Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Menikmati cahaya di waktu petang

Umur 100

kalendar April 2011 berlatarkan sawah padi di Kedah Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Baru pulang dari kedah...melawat moyang, sanak saudara dan kenduri kahwin. Sangat penat dan tidak sihat...fungus pun tak hilang lagi...boleh buat orang sebelah fikir saya menangis tak henti-henti...sob..sob.. Sudah lebih sepuluh tahun rasanya saya tidak pulang ke kedah. Moyang pun dah nyanyuk tak kenal orang, saya dan abah duk mengira umur moyang dan setelah dinilai maka tahun 2011 ni umur moyang genap 100 tahun... hehehe.. Moyang sangat kelakar sebab bila dia jumpa abah, dia kata abah berjanggut putih...abah kata dah tua....dan saya tidak tahu nak panggil ape kat dia..tok nek? tok wan? Umur 100 tahun...saya cicitnya dan anak buah saya cuitnya...sudah 4 generasi dibawah moyang. Minggu lepas anak moyang meninggal dunia...merangkap tuk sedara saya. Moyang cakap nak buat cam mana, depa dah panggil dia, depa tak panggil aku lagi. Moyang macam dah tak sabar nak pergi menghadap Ilahi. Mungkin dia tidak m

Percutian telah tamat!!!!

Salam sejahtera semua ( yip..yip..hurey!!!) Wahhh..hepi nampak as??? Mestila esok kan dah mula sem baru. Hahahaha ( meskipun dalam hati nangis) Seronok sangat cuti selama 2 minggu nih. Bermain-main dengan anak buah, adik-adik kupu-kupu, tolong abah, mak, abang-abang, dan akak...jadi bibik (~~)! hukhukhuk... Apa yang aku buat dalam masa cuti baru nih??? Hurm yang aku ingat, petang-petang aku melayan anak buah aku main bola ( tapi sebenarnya anak buah yang melayan karenah aku yang bosan duk dirumah) So, suatu petang, abah bawak aku dan cucunya bermain di kaki Gunung Senyum. Cerita sebelum pergi ke Gunung Senyum, masa aku nak gi pungut anak-anak buah aku di rumah mereka, adalah jiran kami yang baru sembuh dari penyakit TB. Kurusnya makcik tuh sebab sakit lama. Dia cakap dia geram sangat nak pegang baby faris. Sekarang nih dia fikir dia dah benar-benar sembuh ( doktor cakap la) so dia nak bermain-main dengan baby faris tuh... huish danger-danger tak nak bagi!!!. Masa abah sampai, anak makc

Selamat Hari Abah

Salam sejahtera semua!!! (nada pening-pening kambing) Selamat hari abah kepada abahku Sarjan (B) Nordin dan juga kepada abang-abang aku. Pada 20 june yg lepas aku tidak ketinggalan untuk menyambut hari abah. Kali ni aku buat sendiri kek tuh...masa hari ibu, aku tak sempat nak buat sebab waktu sibuk ngan kenduri kendara. cantik tak kek saya buat =P Hari ni 23 june aku baru pulang ke BANGI. 2 3 bulan nih aku agak aktif pulang ke rumah di Temerloh. Bukan aper aku risau orang kampung lupa akan muka dan kewujudan aku (^^)! tu yang aku kerap balik...nih kalau orang kampung baca ni mahu termuntah. Apa citer yang berlaku sepanjang aku berada di kampung??? Terlalu banyak!!!! Wah kalau citer memang tak cukup 3 hari 3 malam. Pelbagai isu menarik dari hal negara hingga la hal peribadi. Hehehe. Setiap kali aku balik, kepala aku akan dipantak dengan isu kepimpinan....adeh-adeh sakit kepala as ni abah, mak, paklong, maklong, piktam weihhh.... ( mereka ni sume pucuk pimpinan kampungku ) . Dengar kate

Laguna Resort Day 2

Salam sejahtera semua....(nada penat....;D) Hari ni merupakan hari kedua kami berada di Laguna Resort, Pulau Redang. Selepas sarapan pagi, kami bergambar kali terakhir di pulau ni bersama dengan Prof Aziz dan Dr Juhana. Mereka kena pulang dulu kerana ada tugas lain. Research Group Geodiversity Repository System Selepas mengucapkan selamat tinggal...kami yang masih disini meneruskan aktiviti yang telah dirancang, iaitu snokling dari jam 10 pagi sehingga jam 12 tengahari. Yip...yip hurey.... tengah bagi makan ikan Indahnya ciptaan tuhan di dasar laut...terumbu karang yang cantik dan ikan-ikan yang pelbagai jenis dapat dilihat dan sentuh sendiri oleh aku. Sedikit menyesal tak ambil pic dalam air.... nampak tak ikan n corals tu?? Selepas zohor kami merehatkan diri sehingga jam 430 petang. Kemudian pergi main ombak....aku tak main pun..cuma ambil gambar diorang jer....malas dah nak basahkan baju. Sebelah malamnya kami ade BBQ, tengah makan-makan...Dr. Jamaiah cakap nak karaoke lagi...hehehe

Hasil Kerja Untuk Tutor 2

Masa aku hasilkan ilustrasi ni aku ambil masa dalam 3 hari. Pening juga nak memikirkan idea ni. Roomate aku yang banyak komen. Dia cakap aku punya ikan cam mati lemas je. Aku hasilkan gambar ilustrasi ni ngan adobe illustrator. Tutor aku nak aku gunakan pelbagai jenis tool yang ada dalam illustrator tu. Maka inilah hasilnya. Pada mulanya aku tau gambar ni tak secantik dengan gambar budak kelas aku yang lain, tapi yang paling mengejutkan aku adalah antara 2 orang yang dapat markah penuh 10/10. Hihihi...bangga sedikit dengan diri sendiri. Pada pendapat aku gambar ni memang tak cantik sangat pun tapi, aku ikut syarat yag ditetapkan oleh tutor aku. So, aku tak payah la kena buat semula assignment ni.