Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PRU 13

BN menang di dun kerdau dan parlimen kuala krau Pahang

Assalamualaikum, As pun nak citer pasal mengundi baru ni... As mengundi di dun kerdau, temerloh Pahang. Kali ni sangat ramai orang..berbanding masa pilihan raya kecil tahun 2010. As naik bot seberang sungai pahang masa pergi mengundi....best tau... Boleh ajer kalau nak naik kereta, tapi pusing jauh dari kampung. Tempat buang undi di sekolah rendah pulau pasir mandi seberang temerloh. Budak-budak kampung as nak pergi sekolah kena naik bot.. Tahun ni ramai yang keluar mengundi... As dan mak beratur selama 1 jam. Kesian mak kena berdiri lama, jadi as pun bawak kerusi sekolah untuk mak duduk Duduk sekejap, pastu ensot ke depan, tarik kerusi lagi Cuaca sangat panas.... Masa balik naik bot juga, dengan air sungai PAHANG yang besar tiada bekalan jaket kecemasan seperti yang di JANJIKAN...as hampir jatuh sungai... keluarga as : abah yang hebat...berdiri lagi..amboi... ya....itulah as...seronok ambik gambar orang..tak sedar masa naik turun nak jatuh bot tuh

Calon bertanding di DUN KERDAU N 28

Assalamualaikum (^^)/ Kehangatan kempen pilihan raya semakin panas dan membakar jiwa-jiwa setiap orang yang berkempen. As pun sama.. Selaku pemerhati dan pengundi pada 5 Mei ini, as telah memilih 2 orang calon yang as rasakan paling layak dan bersesuaian untuk pegang kerusi DUN dan PARLIMEN. Tapi kempen masih berjalan harap-harap tiada perkara buruk yang akan menjejaskan penilaian as pada mereka ini. Pergaduhan dan Sindiran Dua perkara ini memang tidak dapat dielakkan lagi. Selaku admin beberapa buah laman sosial bagi mewakili beberapa buah organisasi (eceh) as rasakan perlu untuk memperkenalkan calon bertanding di kawasan as.  Mungkin ada cakap tak yah la as rajin- rajin...pandai-pandai la diorang nak kenal ker tak.... Tapi as sendiri rupanya tak kenal siapa calon di kawasan as, jadi as rasa mungkin ada yang tak tahu. Kalau tak nak ambil tahu pun apa salahnya terpandang pos yang as buat. Maka atas rasa bebesar hati dan kerajinan yang sedikit as pun upl