Pelawat Cinta Hati As

featured Slider

Memaparkan catatan dengan label Menjemput datang kenduri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menjemput datang kenduri. Papar semua catatan

Menjemput

Salam sejahtera semua,

Jumaat baru ni, aku telah menjelajah ke 3 buah negeri, iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Sangat seronok dan meletihkan. Siapa yang pergi?. Aku, abah dan adik (budin). Selepas habis kerja jam 5 petang, abah sudah menunggu aku di UKM. Kemudian kami terus ke Seremban, rumah sepupu aku. Tujuan utama kami melawat saudara mara kami ialah untuk menjemput kenduri kahwin along aku. Kami sampai dalam jam 6.43 petang.

Lebih kurang sejam kemudian, kami terus ke rumah nenek Saerah di Bachang, Melaka. Seronoknya, dah lama tak balik Melaka. Perasaan gembira itu tidak dapat digambarkan. Lagi-lagi berjumpa dengan saudara-mara yang paling hampir dengan kita, bukan bau-bau bachang.Hehehe. Agak lama kami disitu sehingga jam 11.00 malam. Kami meneruskan perjalanan kami ke rumah sepupu aku, di Umbai Melaka dan bermalam di situ.

Keesokan paginya..abah minta kami bangun awal untuk pergi ke rumah pakcik di Muar. Perasaan seronok tukar menjadi sedikit sedih, sebab makcik aku baru saja meninggal dunia pada bulan 2 yang lepas. Rumah pakcik sangat sunyi. Sedihnya tengok pakcik. Sebagai tanda kasih kepada arwah makcik, pakcik buat satu wakaf di hadapan rumah.



Ok, lepas tu pergi semula ke Umbai dan ke rumah sepupu-sepupu aku yang lain. Abah minta pertolongan anak buah dia untuk jadi Ketua Chef kenduri along. Yeaaahhhh... seronok. Aku suka sangat kalau makan nasi kenduri orang Melaka. Oh yea...kenduri tu nanti buat kat rumah aku di Pahang. Selepas selesai semuanya di Johor, kami patah balik ke Melaka.

Destinasi kami seterusnya ialah ke Tanjung Kling, Melaka. Kampung halaman abah waktu kecil dulu. Sebab dah lewat malam dan tak larat dah berjalan, kami bermalam jer di rumah makngah. Keesokkannya kami meneruskan perjalanan ke rumah sedara di sekitar daerah tu. Setelah selesai kami terus ke Kuala Lumpur melawat nenek saudara yang sakit dan bermalam di rumahnya. Pada asalnya, aku malas nak pergi, tapi abah cakap, dia rasa tak best kalau aku takder. Hehehe so, dia sanggup je patah balik ke Selangor pagi Isnin untuk hantar aku pulang.
Itulah keseronokan aku pada cuti minggu lepas. Harap dapat merasainya lagi. Mungkinkah nanti menjemput kenduri kahwin aku, :p ....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...