Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Catch Your Dream

Augmented Reality

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua Saya sangat-sangat teruja dengan Augmented Reality sekarang. Apa yang saya faham tentang Augmented Reality (AR)? Augmented Reality atau dalam bahasa melayunya Realiti Pertambahan ( sangat tidak comel nama melayunya ) merupakan satu situasi dimana pengguna dapat merasakan sesuatu objek yang tidak bergerak keluar dan bergerak. Fuhh amat sukar ya definisi saya???? Ok, macam ini...AR ini menghasilkan objek maya (virtual) dan di keluarkan dari skrin komputer untuk bergabung dengan persekitaran sebenar manusia. Sebagai contoh....ok, kita nak keluar parti, tapi kita tidak tahu nak pakai baju yang sesuai then kita duduk depan skrin komputer yang dilengkapi dengan webcam then, kita choose baju yang sesuai dengan kita. Anda mungkin gelak, tapi anda sudah biasakan main dengan permainan anak patutng tukar baju masa kecil-kecil atau dalam farmville fb. Avatar anda selalu tukar gaya baju mahupun rambut. Betul tak??? Atau anda memang tidak pernah main be

Salam Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Patutla saya keseorangan, rupanya esok cuti. Saya tidak tahu esok cuti sempena Awwal Muharram. Sedihnya, hati mula rasa menyesal balik ke bangi pada sabtu lepas. Takpe-takper as sabar-sabar. Terima kasih pada mak yang call petang tadi mengingatkan saya pasal doa akhir tahun. Selalunya saya yang akan mengingatkan emak...hehehe.. Pada 1431 H, saya telah tunaikan beberapa azam saya. Syukur Alhamdulillah. Saya sangat seronok. Terima kasih juga pada yang mereka yang membantu. Sempena tahun baru ini, saya harap dapat laksanakan azam yang telah saya tanam dalam diri. Ye!!! As boleh!!!!

Bersama Tersayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (^^) Pada sabtu yang lepas saya telah pulang ke rumah bersama dengan yang tersayang. Kebetulan pada hari itu diadakan majlis berbuka puasa di masjid. Kami langkah kanan yer??? Alhamdulillah...hehehe Selesai terawih, nenek saya mengadakan majlis khatam al-Quran. Sangat seronok....walaupun saya hanya dengar sambil cuci periuk di luar masjid...huhuhu.. Fuhh...penat sangat tapi penat lagi orang tuh yang kena drive...so saya mesti kuat dan jangan lemah dan kalah dengan kepenatan itu. Owh gembiranya sebab masih diberi peluang untuk bersahur dengan keluarga dan tersayang pada esoknya...kemudian kami pulang semula ke bangi sambil membawa bekalan dari emak tersayang. Sebelum sampai ke bangi, saya dibawa untuk solat asar di masjid KUIS. Cantiknya pemandangan disitu....rasa sejuk jer. Sempat jugak ambik gambar kat situ, tapi takleh nak upload, card reader ditinggalkan dirumah kampung...hehehe --------------------------------------------------------------

Langkah pertama

Assalamualaikum......ada orang tak?? (hehehe..pe bagi salam kat rumah orang lak) Hari ini saya nak bercerita episod langkah pertama saya....perkataan AKU diperlukan. Dua malam yang lepas aku telah mulakan langkah pertama. Owh...sungguh tak percaya aku lakukannya kembali. Teringat dahulu kala sewaktu belajar melangkah satu persatu. Waktu itu saya tidak mengerti pengertian bagi setiap langkah yang diambil. Lalu, guru-guru dan kawan-kawan menerangkannya satu persatu. Aku mula menyukainya. Namun, setelah berpisah dengan mereka semua...kekuatan langkah ku kian goyah. Pada mulanya angin hitam hanya meniup bayunya kepada aku dengan penuh kelembutan, dapat ku tepis dengan alasan hati yang kukuh. Ketidak puasan hati bagi hati-hati yang berada dikelilingku bersatu meniupkan angin hitam yang bertukar menjadi taufan mula mengganggu langkahku. Aku terhenti untuk berfikir seketika. Nafsuku memujuk hatiku...katanya "takper sedikit sahaja". Akalku menjadi pendek kerana terlalu mengikutkan ha

