Pelawat Cinta Hati As

featured Slider

Memaparkan catatan dengan label mandi sungai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mandi sungai. Papar semua catatan

Balik Kampung...

Salam sejahtera kepada pembaca My Idea @>--...

Akhirnya, dr benarkan aku cuti jumaat baru ni. Arigator Gozaimaz dr. Aku naik bas jam 9.30 pagi. Sampai jer di bandar temerloh dalam jam 11.30. So, aku terus je pergi makan tengahari ngan abah dan mak. Anak buah aku yang kedua Siti Fariha Aliya mesti ikut punyalah. Minah sorang ni memang suka berjalan, yang tak laratnya tangan dia akan menunding macam-macam. Huhuhu...aku nak melayan...jangan harap. Hahaha..

Petang tu, aku ngan sepupu aku pergi mandi sungai. Beraninya aku, sebab air sungai sangat cetek. Tapi yang tak bestnya aku tak boleh tunjuk skill renang aku kat budak-budak ni....hehehe..tipu jer. Sebenarnya yang tak bestnya, pasir sungai dah takde. Tinggal batu-batu kecil yang menyakitkan kaki bila dipijak. Sangat-sangat tak best. Ini adalah gara-gara projek sedut pasir di sebelah hilir bandar Temerloh. Air sungai ni cetek sangat. Kalau perhatikan tempat kita orang berdiri tu sebenarnya dah kawasan tengah sungai. Kalau air besar memang kita orang dah lemas dah. Oleh kerana pasir dah takder, tinggal batu kelikir je, air sungai jadi jernih sikit, boleh nampak dasar dia.




Keesokkanya sabtu, abah sembelih 3 ekor ayam. Adakah sempena aku dah lama tak balik?...Hahaha ye kot. Sebenarnya ahad kan hari jadi abah. Takkan nak sembelih hari ahad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...