Pelawat Cinta Hati As

featured Slider

Memaparkan catatan dengan label hepi-hepi.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hepi-hepi.... Papar semua catatan

AS....Tanjō-bi omedetō









Assalammualaikum
Hari ni hari lahir AS
yang ke - 26 tahun
semalam mak masak laksa untuk as
hari ni as sampai jer rumah dibangi,
kak ayu dan kak saadah pun buat laksa untuk as
siap ada kek perisa chocolate banana secret resepi...

wah...seronoknya...

dapat hadiah dari akak saadah, akak ayu dan atikah




dapat tabung frogie, mug bertutup dan cermin yang comel....
semuanya dalam warna yang sangat ceria dan penuh kasih sayang

terima kasih mak abah
terima kasih akak saadah
terima kasih akak ayu
terima kasih atikah


dan terima kasih kepada kengkawan yang wish befday untuk as


baru saya sedar dunia ini saya masih tidak keseorangan lagi...

kalau takder aral ahad ni asyah juga telah mencutikan diri untuk as
tengok wayang kiter??

yeahh...




Tanjō-bi omedetō Ainul Suffiyah



Tanjō-bi omedetō Ainul Suffiyah



Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah selamatkan
baby ainul suffiyah
Allah Selamatkan Kamu

Yeah.....suffiyah sudah berumur satu tahun hari ini.

Ramai sungguh ahli keluarga as yang lahir bulan sepuluh

Aisamuddin Nordin --> 1/10/1993
Ainul Sufiyyah Mohd Fairrul Azma --> 5/10/2010
El Suhada Baharin --> 14/10/1986
Asnida Nordin --> 17/10/1985 ( tak lama dah ni...cepat-cepat sediakan hadiah saya..hehehe)
Iqbal Baharin --> 19/10/1993
Dalam kenangan : Amirul Hakim Nordin --> 19/10/1993 



Rasanya ramai lagi tapi dah tak ingat tarikh.....minggu nih balik kampung inshaAllah. Mungkin majlis harijadi anak sulong along akan dibuat pada hari sabtu....wah tak sabarnya acik......baby chuppy dah pandai jalankah???

Kenapa sejak acik tinggalkan baby chuppy sebulan lepas, nampak makin makin tambum???

Wahhhh mujur chumel....tapi da besar nati jangan bum..bum lagi..tak baik tuk kesihatan....ecehhh...(peringatan untuk diri sendiri)




Tidak ada kesalahan anda lahir ke dunia ini
Tapi menjadi satu kesalahan jika anda berputus asa dalam hidup anda



Do You Watch me?

Assalamualaikum....

Adakah anda watch me?

Maaf-maaf, bahasa dicampurkan pulak.

Sekarang ni, saya duk tengok jam-jam yang ada dalam koleksi saya... tak banyak ada 1-2 jer.. yang lain-lain tuh setakat bergaya milik kawan aje.

Saya suka jam tangan. Tapi saya alah dengan besi. Emas takper. (^^)

Ok gambar dibawah saya duk bermain dengan jam kak sa'adah...ye kak...bila mau belikan jam cincin tuk saya??


bunga dan kupu-kupu itu juga cumel kan??


Jam mutiara ni, saya baru jer dapat pakai..maklumlah tangan saya cumel pe orang yang hadiahkannya..kena kecikkan tali..huk huk huk..

maaf gambar kabur (=.=)!


inilah kerja saya dalam library (^^)

Jam yang takleh dibaca nombornya itu yang warna merah tu, dari china....abah pernah tanya camne nak tengok jam tuh...saya dengan nada mengada-ngada,..oh abah jam itu hanya orang muda saja boleh nampak.

Tapi......

Kadang-kadang saya juga tersalah pandang...uhuk...padan muka ko as, suka gi memain dengan abah..

ok lain kali, kita tengok jam pelik yang ada kat dunia nih...

byes...

wassalam

Busy day come grab me!!

Assalammualaikum...dan salam sayang dari saya untuk anda semua.....


Hai..hai...as in da house!!! eceh...hehehe..memang saya dirumah saya sendiri sekarang. Sangat rindu pada katil dan bilik saya sendiri...golek-golek ----> hek hek hek..

Hidup sangat tidak seronok kalau tidak sibuk....

Belum sampai pintu rumah dah terima call dari orang-orang...sampai la masuk nak bergolek atas katil pun panggilan tak putus-putus...sampai bertindan-tindan lak...ecehhhhh-cehhhhh macam Perdana Menteri lak...hehehehe


Dalam sibuk-sibuk duk melayan call sana sini saya terjumpa bungkusan misteri di atas katil kesayangan saya....Aishhhhhh...apa ini???