Manage yourself better before You manage others

owhh..bertimbun buku saya pinjam!!! Salam sejahtera Walau tajuk omputih saya nak tulis melayu jugak. Owhh.....hati saya sangat berserabut..... Tarik nafassssssss......hembusssssssss......haaahhhhhhhh.... Ok..as....sekarang ni kau jangan fikir dulu benda akan datang...kau fikir dulu yang sekarang nih....esemen...esemen and esemen.. Rasa lega sikit apabila dapat meluahkan segala yang terbuku dihati pada rakan. Thanks ye rakan karib ku.....(^^)/ ------------------------------------------------------------------------------------------------- Hari ni saya cuba membizikan diri saya supaya tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan. Hohohoho.... Saya berjaya membizikan diri dengan aktiviti berfaedah. Esemen saya telah siap 50 peratus. Saya telah melakukan multi task. Teringat masa masak dengan mak..." As cuba tengok mak buat kerja nih..dalam masa memasak, mak boleh basuh pinggan, basuh baju, jemur baju, sapu sampah..." Takkan awak tak boleh buat macam mak... Tiba-tiba teringat akan

Tersasar

Salam Sejahtera buat pembaca setia My Idea @>-- ( anda sihat semuanya???) Saya sangat sihat dan syukur alhamdulillah pada Allah S.W.T Hari ini saya membuat assignment di PTSL, UKM. Sebelum tiba di PTSL, saya bersemangat dan berkobar-kobar hati untuk membuat kerja saya. Tapi....hukhukhuk...sampai-sampai saja saya sibuk duk bukak FB. Tiba-tiba bagai terkena kejutan elektrik saya teringat balik matlamat saya kenapa saya di PTSL. Akhirnya saya pun insaf sekejap dan mula mencari bahan-bahan assignment. Setelah membaca perenggan pertama, mata saya mula berpinar-pinar (tak faham...) sepatutnya otak saya yang tak faham. Kenapa?? rupanya salah saya kerana tidak menanamkan cinta pada bacaan tersebut. Owh....teruknya perasaan ini. Saya duduk diam dan mula merenung kembali matlamat saya. Akhirnya saya menulis kata-kata di atas. Saya forwardkan kepada semua ahli keluarga saya dan kepada...... Kenapa saya buat macam itu, supaya andai saya TERSASAR, maka ada yang akan mengingatkan saya kembali. Le

Keep Your Life Balance

Salam sejahtera semua !!!!! (nada bersemangat ) Haaaaaaaa (tarik nafas, hembus balik dengan sekuat hati) hehehe.... Ok aku nak bercerita sikit (banyak pun takper) peristiwa dari subuh sampai ke jam 3 nih. Pagi ni aku berhajat nak bangun 1jam setengah sebelum subuh, tapi aku lupa tukar waktu jam sebelum tido, so aku pun bangun jam 6. Tengah ambik masa nak bukak mata tuh, telifon aku bunyi, panggilan dari Sjn Nordin. Huish....agak mendebarkan bila terlihat nombor sarjan terpampang di skrin telifon pada waktu itu. Fikiran negatif mengacukan haluannya ke jantung ku. Dub dab dub dab.... Aku angkat dengan penuh perasaan, maka terdengar suara perempuan yang amat aku sayangi..." As, dah bangun tidur?" dah..,jawab aku " Em, kenapa nih?" Perempuan yang aku panggil mak berkata " Awak dengar nih apa yang mak nak bagitau", Er...ha..apa dia? ... jawab aku dengan pantas " Adik eksiden malam tadi" kata mak. Wah....ini kali ke berapa entah adik eksiden...dengar k

