Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Rambut raya

Assalamualaikum...
Wah seronok tengok orang post dalam fb tentang fesyen raya masing-masing..
As takder pun, just fikir sempat tak nak siapkan kerja dan submit sebelum balik raya di kampung.
Bila dah banyak fikir pasal studi, pasal nak cari duit kawen, rambut pun gugur dengan hebatnya...waaa.....tak mau botak..tak mau...(~~)


Perlu pergi gunting rambut bagi pendek-pendek? tapi tukang gunting as a.k.a abah as berada jauh.
Relevenkah potong rambut pendek semata-mata kerana ia gugur?
No..no..no....
Apa yang as buat sekarang?
As cuci rambut supaya hilangkan kelemumur yang mungkin berpunca dari minyak dan punca dari stress (banyaknya punca ^^ ).
Kemudian as sapu perapi dan vitamin untuk rambut.....urut-urut kepala bagi lega...memang ber jam-jam la dalam bilik air...
Kemudian....fuh ringan sikit kepala....kawan pun tegur...waaa rambut as.....da tak macam rambut singa agaknya kot...hahahaha....

As suka pergi salon....tapi kat bangi ni payah betul dapat kawasan yang tertutup. Baru ni jumpa la…

KUMPUL DUIT RAYA SEBELUM KAHWIN

Assalamualaikum........
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menunaikan ibadah puasa pada hari ni...
Siapa dapat lagi duit raya tahun ni?????
As dapat lagi tau.................(^^)
Dah besar dan buat bisnes pun dapat duit raya lagi????
Yer...(^^)...sebab as belum kahwin lagi dan as hanya bisnes online di anggap masih belum kerja tetap lagi...
Balik Kampung Melaka Tahun ni balik raya kampung di MELAKA....so....bersedialah semua atuk-atuk, nenek nenek dan pakcik makcik as...dah ada duit raya untuk as tak???   ..yeay....(^^)
Ish macam melampau la pulak kan balik raya nak duit raya....tak baik kan??....hehehehe
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak dekat raya ni ramai yang mahu gojes-gojes....
So, alhamdulillah...boleh la as kumpul duit nak kahwin...hehehehe....terima kasih kepada semua customer as yang berurus niaga dengan as.
Andai kata as ada terkasar bahasa, atau kurang layanan as minta maaf.
Hari ni ramai jugak …

Moody pada saat terakhir Ramadhan

Assalamualaikum........................................................
Allahu Akhbar
Kita dah masuk ke fasa terakhir di bulan Ramadhan dimana seluruh umat Islam mengharapkan akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
Apa itu malam Lailatul Qadar? Malam yang lebih baik dari 1000 bulan, (kiranya jika kita beribadat pada malan itu, akan dapat pahala amalan seperti seribu bulan) dan turunnya ayat al-Quran....
mari kita baca selanjutnya...(^^)
Copy paste dari Wiki yer.....as tak rajin nak taip semua...(^^)
'Lailatul Qadar (Bahasa Arabلیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandanga…

Push up kek murah dan sedap

Assalamualaikum......

Saja jer as tulis tajuk macam tu....sebab as rasa mungkin ada orang cari Push Up Cake yang sedap tapi nak murah...hehehehehehehe (^^)


Sehingga hari ni.....as masih belum dapat merasa lagi Push Up Cake....

Apa yang best sangat pasal Push Up Cake ni?

Sebenarnya rasa dia cam kek lain juga..cuma bestnya kita leh tolak dia macam picagari....tu jer...hehehehe..

tapi as nak juga rasa sebab nampak cam best...dan warna warni decoration tu yang buat as tertarik....

Cinta Hati As tak beli pun untuk as, huk huk sedih betul.....

Ada sesiapa pembaca blog as nak belikan Push Up Cake untuk as????

Kalau boleh nak rasa yang rainbow, chocolate, dan red velvet...wahhhh demand sangat as ni kan???

Oleh kerana as tak dapat nak makan lagi Push Up Cake ni maka as nak tengok jer gambar yang as ambik dari google...huhuhuhu







----------------------------------------------------------------------------------
Pavlova Cake...... ni lagi satu kek yang as nak rasa....kalau as duk rumah tak sibuk d…

Kursus Perkahwinan Bulan Ramadhan 2013 - ada EXAM jugakah?