Nama tertera adalah nama saya sendiri...nak tanya budak rumah sorang pun takder...hurm....

Hati dup dap dup dap....bungkusan dari Hong Kong, Jackie Chan kah yang hantar??? Hahahaha...

Jum kiter bukak...



Rupanya jam tangan bracelet!!! My dreams come true.... thanks for that person... what or who ever u are, i really like it ;)


Here come my new gadget. I wish it can live more longger than my white watch...fuhhh...

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Now, its time to write a very-very good proposal for my thesis...ehermmmmm...

AUGMENTED REALITY???? what is that??? I still dont know what AR means. How come i be veryyyy lazy?? My due date to submit is 10/12/2010....ohohoho...i wish there is some miracle....toinkkkkk to do my thesis...hahahaha...


Sory to mimi coz cannot help your flash project. I wish i could help u and of course u pay it hehehe...but time is very short than my height..xP

Tupai-Tupai

Salam sejahtera semua (nada hepi!!!)

Sebelum aku mulakan pembelajaran aku malam nih....aku nak cerita sikit pasal tupai-tupai...

Malam sabtu baru nih aku dan budak-budak rumah memenuhkan perut kami dengan makan steamboat di restoran tupai-tupai. Hanya bayaran RM 25 seorang kami boleh makan ape saje yang disediakan di ruangan buffet dari jam 8 malam sampai jam 11 malam.

Restoran ni tak jauh dari rumah kami..kiranya belakang rumah jer. Kami makan dari jam 830 malam sampai jam 1030 malam. Layanan diberi sangat istimewa, mungkin sebab semuanya perempuan kot (^^,)/

Kami makan dengan sepuas-puasnyer...kecuali saya..berhenti sebelum kenyang xP ( tipu...)
Pelayan kat situ kejap-kejap datang...siap cakap buffet tu habis jam 11 malam ( kan dah cakap awal tadi )...pastu tanya ade ape-ape lagi tak?? Hurm (=.=) cam nak suh kami balik cepat jer....

Kami habis RM125.00...so takper la stay sampai kul 11 kan... hehehe

Ladies from 406

mana satu nak pilih ni??

ini sebahagian makanan yang kami ambil..(^^)v

Banyak lagi gambar siapa yang frend fb leh tgk kat fb...[promote tak berbayar (=.=) ].
Kami budak-budak rumah payah dapat berkumpul bersama...bila dapat berkumpul mula la ada aktivitinyer...hehehe

Thanks pada wani my rumate yang selalu ade jer idea nak dibuat.

Bile kiter nak pi berkhemah weihh...hehehe
-------------------------------------------------------------------------------------------

Kata hati :

Baru-baru ini aku di serang penyakit hati. Keadaan aku waktu itu hampir kronik...huhuhu..bahaya-bahaya.

Dugaan...

Alhamdulillah penyakit hati ni sembuh dengan cepatnyer...sebab aku kuncikan ia dengan beberapa kunci...

Hahaha...lapangnya...

kalau kena lagi...aku nak gi terjun sungai pahang...basuh bersih-bersih..cayok!!!

What ever we do, we need knowledge



Laguna Resort : Last Day + Conclusion

Salam sejahtera...(nada ngantuk)

Sekarang ni aku dah ade kat bangi. Kepenatan dah berkurangan tapi keseronokan masih terbayang di mataku....

Pada hari terakhir di Pulau Redang, kami bergambar lagi sepuas-puasnya.

Aku mula mencari ubat mabuk (teringat saat aku hampir muntah dalam bot....erk...seksa). Tapi hampa bila dapat tahu ubat da abis. Mujur ada air 100 plus dan laut hari tu agak tenang. Mujur juga kami di bawa ke jeti yang paling hampir dan masa perjalanan 1 jam saje.

Dari jeti kami dibawa makan nasi kukus dan ke Pasar Payang...tapi tak dapat nak beli banyak barang sebab berat dan masa ada lebih kurang 30 minit jer..

Kami check in flight jam 3 petang dan berlepas jam 4.30 petang...

------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya, bengkel ni sangat-sangat la seronok dan santai. Kami siapkan dulu kerja-kerja di FTSM kemudian hanya bincangkan future plan di Laguna Resort dalam satu hari sahaja. Waktu yang selebihnya kami enjoy dan bersantai di tepian pantai.

Terima kasih kepada Prof Aziz, Dr Jamaiah dan juga kawanku Aisyah kerana membuka dan memberi peluang pada aku untuk masuk group ni. Banyak peluang dan ilmu yang aku belajar di sini. Harap-harap pengalaman ini dapat bantu aku cari idea untuk tesis aku nanti.

