Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tarik nafas

Persediaan menerima penghuni syurga

Assalamualaikum, Minggu lepas as menerima berita pemergian arwah adik Adam Syukri. Siapakah adik ini? Jika ada yang tak tahu boleh la buat carian di Internet. Siapa dia dengan as? Dia hanyalah saudara seIslam dengan as, keturunan Nabi Adam a.s, seorang hamba Allah dan penghuni syurga. Adik Adam meninggal dalam usia yang muda. Pemergiannya dengan fizikal yang sudah cukup cantik dan sempurna berbanding semasa kelahirannya dalam keadaan yang sungguh rasa kasihan. Namun, ibu dan ayahnya tidak pernah berputus asa untuk mengubati anak mereka.  As tertanya-tanya sekuat manakah hati ibubapa yang menerima anak penghuni syurga ? Dalam masa as menerima perkhabaran kematian adik Adam, as terbaca status kakak ipar. Sungguh pelik dan muskil dalam hati. Hendak tanya takut tak kena tempat...harap-harap tiada apa yang berlaku. Balik kampung Setelah lama tak pulang ke kampung, abah desak juga minta cari tiket pulang. Along pun tanya as pulang ke tak?  Mujur ada tiket.

Mimpi dengar lagu

Assalamualaikum, Salam Ramadhan yang ke-12 kepada pembaca blog Cinta Hati As. Adakah anda cinta pada As?? Hehehe Hari ni walaupun as kunci jam 430 pagi, tapi mata mengantuk sangat maka As hanya dapat bangun solat sunat jam 5 pagi. Lepas sahur dan mandi subuh as cepat-cepat solat subuh pulak. Dalam kesejukan pagi, mata kembali mengantuk dan mahu masuk tidur. Dari atas katil as ternampak housemate yang bagus si Maisa, telah bersiap melangkah keluar rumah untuk pergi lab pada jam 6.30...bagus sungguh Maisa. Dah la berbuka malam semalam dia belanja besar. Kenyang sampai ke pagi. Alhamdulillah. Mata terus terpejam dan bermimpi Terasa macam realiti, pergi ke satu tempat. Ini campaign kah?? Waktu solat dah tiba, air pula tiada disitu. Berlari-lari mencari bilik air untuk mandi dan wuduk bagi solat berjemaah. Masa hampir tamat. Sungguh penat berlari berebut-rebut dengan rakan-rakan lain. Ternampak orang-orang besar UKM turut datang mencari bilik air untuk wuduk jugakah?

Mati tu bila-bila aja

Assalamualaikum Dah beberapa hari as demam sejak balik dari menguruskan jenazah pakbau (pakcik kembar) as kat melaka. Demam kali ni tak teruk sangat berbanding masa demam dengan akak rumate. Cuma selesema dan batuk sedikit... Pagi ni dapat khabar berita moyang as yang tinggal di Kedah meninggal dunia. As tidak la terasa terkilan dan sedih sangat apabila tau moyang meninggal. Sebab as tak berapa mengenali moyang as melainkan hanya tahu dia adalah ibu kepada atuk as.Tapi as rasa atuk mesti sangat sedih. Patutla atuk beria nak balik kedah minggu lepas. As pun da jumpa moyang awal tahun aritu...rupa dia seperti mumia..kering sahaja...kulit membaluti tulang.  Kesian as tengok...as gembira moyang dapat pergi dengan aman lagi-lagi atuk da ada balik sana beberapa hari sebelum dia pergi. As tahu moyang seorang yang sangat baik walaupun as tidak mengenali dia sangat. Masa pemergian pakbau pun as tak menangis bukan sebab as tak sedih...dalam hati as sangat sedih sebab as saya

Fasa Pengampunan

Assalamualaikum... Rupanya kita telah masuk ke fasa pengampunan.. As tak sedar dan terleka... Banyak dugaan dalam hidup ini yang menyebabkan as terus terlena.. Ya Allah ampuni dosa-dosa As yang sering lalai dan mempunyai ego yang tinggi.. As tidak mahu menjadi mahu hamba yang derhaka, hamba yang tidak tahu menghargai setiap anugerah yang dikurniakan oleh Mu... Sesungguhnya as memohon keampunan diatas segala kesalahan dan keegoaan yang as lakukan. ------------------------------------------------------------------------------ Salam sayang buat semua pembaca My Idea Di fasa pengampunan ini marilah kita bersama-sama berkejar-kejaran mencari pengampunanNya dengan seikhlas hati... Mana tahu kita akan mati sebentar lagi...