Selamat Hari Abah

Salam sejahtera semua!!! (nada pening-pening kambing) Selamat hari abah kepada abahku Sarjan (B) Nordin dan juga kepada abang-abang aku. Pada 20 june yg lepas aku tidak ketinggalan untuk menyambut hari abah. Kali ni aku buat sendiri kek tuh...masa hari ibu, aku tak sempat nak buat sebab waktu sibuk ngan kenduri kendara. cantik tak kek saya buat =P Hari ni 23 june aku baru pulang ke BANGI. 2 3 bulan nih aku agak aktif pulang ke rumah di Temerloh. Bukan aper aku risau orang kampung lupa akan muka dan kewujudan aku (^^)! tu yang aku kerap balik...nih kalau orang kampung baca ni mahu termuntah. Apa citer yang berlaku sepanjang aku berada di kampung??? Terlalu banyak!!!! Wah kalau citer memang tak cukup 3 hari 3 malam. Pelbagai isu menarik dari hal negara hingga la hal peribadi. Hehehe. Setiap kali aku balik, kepala aku akan dipantak dengan isu kepimpinan....adeh-adeh sakit kepala as ni abah, mak, paklong, maklong, piktam weihhh.... ( mereka ni sume pucuk pimpinan kampungku ) . Dengar kate

Citer dari As

Salam sejahtera semua Hari ni, saya ( polite =D ) pergi kelas research methodology seperti biasa. Menjadi kebiasaan saya akan duduk ditengah-tengah dewan. Saya akan dengar kuliah yang disampaikan oleh Prof Abdullah sambil minum air kotak coklat. Tetiba teringat kelas tutor pada hari Khamis minggu lepas. Tutor cakap cara penulisan abstract kiter mencerminkan personaliti kita, atau ibarat seorang lelaki yang ingin mengenali seorang perempuan. Kemudian, tutor tanya rakan lelaki saya dalam kelas, apa yang kamu lihat pada seorang perempuan? Beauty!!! Kemudian ditanya pada rakan perempuan, his pocket and more interested on pocket in his chest . Hahahahaha...tutor said, only old man love to put their money at the chest pocket xD - lebih kurang camtu la..hikhikhik Teringat kat atuk yang suka letak duit kat poket baju. Masa aku ( not polite again xD) nak bagi duit poket kat dia, atuk cakap camni - tak payah...aku banyak duit ( sambil keluar seikat duit not merah ) erk??? bak sikit tuk.....heh

Selamat Hari Guru

Salam sejahtera semua !!! dan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru dan ibubapa !!! Tengah godek-godek facebook, sekali terjumpa post dari budak sekolah dulu. Post tentang lagu Lilin buat Guru...wa....lama giler dah tak nyanyi lagu ni.. Dulu memang hafal lagu ni sebab yang buat liriknya ialah Cikgu Khairul. Huhuhu...kenangan di Wosto sangat-sangat tak boleh dilupakan. Cikgu Khairul sangat tegas dan garang...hukhukhuk..tapi nakal-nakal aku tak pernah kena lempang dengan dia...=) tapi trauma tengok orang lain yang kena...huhuhuhu. Rasa nyesal lak tukar sekolah, tapi takper...aku bangga jer walaupun 3 tahun jer di Wosto, banyak kenangan manis dan masin yang tidak dapat dilupakan...hehehe Tapi cikgu sangat baik...banyak lagu dia yang berjaya dalam pertandingan nasyid dan di ambil oleh kumpulan nasyid yang popular. Antaranya lagu kat atas...bangga-bangga. Hurm...jumpa cikgu kat facebook...cikgu nampak dah tua...yerla..aku pun dah tua..hahaha... -----------------------------------------------

Wujudkah??

Salam sejahtera semua... Pagi ni lepas subuh dah mengagau tangan buka fb, email. Kemudian pergi godek-godek blog orang lain. Terjumpa lak nukilan yang best kat blog fara. So, nak share kat sini..credit to fara n pengukilnya (^^)/ Lelaki yang baik itu Akan melamarku melalui ayah dan ibuku Akan memetikku dari taman mereka dengan penuh rasa hormat dengan penuh rasa kasihkan Allah Lelaki yang baik itu Akan menjaga pandangan matanya Akan menegurku dengan hemah tidak akan menyentuhku selagi bergelar lelaki ajnabi buatku tidak akan memilikiku tetapi mendidikku Lelaki yang baik itu Tidak perlu mengukir kata indah penuh lalai Tidak perlu mengungkap kata cinta setiap hari Tetapi akan selalu mengajarku mengucapkan kata cinta pada Allah Akan selalu menyusun kata indah dan berseni menegur khilafku Lelaki yang baik itu tidak akan merasa gah dengan kuasanya tidak akan mengaku dirinya sempurna hanya peribadi dan iman penambat hati kerana kumahu lelaki yang mampu membimbingku Tetapi layakkah peribadi d

