Pelawat Cinta Hati As

featured Slider

Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

Selamat Hari Raya 1434 H

Assalamualaikum

sekian lama setelah tidak berjumpa....(~~) ye ye jer kan...baru 6 hari syawal....

tapi as masih terpaksa stalker blog as sendiri atas sebab email as bagitau ada orang suka skodeng dan curi curi gambar comel as....hehehehe acah sahaja....

Bagaimana cuti hari raya anda semua?

As memang sangat-sangat berkejar-kejaran sana sini

Yea.....tahun ni as balik kampung di Melaka

Pertama kali dalam hidup as beraya dengan nenek kandung as sendiri....yea.....sebab abah anak angkat jadi selalunya kami raya dengan keluarga angkat abah.

Memang rasa sangat-sangat janggal sebab as tak berapa rapat sangat dengan keluarga kandung abah...tapi as kena ber alah dengan abah walau hati tidak mahu...sebab apa???? sebab IBU

As tak bencikan nenek kandung as, sikit pun tidak sebab kesimpitan hidup, arwah atuk as memberikan abah pada saudaranya.

Abah as??? ermmm.. tak tahulah.......

Kita belajar sains, kita belajar Islam....

Jadi kita tidak boleh membenci IBU walau dia tidak menjaga kita.

Sebab kesakitan ibu mengandungkan, melahirkan kita tidak mampu tidak untuk kita membalasnya.

As tak tahu apa perasaan nenek.

Nenek sayang tak pada abah? Mungkin.........

Selepas habis solat hari raya, kami pun berangkat untuk pergi ke rumah keluarga angkat abah.

Tapi esok pagi selepas subuh, adik abah dah call bagitahu NENEK nak abah..

So.......hari raya ke dua kami sekejap sahaja berjalan ke rumah keluarga angkat yang lain dan kami patah balik ke rumah nenek.

Nenek semakin uzur.......

Dalam kesakitannya, makcik as bagitahu dia selalu suruh telefon abah balik Melaka....

Tapi kami tak tahu....dan makcik-makcik as tak layan sebab kesian kat abah, lagi-lagi rumah kami jauh..

Abah as pun dah tua....

Selalu tersasar bawak kereta....balik raya kali ni pun tersasar....as nak bawa memang abah tak beri....(~~)

Kalau apa-apa yang berlaku..as aja la balik melaka...sebab as paling dekat dengan stesen bas...

Rumah nenek pun dekat Melaka Sentral.


-------------------------------------------------------

Raya Aidilfitri Pertama dan Terakhir

Keuzuran nenek membawa kesayuan hati abah

Kami belajar doa ibu bapa adalah antara doa yang mustajab selepas doa nabi dan rasul

Abah cakap....abah nak jaga nenek tapi nenek tak biasa dengan abah

Jadi raya tahun ini, biarlah raya bersama dengan nenek

Sebab kita tidak tahu mungkin ini raya PERTAMA dan TERAKHIR dengan nenek
------------------------------------------------------------------------------------------------

As berasa bersalah dengan abah dan nenek....sebab pada akhir tahun degree as menangis nak balik pahang juga sebab belum merasa bersahur dan berpuasa dengan mak walau sehari...waktu tu as praktikal kat subang jaya....abah ambik as dan singgah berbuka puasa di melaka....

Jadi abah hantar juga as balik pahang malam terakhir terawih...

Kami merempit MELAKA-TEMERLOH

masa atas motor tu baru as tersedar.......

setiap tahun as berpuasa dan bersahur dengan mak....SETIAP TAHUN

abah sudah beberapa tahun tak berpuasa dan bersahur dengan nenek,,,

as menangis belakang abah.....menyesal sangat....as minta ampun dengan abah dan nenek

Sebab tu,,,,,,,,,,,kalau abah nak balik MELAKA rumah nenek...as setuju sahaja....

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oklah itu sahaja,,,,,

Kita tidak perlu minta ampun dan maaf pada musim perayaan saja...tapi minta ampun lah setiap masa pada Allah dan juga yang wajib pada Ibubapa selagi mana mereka masih hidup

Selamat Hari Raya Pembaca Blog Cinta Hati As

Maafkan segala salah silap as sepanjang penulisan di blog Cinta Hati As ni yer....

p/s : as dapat duit raya  tahun ni RM 30.00.....anda dapat berapa?? RM 30.00 nak beli apa nih???..blurrr...blurr....(^^)

Selamat Hari Raya Sayang!!!!

Assalamualaikum semua (^^)

Saya sayang kamu semua!!!! opss...siapa yang tidak mahu jangan terima sayang saya itu..hehehe

Hari ni dah masuk raya ke enam....saya pun dah mula berpuasa sejak raya ke empat..insyaAllah saya akan teruskan sampai hari ahad ini...hehehe...cayok as!!!

Sambutan raya kali ini tidaklah besar-besaran macam tahun lepas tapi masih lagi seronok. Saya merayu pada mak untuk tidak buat lemang dan ketupat atau pelbagai jenis juadah yang lain...sebab saya sangat-sangat penat. Cukuplah dengan lontong, nasi impit, kuah kacang dan beberapa lauk lain yang boleh dimakan dengan nasi....sebab saya sudah tahu setiap rumah kiri dan kanan saya akan beri 2 batang lemang..hehehehe....sungguh licik kamu As... Mak plan untuk masak nasi untuk sedara mara yang datang kerumah...

Pada malam raya...suasana agak suram...hanya saya, mak abah dan adik sahaja. Sungguh sedih....tapi nak masuk tengah malam, saya terkejut abang ngah dan keluarganya datan
g untuk tidur dirumah kami. Nampak cahaya dimuka abah...baru la rasa macam suasana raya...

Pandai betul kak ipar pujuk satu keluarga nak beraya dirumah kami dulu tahu
n ni...cayalah kak!!! sayang akak!!! ---> tak kisah pun sebab kampung akak sebelah je...hahaha

Pada satu syawal, saya bangun pagi dan masak kuah lontong dengan kak ipar...nyum..nyum.. Kemudian, kami bersalam-salaman...macam biasa babak tangis menangis akan berlaku..owhohoho saya tidak terlepas...hukhukhuk....

Turunnya hujan rahmat pada pagi syawal....selepas solat raya kami bergambar beramai-ramai...


ni tak cukup lagi nih...along takder..hehehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...