Prof Aziz : Seronok tak? Nak pergi lagi tak? -- mesti la kalau orang belanja.... ;D

-----------------------------------------------------------------------------------
Kerja sekolah menambun deadline semakin dekat....exam pun sama...hahaha....aku masih lagi enjoy...

Jangan as!!!!!....

Laguna Resort Day 2

Salam sejahtera semua....(nada penat....;D)

Hari ni merupakan hari kedua kami berada di Laguna Resort, Pulau Redang. Selepas sarapan pagi, kami bergambar kali terakhir di pulau ni bersama dengan Prof Aziz dan Dr Juhana. Mereka kena pulang dulu kerana ada tugas lain.

Research Group Geodiversity Repository System

Selepas mengucapkan selamat tinggal...kami yang masih disini meneruskan aktiviti yang telah dirancang, iaitu snokling dari jam 10 pagi sehingga jam 12 tengahari. Yip...yip hurey....

tengah bagi makan ikan

Indahnya ciptaan tuhan di dasar laut...terumbu karang yang cantik dan ikan-ikan yang pelbagai jenis dapat dilihat dan sentuh sendiri oleh aku. Sedikit menyesal tak ambil pic dalam air....

nampak tak ikan n corals tu??

Selepas zohor kami merehatkan diri sehingga jam 430 petang. Kemudian pergi main ombak....aku tak main pun..cuma ambil gambar diorang jer....malas dah nak basahkan baju.

Sebelah malamnya kami ade BBQ, tengah makan-makan...Dr. Jamaiah cakap nak karaoke lagi...hehehe...tak puas nyanyi lagu Allycat yer dr.

Itu saje aktiviti kami pada hari ni...esok kami akan check out jam 11 pagi. Flight jam 430 petang..kalau sempat nak juga singgah Pasar Payang beli keropok lekor.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak letak banyak gambar..tapi saiz terlalu besar...malas tul nak kecilkan saiz..;D

Seronokla orang tu bile kite tunjuk gambar souvenir untuk dia...tapi dia tak tunjuk pun gambar souvenir untuk kiter...ke cakap jer beli...tapi takder...hahaha...xD


Laguna Resort Day 1

Salam sejahtera pembaca My Idea @>--

Teman tapi mesra...wah wah...sebenarnyer semasa aku menaip aku tengah dengar Puan Zai menyanyi lagu teman tapi mesra....karaoke..

Aku sekarang ni berada di Pulau Redang, Laguna Resort.

Kami bertolak dari rumah jam 4 pagi tumpang Puan Zai. Mengantuknyer...sampai di LCCT lam jam 4.45 pagi dan sarapan di McD.

Agak kelam kabut bila dapat tau Siti tertinggal dokumen untuk check in ke resort. Mujur Ateh datang menyelamatkan keadaan. Thanks Ateh nanti cik Siti belanja.. :D

Naik flight lam jam 7.05 pagi..ingat nak tidur jap tapi tak sampai 1 jam dah sampai Kuala Terengganu....huhuhu..

Naik bas ke jeti kemudian sementara menunggu bot, kami pergi minum air di pasar tepi tu. Wah bagusnya kat situ sebab tiada lalat walau seekor. Thanks to Dr Sufian yang menyedari fenomena ini. Kenapa yer? Pada hal keropok lekor, barang basah dan macam-macam barang makanan yang pasti mengundang lalat dijual di tingkat bawah. Ajaib-ajaib...mengikut teori Dr dan bakal Dr yang ada pada masa itu mungkin disebabkan atapnya. Hurm payah nak cakap...mungkin korang leh tengok sendiri dan buat kesimpulan sendiri.

Tengah tunggu bot, semua orang makan ubat mabuk laut. Aku, Tanot danDr Sufian tak makan pun. Konon yakin yang kami ni takkan mabuk..akhirnya kecundang juga. (aku la...orang lain tak kot..hahaha) Sungguh tak sangka ombak laut sungguh kuat. Aku beberapa kali nyaris termuntah. Dengar kata Dr. Sufian pun tak tahan..hahaha...

