Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Kenduri di Muar

Salam sejahetra....

Hari ni 31/1/2010 aku telah pergi ke muar bersama rumate. Pakcik ku mengadakan kenduri akikah 2 cucu berserta meraikan perkahwinannya buat kali kedua. Tahniah buat pakcik...lepas ni dah tak sunyi dah rumah bila kami datang melawat :-)

kiter, makcik baru dan pakcik..


Kami bertolak pada jam 8 pagi dan sampai dalam lebih kurang 1030 pagi. Majlis telah bermula...mujur kami datang awal sebab ingat majlis waktu tengahari. Aku terlupa, sudah menjadi adat keluarga pakcik akan mengadakan marhaban apabila buat sesuatu kenduri. Selain marhaban, pakcik juga mengadakan tahlil arwah buat isteri tersayang ( makcik Nyapon) yang meninggal dunia pada Feb tahun lepas.

Bestnya kenduri pakcik ni ialah aku dapat makan nasi beriani gam..wani pun suka giler lagi-lagi bila tau ada kambing...pastu ada lak kuih yang aku jarang jumpa..nama kuih tu kuih KU....:p makngah cakap ada orang panggil nama kuih nyonya.. apa-apa je la...

Kuih ku kuih mu jua...:p
terlupa nak ambik gambar nasi beriani gam...s…

2 Minggu lagi...

Salam sejahtera semua...

Iyea tinggal lagi 2 minggu lagi aku jadi tutor. Korang tak tahu yer aku jadi tutor?. Sebenarnya aku dah jadi tutor selama 2 minggu. Cuma aku malas nak tulis kat sini. Serabut sangat waktu tu..macam-macam perasaan ada..hahaha. Waktu terima jadi ni pun aku cam dalam mimpi jer.

Macam mana aku leh jadi tutor? Fara la..dia terpaksa berhenti, atas alasan tertentu yang takdapat di ceritakan. Dia seboleh-boleh nak orang kiter ganti tempat dia. Asalnya aku menolak..bagila kat kawan-kawan yang takder kerja sangat. Sampai last minute nak masuk minggu mengajar...aku dapat tahu tak dapat cari ganti lagi. So aku dengan hebatnya menerima dengan penuh bangga. Tapi..huhuhu...bila dah diterima baru aku tersedar dan nangis ketakutan (tak nangis pun)..hahaha...

Kelas tutor hanya pada hari rabu jam 10-12 tghari dan 4-6 petang. Kebetulan waktu tu aku free..so aku kira boleh la kot (baru ingat nak bersenang lenang, malam lak ada ladynite.:p). Aku ajar guna software cam adobe premiere (…

Bagaimana bercinta cara Islam ?

Salam sejahtera semua...

Bagaimana bercinta cara Islam? Aku banyak buat kajian dan bertanya pandangan daripada orang lain. Banyak version betul...tapi disini aku boleh simpulkan bahawa hampir 100 peratus menyokong bercinta memang tak salah tapi kena ada caranya. Bagaimana? Itu korang sendiri la kena carinya. Aku nak tulis panjang-panjang takut tersalah pulak.

Sebelum ni aku pernahla ada kekasih hati..tetapi sepanjang aku kenal dengan si dia..aku rasa ada yang tak kena. Puas aku cari jawapan, akhirnya aku dapati cara kami bercinta adalah tidak betul. Selepas aku dan dia setuju untuk bercouple, aku dapat tawaran masuk UKM. Kami hanya sempat jumpa dalam dua kali kot (tak ingat la)....mak abah tak tahu..huhuhu....rasa sangat-sangat bersalah.

Setelah aku tanya diri aku...adakah aku ikhlas mencintainya...rupa-rupanya aku menipu diri sendiri...aku cuma nakkan perhatian saja. So, aku pun putuskan hubungan dengan dia. Sedih juga la...perasaan sayang tetap ada tapi aku rasa ini yang terbaik. Mujur…

Hari ini kah??

Salam sejahtera....

