Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Warkah buat Abah dan Mak

Assalamualaikum Abah Mak, as minta maaf... As tahu sejak As mula berjauhan tanpa penjaga disisi, As semakin keras hati dan memberontak. As tahu abah kenal dengan kawan-kawan as As tahu abah ada pesan minta tengok-tengokkan As Walau depan mereka as mungkin berlagak seperti tidak tahu apa-apa Namun jauh disudut hati As sangat berterima kasih atas perhatian yang diberikan As sangat bersyukur kepada Allah Sempena hari abah ini, As akan tunaikan janji As buat abah dan jawapan itu As serahkan pada abah As sayang abah dan Mak Izinkan As tenangkan fikiran, selama 2 minggu sahaja kemudian As tidak akan menyerah kalah lagi

Five for fighting (Piano version)

Assalamualaikum Hari ni tetiba nak dengar bunyi piano, so ASN pilih lagu five for fighting. Sejak kecil sangat teruja dengan bunyi piano, tapi takde la sampai pergi kelas belajar piano. Ok jum layan jap mainan piano dengan ASN. ;) teringat final projek group multimedia, guna lagu ni sebagai soundtrack, yeahhh....thats my idea...thanks guy for supporting me...;P yeahaaa...

Jangan Menyerah

Tak ada manusia yang terlahir sempurna jangan kau sesali segala yang telah terjadi kita pasti pernah dapatkan cubaan yang berat seakan hidup ini tak ada ertinya lagi syukuri apa yang ada hidup adalah anugerah tetap jalani hidup ini melakukan yang terbaik tak ada manusia yang terlahir sempurna jangan kau sesali segala yang telah terjadi Tuhan pasti kan menunjukkan kebesaran dan kuasanya bagi hambanya yang sabar dan tak kenal putus asa

Terbaek!!!

Assalamualaikum Cuaca pagi ni memang terbaik!! Sambil makan biskut Captain Munch terbaik!... saya tengok Boboiboy!! (sila baca dengan penuh berirama) Ok watak utama yang paling saya suka mestilah boboi!!!! Terbaek.... thumbs up. kembar tiga??? suka yang pakai cap tu...nampak cool...ehehehe Watak kedua yang saya suka ialah Yaya...bukan kerana dia tak pandai buat kuih tapi dia boleh terbang dan kuat...( berangan-angan tumbuk muka orang yang suka menipu....heahhhh!!!) ---------------------------------------------------------------------------- jum menyanyi ngan lagu boboiboy... Sila bersabar nak tunggu part dia nyanyi tuh.. ;p (sila nyanyi dengan kuat dan semangat part boboiboy) ------------------------------------------------------------------------------------------- Alien datang menakluki bumi Demi koko yang di cari-cari Merekakan tiba tak lama lagi Apa mungkin terjadi Jadi kita perlukan penyelamat bumi BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy! Ying! YaYa! Gopal Dan super hero kita BoBoiBoy! BoB

Mencari

Assalamualaikum Saya sekarang berharap dapat berjumpa dengan seseorang. Sudah lama terpisah sejak dari dilahirkan. Pertemuan pertama semasa anda sedang menangis kerana tidak dapat masuk kelab sains. Sungguh kelakar. Apabila rahsia terbongkar, anda dilarikan dan saya tidak diizinkan mencari lagi. Saya ingin bertemu dengannya lagi, bukan untuk melukakan hati cuma untuk melihat penyesalan dari semua mata hati. Saya tidak berdendam kerana saya tidak menjadi punca tetapi saya tersepit dalam konflik ini juga. Manis mulut, lembut lidah menjadi semua punca. Pelbagai janji ditabur akhirnya menjadi racun yang mematikan perasaan. Bila usia semakin meningkat timbul pelbagai penyesalan. Kenapa tidak dijadikan iktibar dan tauladan? Sekarang apa patut saya buat? Patutkah saya mencari semula? Adakah kita saling mendendami? Saya harap tidak. Jangan ada dendam Mohon kasihan kepada orang tua kita Benar kata mak, jangan dipermainkan hati yang ikhlas Sekarang semuanya merasa bahana Kepada adindaku, Amirul