Jalan-jalan

Salam sejahtera semua!!!! ( nada hepi... ) Saya rase gembira sangat hari ni... Saya tahu kiter tak bleh gembira sangat...nati duka...tapi saya nak menikmati kegembiraan ni selagi ia boleh dinikmati...yup... Kenapa saya gembira? Sebab semalam saya jalan-jalan ngan kawan saya. Jalan-jalan kat Mid je...nak jalan jauh-jauh malas dah...ingat jugak pesan mak abah...hehehe Lama jugak la jalan tu...jalan ok..bukan lari...Kami tengok wayang citer Confucius...konfius tengok citer ni ;p...mujur lam gelap...tak nampak le tengah nangis time sedih...tapi ngantuknyer...terlentok kepala ..hahaha....kena gelak ngan kawan... Balik je dah petang...mujur dah siap solat...so tak kisah naik tren lambat...sampai rumah jer badan rase sengal-sengal...sakit kaki...ngantuk...dan macam-macam lagi... Beauty is pain...lain kali kena bertegas dengan diri sendiri...aku takkan pakai kerana aku rasa cantik tapi aku nak pakai kerana aku rase selesa..... =================================================================

Cerita di Musim Cuti MidSem 2010

Salam sejahtera kepada Pengunjung My Idea @>-- Cuti midsem dah berlalu beberapa hari. Seperti yang dijanjikan aku akan cerita tentang percutian aku. Tapi terlalu banyak nak diceritakan, kalau boleh aku nak cerita dari A to Z. Tak kisahla korang nak baca ke tak kan? xp tapi aku banyak kerja sekolah. So, aku letak gambar dan sedikit penerangan. :D Waktu dalam bas ondaway nak ke Temerloh, orang depan dan belakang main tarik-tarik langsir. Aku pun join jugak, sebab nampak cam seronok. Lastly, aku pinkan 2 langsir, sebab aku orang tengah. Comel pulok nengok pin aku nih. Diorang main tarik2 pun takper sebab tak effect kat aku pun. Waktu nih aku panjat menara tu. Nampak tak aku sedang panjat tuh..cam spiderwomen. Abah minta tolong aku pasang spiker baru kat menara masjid tuh. Abah dah minta orang lelaki kampung datang awal untuk tolong tapi seperti yang dijangka sorang pun tak datang awal. Tapi abah tak bagi aku panjat pun, kalau betul aku panjat pun memang dasyat la kan. perbincangan kum

First day...

Minasan...konichiwa (apa maksud dia??) ... Ok hari ni saya dah mula kehidupan sebagai pelajar. Berlari-lari sana sini...(tapi hari-hari saya suka berlari dan merempit). Malam tadi memang tak boleh tidur....roomate...huhuhu...dimanakah kamu...ceh wahh..bukan sebab dia takde x leh tdo...tp banyak sebab. Antaranya tak setel lagi status jabatan, status pengajian dan tentulah proposal sekali. Kadang-kadang rasa cam dalam awang-awangan..apa nak buat hari ni yer...blur...ok lupakan jap hal ni.. Nak citer pasal aku (bukan saya) berlagak. Mentang-mentang aku ni orang lama disini so, segala urusan dan prosedur aku tahu dah. Asalnya aku memang tak berlagak..tapi bila aku cuba buat baik semua orang tak endah tapi bila dalam kesusahan baru la kejar aku dari jauh...(apa yang merepek ni)..biar je la. Apa-apa pun malam tadi aku memang gementar giler nak masuk kelas..Abah kata ala masuk macam masa awak tadika dulu la. Boleh ke buat camtu??? Tapi alhamdulillah thanks to all my frens especially... Mengen