Seninya Cinta Langit dan Bumi...

Hari ini hari Jumaat...macam-macam boleh terjadi...banyak perkara yang akan berlaku pada hari Jumaat. Hari lain pun ada juga..;p

Hari ini hari umat Islam menunaikan solat Jumaat. Kalau aku balik, abah atau along akan sembahyang Jumaat di bandar Temerloh...pastu pergi makan gulai ikan patin tepi sungai Temerloh...best..slurppp...

==============================================================

Minasan.......My Idea dah bertukar wajah...hehehe...

Dolu-dolu..

Sekarang....

Semalam mempunyai masa terluang..so ini la hasilnya...Lepas ni mungkin tak sempat dah...banyak esemen...


==========================================================

Sebenarnya apa yang aku tengah fikirkan ialah...adakah hari ni telah genap sebulan aku jadi pelajar master dan bla...bla... dan bla...bla... tak ingat... Ada sesiapa yang boleh ingatkan saya?...;p


hehehe kenapa dengan gambar ni...ada kaitan kah??

Hurm biarla...yang penting aku tak lupakanNya...

===========================…

Yea...Saya MencintaiNya..

Salam sejahtera...

Yea saya mencintaiNya...tiada yang kedua apatah lagi ketiga.

Semakin saya sayangkan dia semakin saya dekatiNya. Bukan semata-mata kerana dia...tapi kerana saya nak jadi hambaNya yang baik. Sebelum kehadirannya, saya sudah cuba untuk memperbaiki diri. Kehadirannya membuatkan saya lebih bersemangat untuk berubah. Harap kata-katanya bukan sementara, mainan atau lakonan semata-mata.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata, seribu bahasa (lebih lagi pun boleh..;p) tetapi ia tidak dapat membuktikan unggulnya perasaan
-wahhh... betul ke? sendiri fikir...

Pakweku...Pakweku jua...

Salam sejahtera....

Semalam menjadi sejarah, aku merempit dengan pakweku...yuhu...bestnya...Kami pergi shoping sama-sama di kompleks bintang, bangi. Lama dah tak pergi jalan-jalan.

Hehehe...nampak gatal ek...

Aku memang keluar ngan pakweku, nama dia abang lagenda. Tapi ada orang ketiga yang mengekori ku...huhuhu... (gurau jer)

Sebenarnya, semalam aku dan aisyah pergi shoping di warta (kini bintang). Yea...lama dah tak jalan-jalan dengan aisyah. Tujuan utama kami ialah nak cari baju baru. Hehehe dapat jugak..thanks tu aisyah sebab banyak sabar dengan aku. Nati kite keluar lagi deh..

Sedar-sedar dah nak dekat kul 2 lebih..zohor tak lagi...kami pun cepat balik..hari semakin gelap.

Sebenarnya semalam menjadi sejarah apabila gerhana matahari berlaku lagi antara jam 3 petang hingga 5 petang.

dari balkoni rumah aku

Sampai di rumah aku cepat-cepat pergi balkoni ambik gambar dulu. Waktu ni baru nak dekat jam 4 petang. Macam dah pukul 7 petang kan..gelap. Aku pun cepat-cepat gak solat sunat gerhana mat…

Cinta

Salam sejahtera....

Cinta...

Wah...menarik ni. Apa itu cinta? Adakah ia keperluan atau kehendak?
Sejak akhir-akhir ni ramai sangat orang yang ucapkan kata cinta pada aku ( ada la 2..3 orang je...;p).
Sama ada lelaki mahupun perempuan. I love u...saya cintakan awak....(as...kau jangan perah santan sendiri..;p)

Du..ga..an...sejauh mana mereka ni cintakan aku?? Atas dasar apa mereka
cintakan aku? Kawan, sahabat, kekasih. Mudahnya mereka lafazkan kata cinta itu.
Adakah mereka faham apa itu cinta..(aku tak faham sangat...)
Adakah mereka maksudkan saya sayang awak saja...(huish..apa yang kamu merepek ni...)

