Fibre) Biskut ni agak keras, tapi mengenyangkan...yer..sebab as makan dengan cicah air milo - almaklumla malas nak kunyah... Orang yang kuat makan macam as tapi takut gemuk meh la cuba diet dengan biskut nih... Oklah byes...sayonara..(^^)/ P/S - seri

Mimpi dengar lagu

Assalamualaikum, Salam Ramadhan yang ke-12 kepada pembaca blog Cinta Hati As. Adakah anda cinta pada As?? Hehehe Hari ni walaupun as kunci jam 430 pagi, tapi mata mengantuk sangat maka As hanya dapat bangun solat sunat jam 5 pagi. Lepas sahur dan mandi subuh as cepat-cepat solat subuh pulak. Dalam kesejukan pagi, mata kembali mengantuk dan mahu masuk tidur. Dari atas katil as ternampak housemate yang bagus si Maisa, telah bersiap melangkah keluar rumah untuk pergi lab pada jam 6.30...bagus sungguh Maisa. Dah la berbuka malam semalam dia belanja besar. Kenyang sampai ke pagi. Alhamdulillah. Mata terus terpejam dan bermimpi Terasa macam realiti, pergi ke satu tempat. Ini campaign kah?? Waktu solat dah tiba, air pula tiada disitu. Berlari-lari mencari bilik air untuk mandi dan wuduk bagi solat berjemaah. Masa hampir tamat. Sungguh penat berlari berebut-rebut dengan rakan-rakan lain. Ternampak orang-orang besar UKM turut datang mencari bilik air untuk wuduk jugakah?

Makan Itu Satu Ibadah

Assalamualaikum Sudahkah anda makan pada hari ini? Memang tak dinafikan jarang ada orang tak lupa makan...memang payah nak jumpa orang lupa makan..bagaimana pula dengan solat dan amal yang lain?. Apa yang as cuba sampaikan hari ini lah, sifat malas untuk makan. Hal ni terjadi pada diri as sendiri. Mungkin ada juga dikalangan pembaca yang rasa malas nak makan. As baru sedar sebenarnya makan itu juga satu ibadah. As memang kuat makan tapi ada satu-satu masa as tak makan sebab as malas. Tahap malas makan tu sampai memudaratkan diri As, dan akhirnya as jatuh sakit. Malas makan tu sebab malas nak masak dan malas nak pergi beli makan. Terukkan perangai tuh??? hehehe...walau dah ada servis hantar makanan ke rumah pun as malas lagi?? ish-ish...sangat tidak comel berperangai seperti begitu. Namun bila as dah tak mampu nak gerakkan badan sebab sakit perut yang teruk, baru as sedar as silap..ia bukan sahaja menganggu pembelajaran dan mood as malah ia turut mendatangkan kesan

Patah Tangan

Assalamualaikum Haa....terkejut tak dengan tajuk post kat atas? Meh nak cerita banyak sebelum sampai ke patah tangan. Hari tu kan as bising dok nangis tinggal sorang kat rumah kan?? Esoknya as pun balik kampung. Berdesup desap as pandu kereta kancil kak saadah...hehehe ( akak saya tak bawak camtu..bunyi jer lebih)...as pandu sampai rumah ajer pun..kemudian berlari-lari ke stesen komuter...terbayang-bayang dah wajah mak abah dan baby sufiyah... Boleh pulak waktu tu berangan suasana jumpa mak abah sambil nangis lepas kerinduan..(eceh cam setahun tak jumpa) hahaha.. Tapi sampai kat temerloh tak nangis pun, tunggu hampir sejam sambil makan jeruk sampai abih tumpah kena beg. Bila jumpa peluk cium mak abah dan sufiyah, mak berkerut..apasal bau masam jer ko ni as? Hahahaha.... Selama duk rumah ni keje as asik masak aja...ikut tekak abah mak nak makan apa. Macam lepas dendam tak dapat masak bertahun-tahun lak. Abah ngusik, awak balik nih la abah baru dapat makan...maka dapatlah j

Bengkel d PD

Assalamualaikum... Tak jadi buat bengkel di Hot Spring, Sungkai Perak disebabkan kekangan masa..Maka kami pergi buat bengkel di LEXIS, Port Dickson. Tak banyak ambik gambar sebab terlalu sibuk dari pagi sampai malam. Bila time rehat dah penat...cuma ambil angin sikit dan berehat di bilik.... Tak ramai student pergi..2 perempuan dan 6 lelaki bersama 5 orang pensyarah. Agak seronok bila dapat berkongsi pengalaman dari pelbagai latar belakang.. terutama tentang kajian apa  yang mereka buat. Saya tak present paper....segan dan masih belum berkeyakinan...maybe next time i will. present paper for robotic simulation rumate yang ceria duduk ditepi lantai cermin bilik kami Diluar bilik...ya...saya berangan seperti berada di Italy...hahaha Terlalu banyak yang perlu saya belajar lagi...level otak saya masih ditahap degree...tapi saya dipush oleh doktor untuk berada pada tahap PhD. Mampukah? Oh saya rasa sangat tertekan sekarang...keceriaan diatas hanyalah topeng unt