Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel karutan

Saya Sayang Blog Saya

Assalamualaikum Anda sayang pada blog andakah?? Yer saya sayang pada blog saya... Saya suka baca blog saya sendiri Apa yang anda tulis di blog anda? Saya tulis apa sahaja yang terfikir dalam hati saya. Luahan hati saya, suka, duka, kecewa dan kegembiraan Adakah saya bertujuan untuk berkongsi dengan semua orang? Hurm..mungkin juga tapi saya rasa saya lebih kepada untuk melepaskan semuanya dari hati saya... Kalau ada orang tak puas hati dan terasa dengan penulisan blog anda? Saya minta maaf, saya tidak dapat tidak untuk puaskan hati semua orang..sebab siapa saya kepada anda? Saya tahu dan pernah ada orang berkata dia terasa dengan penulisan saya...tapi kenapa anda perlu terasa? Sebab mungkin anda bernasib seperti saya? atau anda ada buat salah dengan saya? Saya rasa macam sedikit baik hati sebab ada masanya saya akan buang post-post yang dikatakan menyakitkan hati... Tapi kadang-kala ....hehehehe......saya saja letak untuk peringatan buat saya dimasa hadapan

TIGA

Assalammualaikum semua..... Adakah anda telah tersalah masuk blog??? Tidak....ini wajah baru blog My Idea @>-- Kalau perasan dulu saya pernah beritahu nak pakai skin ni....hehehe Skin yang sebelum ni memang cantik (pada pandangan saya ler) tapi tu la...saya tidak tahan melihat ianya berwarna pink. Terlalu soft..sedangkan saya sebenarnya tidaklah selembut itu. Skin tu sebenarnya sesuai untuk budak sekolah rendah yang suka tulis diari...cute~~ tapi saya sudah tua. Hehehe... Kali ini saya pilih skin nih....hurm.....agak leceh bila kena masukkan semula widget. Owh ye perlukah saya meletakkan feedjit?? kadang-kadang ia tidak betul...macam mana saya tau ia tidak betul?? saya taula...hehehe ----------------------------------------------------------------------------------------- Tadi terbaca tentang 30 perkara tentang wanita yang tidak sempat (x sempat???) diberitahu kepada lelaki... Malas nak senaraikan...sebab saya malas. -----------------------------------------------------------------

Hati Zaman Batu

Salam sejahtera semua!!! Hari ni hari rabu bersamaan dengan 5/5/2010. Hari ni aku sekali lagi pulang ke rumah ku di Temerloh. Baru dua malam pulang ke bangi aku dah kembali ke Temerloh. Hehehe.... 2 hari lepas aku menangis kesedihan...dah lama jugak la aku tak nangis...(apa ingat aku suka ke nangis...=P) Kenapa aku nangis? Mestila sebab sedih dan ada le yang membuat hati aku terasa. Rasa macam orang bodoh jer nangis benda yang kecil nih. Tapi bila hal yang berat aku tak mampu pun tuk nangis, mungkin terlalu terkejut atau terlalu sedih yang membuatkan air mata tak mampu keluar (yeke ?? =p) Aku nangis kejap jer yerla setakat benda remeh so aku pk tak yah nak beria. Orang yang buat aku terasa tu pun mesti cakap ( ala sikit2 merajuk, sikit nak nangis, ngader2) hukhukhuk Oleh kerana ini mungkin aku nak kembali ke zaman hati batu aku (yo la tu...sejak bila ko, as ade zaman hati batu) Sekarang ni aku duk dalam bas...orang belakang aku ni tengah hafal hadis kah?? Hurm nak pasang telinga boleh?