Warkah buat Abah dan Mak

Assalamualaikum Abah Mak, as minta maaf... As tahu sejak As mula berjauhan tanpa penjaga disisi, As semakin keras hati dan memberontak. As tahu abah kenal dengan kawan-kawan as As tahu abah ada pesan minta tengok-tengokkan As Walau depan mereka as mungkin berlagak seperti tidak tahu apa-apa Namun jauh disudut hati As sangat berterima kasih atas perhatian yang diberikan As sangat bersyukur kepada Allah Sempena hari abah ini, As akan tunaikan janji As buat abah dan jawapan itu As serahkan pada abah As sayang abah dan Mak Izinkan As tenangkan fikiran, selama 2 minggu sahaja kemudian As tidak akan menyerah kalah lagi

Bento Tupperware

ehsan en.goOgle Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!!! Asagohan pagi ini, ialah nuget ayam tempora....nyum-nyum... Bangun awal subuh, prepare bento nak bawak makan dalam library PTSL..(acah aje) Makan diluar....sambil perhati orang lalu lalang dan tersenyum-senyum.... ehe eheh.. Lama dah tak bawak bento..... Dulu buat bento makaroni ada letak pic tapi kali ni, malas nak sambung wayar kat lappy so, cari je pic dari pakcik google. Lain kali nak buat bento Japanese style la...nampak menarik! Kena cari tupperware cam tu gak.. Kata Hati : Sejak dua menjak ni rajin ke dapur!!

Umur 100

kalendar April 2011 berlatarkan sawah padi di Kedah Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Baru pulang dari kedah...melawat moyang, sanak saudara dan kenduri kahwin. Sangat penat dan tidak sihat...fungus pun tak hilang lagi...boleh buat orang sebelah fikir saya menangis tak henti-henti...sob..sob.. Sudah lebih sepuluh tahun rasanya saya tidak pulang ke kedah. Moyang pun dah nyanyuk tak kenal orang, saya dan abah duk mengira umur moyang dan setelah dinilai maka tahun 2011 ni umur moyang genap 100 tahun... hehehe.. Moyang sangat kelakar sebab bila dia jumpa abah, dia kata abah berjanggut putih...abah kata dah tua....dan saya tidak tahu nak panggil ape kat dia..tok nek? tok wan? Umur 100 tahun...saya cicitnya dan anak buah saya cuitnya...sudah 4 generasi dibawah moyang. Minggu lepas anak moyang meninggal dunia...merangkap tuk sedara saya. Moyang cakap nak buat cam mana, depa dah panggil dia, depa tak panggil aku lagi. Moyang macam dah tak sabar nak pergi menghadap Ilahi. Mungkin dia tidak m

Printer Problem

Assalamualaikum..... Di pagi yang mulia ini, hati saya sedikit panas. Anda nampak gambar di atas??? Itu puncanya. Sudah mau kena korek tabung beli yang baru. Siapkan dulu proposal AR. Then kuar pegi cari tokey kedai baik hati. kata hati : kena kerja kuat!

Augmented Reality

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua Saya sangat-sangat teruja dengan Augmented Reality sekarang. Apa yang saya faham tentang Augmented Reality (AR)? Augmented Reality atau dalam bahasa melayunya Realiti Pertambahan ( sangat tidak comel nama melayunya ) merupakan satu situasi dimana pengguna dapat merasakan sesuatu objek yang tidak bergerak keluar dan bergerak. Fuhh amat sukar ya definisi saya???? Ok, macam ini...AR ini menghasilkan objek maya (virtual) dan di keluarkan dari skrin komputer untuk bergabung dengan persekitaran sebenar manusia. Sebagai contoh....ok, kita nak keluar parti, tapi kita tidak tahu nak pakai baju yang sesuai then kita duduk depan skrin komputer yang dilengkapi dengan webcam then, kita choose baju yang sesuai dengan kita. Anda mungkin gelak, tapi anda sudah biasakan main dengan permainan anak patutng tukar baju masa kecil-kecil atau dalam farmville fb. Avatar anda selalu tukar gaya baju mahupun rambut. Betul tak??? Atau anda memang tidak pernah main be

Mimpiku sekali lagi datang

Salam sejahtera kepada pengunjung setia My Idea @>-- Dulu mimpi ini pernah datang dan jadi kenyataan, tapi waktu tu ia benar-benar membuatkan aku trauma dan tak ingin lagi ia berlaku...tapi aku yang gatal ni pergi menggapai lagi mimpi tu.. Apa ni ??? keliru..... Malam tadi aku terima satu berita yang mengejutkan aku. Aku sepatutnya tak terkejut pun tapi aku lupa nak tak terkejut. Sebab berita ni aku patut jangkakan akan berlaku cuma tak sangka ia akan datang secepat mungkin. Aku yang memintanya dari tahun lepas. Aku dah lupa pun pasal ni sebab aku dah sambung belajar. Sekarang ni aku mula gelisah. Aku tengah bersemangat belajar tetiba aku dapat benda ni. Yela walaupun benda ni belum pasti lagi milik aku tapi kalau aku terima dan diterima macamana dengan pelajaran aku. Ok..ok kalau aku tak terima sekarang ni kemudian aku minta lagi tahun depan, benda ni nak aku lagi ker? Kemudian masalah yang seterusnya ialah orang tu....dia boleh terima ker aku ni kalau aku ada benda ni...ok..kalau

My Spirit...

14 hb Mei 2009 Tarikh penting dalam hidup aku. Tidak dapat tidak ia akan muncul dalam hidup ku dengan penuh debaran... Walaupun aku nampak tenang, dalam diam aku mengelabah. Kenapa? Apa yang akan berlaku pada hari itu? Aku pun tak tahu lagi. Harap semuanya berjalan lancar. Kerana ia adalah hari yang amat bermakna. Kesannya akan mempengaruhi sepanjang hidupku... - semangat yang hilang mula dicari, dikumpul untuk disatukan dalam hati-