Pelawat Cinta Hati As

featured Slider

Memaparkan catatan dengan label happy birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label happy birthday. Papar semua catatan

Happy Birthday my little brother

Assalamualaikum

Selamat hari lahir buat adik as yang tercinta Aisamuddin Nordin

Hari ini genap umur dia 19 tahun

Orangnya tinggi lampai sampai nak cecah pintu rumah..;p

Kulitnya tak gelap tapi takder la putih merah macam kecil dulu

Perangai dia....kuss semangat, pernah bertumbuk dengan as (yerp..as taknak mengalah juga)

Garang tapi penyanyang? Yerp : Teringat kata-kata dia waktu as nangis dalam bilik : Mak, koi takkan lepaskan orang yang buat akak nangis. Sungguh terharu (~~)

Sayang? Mestila, buruk-buruk pun adik kita juga. ^^/

Harapan as pada adik

Memegang Islam tidak hanya pada nama, tapi terpatri kuat di hati dan melaksanakan ibadah dengan sebaik-baiknya

As dan Adik As


Count Down My Birthday


Pencinta hati as (^^)/ alang-alang dah wish birthday adik...

Moh la kiter pakat ramai-ramai kira tanggal lahir as dari hari ini...tinggal 16 hari sahaja lagi...

Berikut as sediakan senarai hadiah yang as idamkan saat nih, nanti senang korang boleh pergi beli...hehehe :-

  1. iPad Tablet
  2. Lip tint tony moly - warna pink cherry
  3. Tudung bawal 2 tone - black purple or black pink
  4. RM3,000 nak buat modal perniagaan - bukan RM3.00 yer, RM300.00 takper buat belanja sakan as..hehe
  5. Kereta kancil/kelisa/toyota hilux - bukan versi mainan ya (^^)/
  6. Concealer yang ada pelbagai warna tuh, kalau hadiahkan yang wheel pun ok juga..(mata ni lebam sokmo banyak ngadap laptop) haha

Last sekali yang paling as nak adalah doakan agar as bahagia dan murah rezeki, diberkati Allah selalu....letakkan doa ini sekali dengan antara hadiah diatas tu eh...hehehe

Apa-apa pun as tak tahu sekiranya umur as sampai atau tidak pada tanggal lahir as kali ini.

Moga pencinta hati as juga mendapat berkat dari Allah selalu.

Oklah, byes Sayonara.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...