Suka tak bermakna sayang
Sayang tak bermakna cinta
Cinta terkandung suka dan sayang...
(ni aku buat research kat tenet...wah siap buat research)

Macam mana mereka ni boleh cakap dengan senang perkataan cinta?
Aku pernah tanya pada dua orang kawan aku..
seorang cakap dia gurau je...(boleh di bawak main ye kata cinta...)
seorang lagi taknak cakap (kenapa??)
..konfius...

Apa perasaan mereka kalau aku balas c…

Keselamatan dan waspada....

Palang besi baru....;p

Salam sejahtera kepada semua,

Tajuk kali ni..keselamatan. Dah lama aku nak tulis pasal kawasan rumah aku ni. Sebelum ni, ada pengawal yang jaga, tapi masih tak mencukupi...kecurian masih berlaku. Last yang aku dengar, ada rumah tingkat bawah yang di masuki pencuri ketika ada penghuni didalamnya. Hurm, macam mana boleh mencuri waktu orang ada dalam rumah?? Kena pukau kah.. aku tak pasti dengan cerita yang sebenar dan macam mana ia berlaku, ni budak rumah aku yang cerita.

Persoalannya disini, adakah dengan menambah palang di pintu pagar yang berjaga akan menjamin keselamatan penduduk?... Hope ia terjamin la. Sebagai langkah keselamatan, orang yang terakhir keluar masuk rumah perlu mangga kan pintu. Sebelum ni, masing-masing malas. Dah terjadi, baru nak buat itu la, ini la. Hehehe termasuk la aku....

Bila pagar dah berpalang ni, mulalah menyusahkan aku keluar masuk. Orang lain pergi kerja balik petang, time palang di buka. Aku lak masa ni rajin balik tengahari...tak pa…

Muhasabah Cinta

Salam sejahtera....

Dipagi yang cerah..burung berkicauan diluar, aku yang masih tercari-cari aktiviti hari ni dah duduk mengadap laptop menulis blog...;p

Ok....kali ni tiada apa sangat nak dibebelkan atau diceritakan. Kalau membebel tak puas kat sini. Bak kata aisyah tiada feeling. Ya..feeling tu penting ya anak-anak semua..;p

Sekarang ni aku dah pandai mengarut dah...(dulu pun pandai gak..;p). Konon as...kata dalam hati taknak buat camtu la, taknak buat camni la, sebab tak comel and tak baik...jaga diri, jaga akhlak hiasi peribadi dan......(tak ingat apa yang dipesan) akhirnya kalah juga dengan hati dan perasaan huhuhu...

sawah padi ...;p

Tengok pemandangan kat atas...cantikkan..sejuk mata memandang...warna tumbuh-tumbuhan...ni tak pasti waktu petang ke...pagi ke..atau lepas hujan. Tapi kalau kat kampung aku suasana macam ni adalah waktu pagi...segar rasanya...lagi-lagi kalau kena embun pagi...

Hurm...oklah...dah ada idea untuk pagi ni...nak buat assignments. Ada tiga semuanya. Owh ye..sem…

Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah


Salam sejahtera semua....

Hari ni bangun awal dari biasa...dan tak tidur balik lepas subuh. Sebenarnya biasa je..;p. Sebelum memulakan kerja-kerja rutin di hujung minggu, nak tulis sikit apa yang berlaku semalam..tak penting pun, tapi cukup la membuatkan aku menangis dari petang sampai malam...(wah...anak abah belum matang lagi...kata nak nangis sikit je) mata bengkak pagi ni, mujur cuti.