Assalamualaikum..
Hai..hai..hai...siapa belum ambil kursus perkahwinan? 
As dah lama ambil.....(^^)/
Sekarang ni as kena tolong Cinta Hati As pula usha-usha tempat kursus kahwin area Putrajaya.
bebelan >>>>>Ituu laaa.....len kali letak sepah-sepah sijil nikah tu....tah tah kena bawak lari tikus, kata pandai jaga barang sekecil-kecilnya.....(~~)/
tapi takper, bagus juga hilangkan sijil kursus kahwin tu, boleh refresh balik ilmu rumah tangga dan hukum hakam perundangan keluarga Islam....

ada persoalan dari kawan as : ".ish yer ker hilang....as ko tau tak...orang yang dah kahwin ni, sijil kursus kahwin dia ada cop tau???"

ahakssssss..........CINTA HATI AS sila jawab dengan jujur!!! (~~)/
--------------------------------------------------------------------------------------------------------- Keliru
As sebenarnya ada sedikit kekeliruan...apa beza Kursus Perkahwinan (KP) dengan Kursus Pra Perkahwinan?
Masa as tanya encik Google untuk tengok lokasi KP yang berdekatan …

Tiket Syurga

Assalamualaikum

Setelah atuk pergi meninggalkan kami pada 29 Jun 2013, semalam (20 Julai 2013) baby along dan kak ela pula pergi meninggalkan kami.
Keluarga as memang mengharapkan suatu keajaiban tetapi Allah lagi tahu yang terbaik buat kami sekeluarga.
As mendapat perkhabaran dari mak lebih kurang jam 5. 45 pagi. Mak macam biasa akan cakap dalam nada tenang....
" As mak nak beritahu ni...kak ela dah selamat bersalin, tapi baby dah meninggal dunia."
Suara mak ada rasa kesedihan ada rasa getaran tapi mak bercakap dalam keadaan tenang.
Walau as dah tau akan kesudahannya, as masih rasa lagi kesedihan.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Anecephaly & Acrania Sebelum ni as dah pernah beritahu apa maksud Anecephaly .
Tapi masalah yang di hadapai oleh baby along ni ialah ketiadaan tempurung kepala..
Doktor tulis Anecephaly...tapi terbaru as ada terjumpa nama Acrania iaitu lebih menjurus kepada ketiadaan tempurung kep…

Mahkamah Akhirat

Assalamualaikum...
Entri ni di taip khas buat peringatan diri as dan juga pembaca blog Cinta Hati As.
--------------------------------------------------------------------------------------------- Kehidupan seharian as memang tidak lari kalau as tak membuat salah...
Sebelum tidur akan berfikir apa dosa as dah buat sepanjang hari ni...
Ya Allah, kalau boleh as tak nak dah buat macam tu lagi untuk esok hari..
As harap sangat-sangat, kepada sahabat-sahabat as supaya dapat jaga pergaulan kita seharian.
As cuba untuk menjadi orang yang menjaga Islam, as sangat-sangat tak suka kalau orang bergurau yang melampaui batas. As dah cakap awal-awal lagi...
Tak nampakkah reaksi muka as yang rasa nak nangis...kadang-kadang yer mungkin anda tengok as gelak sama, tapi as menepis bukan?...as ada cakap jangan bukan?...
As bukan orang yang suka-suka untuk putuskan hubungan silaturrahim, tapi jika perhubungan itu melangkaui batas yang telah ditetapkan oleh Islam, as rasa tidak salah untuk putuskan hubunga…

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum,


Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita?
al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita.
Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah.
Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul.
- kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
Fadhilat Al Fatihah
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari …

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum

Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as.

As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak.

As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak.

Haaa....berbelit tak??

Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri.

Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah.

Kalau nak sebut betul-betul macam ni...

Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin.

Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah.
Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab.



.Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah.
Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang adik lelaki, Naim. Maka Naim…

Pemergian Atuk - Sesungguhnya Mati itu pasti

Assalamualaikum

Sudah 5 hari atuk as pergi meninggalkan dunia ini.

Terkilan? Banyak benda yang terkilan...tapi as malas nak fikir dah

Atuk meninggal dunia sebab sakit tua....memang doktor cakap ada pelbagai penyakit, tapi itu semua faktor sahaja...sebab atuk dah tua jadi ketahanan badan semakin kurang.

Abang za dah cuba yang terbaik dengan menghantar atuk ke hospital pakar swasta...

Dalam 1 hari atuk menjalani 2 pembedahan. Pembedahan ke tiga di tangguh atas faktor usia...jadi sampai kesudah tidak dibuat.

Alhamdulillah atuk pergi dengan mudah...selepas mak mengajar menyebut ALLAH...atuk terus pergi.

Doktor pun sangat memahami tidak melakukan CPR....itu adalah yang terbaik..

Kalau di luar negara orang yang nazak sangat terseksa kerana di tekan dada untuk tujuan menghidupkan jantung terhenti...

Hal ini pernah berlaku pada arwah atuk sebelah abah as di Hospital Melaka.

Mak juga orang yang terakhir menjaga atuk waktu tu..

------------------------------------------------------------

Oklah …