Akhirnye penderitaan aku berakhir setelah hampir 2 jam. Alhamdulillah...sampai juga. Dihidangkan pula dengan air asam boi...sedaknyer...
dalam bilik kami ;D

Lepas mengenyangkan perut dan dapat bilik...team kami berkumpul jam 4 petang untuk meeting projek akhir Geodiversity dan Socfes dan future plan. Banyak benda aku belajar dalam meeting ni...gembira dan sedih juga projek ni dah berakhir pada hari ini.

sebab utama kami berada disini...;)

Jam 6 petang..kami jalan-jalan tepi pantai main air ombak...seronoknyer sambil cuci mata...;p tapi tak teringin pun tengok diorang yang pakai menjolok mata tu..so jangan risau yer bang...xp

kanak-kanak ribena ker..;p

Malamnyer seperti yang dirancang...Dr Jamaiah, Puan Zai telah membooking bilik KTV. Maka menyanyi la kami sepuas-puasnya...hahaha...aku yang tak nak join pun akhirnya menyanyi sama. huhuhu...

--------------------------------------------------------------------------------------

Persiapan ke Pulau Redang

Salam sejahtera semua!!!....

Aku sekarang ni tengah buat persiapan nak ke Pulau Redang. Ye..Pulau Redang kat Terengganu tu.....mesti korang cakap...ala pulau je bukannya pergi oversea pun. Biorler....pergi free siapa tak nak??? korang nak???

Ok....sekarang ni barang tak packing lagi...tengah bincang-bincang dengan siti nak bawa ape yer? Ade beberapa barang tak beli lagi...beg travel kat kampung...nak balik ambik malas dah...kena beli la pulak...duit kuar lagi..hahaha...ni kalau abah tau kena marah ni...

Apa aktiviti yang kami akan buat yer? Kalau ikut tentative tak rasmi yang kami buat tu, banyak main-main....Ish..ish..xD

Dengar kate...prof nak bawa kami ronda-ronda pulau dengan bot dia....betul ke prof?? ish...ish...xD

Pastu malam ade BBQ and Karaoke?....dengar kater Dr Jamaiah ngan Puan Zai dah practise....hehehe....

Aku dan Siti lak dah rancang aktiviti yang agak menarik bagi orang-orang muda... apatu??? hehehe..taknak citer lagi...takut nanti ade orang yang bising...siapa tu? ade lah...xp

Agak-agak Dr sufian wat aktiviti ape yer?? Dr Juhana dah pasti dengan keluarga dia...huhuhu keluarga bahagia...tak kira ade bengkel kat mana-mana pun mesti bawak keluarga....

Esok nak buat macam tu jugakla...boleh tak ???

Kami naik flight kul 7.05 am. Kenapa mesti ade 05 tu...hehehe... pukul 5 am bertolak dari rumah ke KLIA...mau tak tido malam tu..hehehe...siap ler orang tu....akan ku kaco dia supaya tak tido jugak...

Kul 5 pagi keluar rumah ni macam menakutkan jer..so nak tunggu depan pagar rumah jer la...boleh tak puan zai???...xp Mujur Siti pergi jugak...takder la aku keseorangan...kalau Siti tak ikut, aku sorang jer anak muda...;D tak best jugak....hehehe...

Ok.....sampai di Pulau Redang...aku post lagi citer ni...( biarpun korang tak nak tau)






Bengkel Projek Akhir Geodiversity

Salam sejahtera kepada semua pembaca My Idea @>--

Sebelum aku citer pasal bengkel hari ini...aku nak citer pasal aktiviti semalam.

Semalam aku menjadi budak yang hyperaktif...dari hari rabu sampai khamis. Malam khamis tu siapkan assignment sampai kul 2 pagi lebih (tu la dok main banyak g) ...bangun kul 630pagi dan bersiap-siap nak pergi kelas.

Kelas jam 9 hingga 1 petang...mengantuknya...beberpa kali tersengguk..tau-tau jer kena jawab soalan...huhuhu..menganga kejap...;p

Kemudian...habis kelas aku terus pergi discussion group...selesai jer..aku gatal-gatal ajak kengkawan p swimming...mata bapok lerrr ngantukk....so aku balik lam nak kul 4petang dan tidur tak sampai beberapa minit...kul 5 aku pergi swimming..

Hebat...ko sangat hebat as...

Malam tadi tidur dalam kepenatan...bangun pagi ni sangat2 liat.... kemudian terus siap2 g bengkel....

++======================================================++

Bengkel ni mengenai projek akhir Geodiversity....takde mende sangat nak citer....projek ni aku involved dari tahun lepas lagi.

Projek ni nak tutup dah....nak tutup kat Pulau Redang. So, kami siapkan report akhir dulu kat FTSM, UKM..Bile siap dah report kat sini...kat Redang nanti boleh enjoy dan santai....

yippi......

khusyuk mendengar penerangan...


yang bestnya bengkel ni...makan jer kejenye..dari sarapan pagi sampai petang....malam lak..sambung kat restoran luar...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...