Kenapa nangis..hurm, tak faham sangat hati ni, padahal benda ni remeh temeh jer. Ye ke?? Kalau bagi orang lain mungkin la. Aku menangis sebab, bacaan al-fatihah aku tak berapa nak comel. Teruk? erm tak pasti la pulak teruk ke tak. Sebab aku tak berada dalam isi hati yang si pendengar. Hurm, sedih sangat. Mujur ada orang pujuk. Kalau x mahunya lebih seminggu aku patah hati. Pergh..cam putus cinta jer. Takla..sebenarnya aku tak camtu pun, kalau aku tak dapat buat aku akan cari alternatif untuk mengatasinya. Terima kasih mak, abah n akak....sebab beri kata-kata semangat. Yang paling garang…

Perancangan...

saje je letak gambar ni...

Salam sejahtera semua pembaca My Idea @>--

Pengenalan

Blog ini adalah luahan hatiku, tempat aku kongsi cerita, pengetahuan, pengalaman dan perasaan aku. ;p

Permasalahan dan Persoalan

Hari ni hari sabtu, semalam lagi aku dah rancang aktiviti aku (walaupun orang lain yang cadangkan dulu). Tapi semuanya tak jadi.Huhuhu...mungkin ini lah yang dikatakan, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Yup, petang semalam aku ingat nak makan angin dengan aisyah sambil berborak-borak pasal percutian dia di kelantan. Tapi hujan yang dirahmati telah turun menyirami bumi. Alhamdulillah, mungkin aku boleh balik awal untuk persediaan pergi berenang pada malam tu. Tetapi, oleh kerana hujan semakin lebat di kawasan bangi, kawanku postpone pada pagi ni. Hurm, oklah takper, aku boleh sambung ngaji ngan kak sa'adah.

Tengah malam, tetiba dapat message, kawanku yang seorang lagi tak dapat pergi swimming pagi ni, ok takperla. Pagi ni bila tanya seorang lagi kawan, dia pun cak…

Hatiku Berbicara

Salam sejatera..

Minggu ni memang banyak perkataan hati, makan hati, terasa hati dan hati-hati.

Siapa yang tidak akan cair hati kalau orang dah tawan hati kita dengan kata-kata yang indah. Siapa yang tidak akan tersentuh hati kalau orang ajak kita berubah ke arah kebaikan. Siapa yang tak terbuka hati kalau orang sudah bersungguh-sungguh dengan seikhlas hati untuk kita. Ujiankah ini? lakonan semata-mata? Oh jangan sekali cuba untuk mempermainkan hatiku. Sungguh seksa untuk mengawal hati dari jadi kotor.....hehehe...ayat-ayat hati sungguh kataku kali ini.

======================================================

Malam ni, Cik Siti dan Kak Tengku ajak pergi kolam..huhuhu..bestnya. Dah lama tak pergi renang. Kebetulan bulan ni agak stress. So mungkin dapat legakan diri kejap. Petang ni nak g makan angin ( kenyang perut makan angin) dengan aisyah. Lama dah tak borak-borak ngan aisyah.

Hati

Wallpaper from iLuvislam.com

Salam sejahtera kepada semua...

Sejak dua menjak ni, hati aku agak terusik, terganggu, gembira dan pelbagai lagi. Perkara ini akan berlaku setiap kali aku mula belajar balik atau untuk menghadapi peperiksaan. Tapi kali ini aku akan hadapinya dengan lebih bijak dan tidak akan melarikan diri lagi. Ini kerana aku rasakan diri ini sudah sampai masanya untuk matang..(ceh...wah..). Tetapi, ia membuatkan aku lagi berhati-hati dalam membuat keputusan dan tindakan.

Kebelakangan ini, aku tertanya-tanya dan mencari persoalan atas perlakuan aku selama ini. Betul ke? Salah ke ? 3 tahun pengajian agama memang tidak mencukupi. Kini aku rasakan aku perlu reset balik pemikiran aku dan ingat balik apa yang di ajar masa di sekolah dulu. Kadang-kadang aku bagaikan budak kecil yang bertanyakan kepada semua orang, kenapa macam ini? boleh ke macam ni?. Sedangkan kalau difikirkan balik, aku tahu jawapannya.

Malam tadi aku mencari satu pengertian. Aku baca forum iLuvislam.com dan aku…