Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hatiku berbicara

Berita Baik VS Berita Buruk

Assalamualaikum, Kepada pembaca setia blog Cinta Hati As... Alhamdulillah as dah lulus viva master Management Information System...pada 3hb April 2014. Tetapi dalam hari yang sama as di maklumkan oleh doktor as keguguran. Ya 1 Mac 2014 as telah disahkan hamil 4 minggu. Teringat lagi saat gembira En Husband....eh..betul ker nak jadi bapak dah... Hari-hari membayangkan saat baby akan membesar dari dalam perut....dan saat dia dilahirkan... Kepada ahli keluarga paling dekat iaitu mak abah, adik beradik dihebahkan awal meminta doa keberkatan dan keselamatan  Selepas 10 minggu as beranikan diri letak perkembangan baby di facebook...ramai kawan-kawan yang mendoakan terbaik...kemudian as privatekan status untuk tatapan diri dan husband saja. Sebab teringat pesanan bahawa kami tak digalakkan menceritakan hal ni kepada umum atas faktor keselamatan. Putaran masa imbas kembali. 30hb as di minta outstation ke Dungun, Terengganu untuk menghadiri meeting syarikat. 31 hb as p

Sekali Ombak melanda sekali pantai berubah

Assalamualaikum.. Apabila diberi sedikit kebebasan untuk berhibur dengan alam semula jadi, hati as rasa girang sekali. Pantai di atas adalah kawasan larangan UPM..terima kasih kepada sahabat as, ayu pelajar UPM bawa kesini. Sangat cantik dan indah kawasan pantai ni, lagi-lagi takder sesiapa disitu, terasa diri ni empunya pantai...(sekadar perasan diri) Maka as pun berlari-lari anak dan berkejar-kejaran dengan ombak sambil berbicara...oh ombak..sila tangkap saya.... Terjerit-jerit as apabila ombak hampir saja menyentuh hujung jari kaki as yang berstoking... Sungguh indah ciptaan Allah untuk dinikmati hambaNya. Tidakkah kita tahu bersyukur? Jauh mata as memandang ke laut sehingga tidak tahu apakah pengakhirannya di sana? Mula terfikir kembali...as adalah manusia...makhluk yang akan kembali kepada Pencipta. Bagaimanakah pengakhiran as nanti? Mati dalam keadaan yang hina atau mulia? Mati dalam keadaan yang banyak dosa atau kurangnya pahala? Sudah berapa lama as t

Mencari KUPANG yang HILANG

Assalamualaikum... Citer semalam..Mencari Damai yang HILANG di tukar kepada mencari KUPANG yang HILANG ----------------------------------------------------------------------------- Teman x housemate buat research KUPANG..so nak cari induk di MELAKA... Maka mula-mula kami cari tempat untuk proses pembiakan induk kupang di PD, NEGERI SEMBILAN.. Biarkan gambar berbicara... disambut oleh Amoi..bodyguard DR,LINA Ayu, Amoi n Dr.Lina berbincang pasal kupang Bekas air laut untuk simpan udang/kupang Udang udang kara kawasan gudang kajian penternakan haiwan laut Selepas selesai sesi temuramah...kami berjalan di tepian pantai PD Sempat bermain buaian dan ombak....lupakan STRESS yang melandai dalam hati dan otak paling suka pic ni...AYU...u r so small but i look at u like a TOUGH & BIG guy..u r one of my frens dat inspired me in LIFE.. feel free or freez?? heheheh... Selepas selesai di PD, kami rushing t

HILANG - LOST

Aku hilang diriku sementara mengejar kamu Aku hilang nyawaku dan aku mahu cintamu Dan aku hilang ... hilang dari cintamu dari hidupmu dari segala-galanya dari cintamu dari hidupmu dari segala-galanya milikmu huwooo ... milikmu Aku ingin kau tahu dan sedarkan kewujudanku Aku inginkan kamu lebih dari yang kau tahu Dan aku hilang ... hilang dari cintamu dari hidupmu dari segala-galanya dari cintamu dari hidupmu dari segala-galanya milikmu huwooo ... milikmu wo'oo Dan mungkin kau tak kan pernah sedari aku Dan mungkin kau tak kan sedar kewujudanku Tapi ku ingin kau tahu ku akan mencintaimu .. huwo'oo Dan aku hilang ... hilangg dari cintamu dari hidupmu dari segala-galanya dari cintamu dari hidupmu dari segala-galanya milikmu huwooo ... milikmu

Zakat seorang anak perempuan dan isteri

Assalamualaikum,,, tersentap kejap hati as... as terlupa akan perasaan abah... sedih rasa hati apabila baca mesej antara as dan abah. apa yang berlaku???? ------------------------------------------------------------------------------------------------- Pendapatan as sejak berniaga online ni..., alhamdulillah setakat ni lepas untuk makan minum bayar sewa rumah dan membeli keperluan asas untuk diri sendiri seperti kain baju. Setiap kali mak abah nak beri wang saku, as akan minta mak simpan sahaja atau berikan pada adik as. Sebab adik seorang yang masih bergantung kepada mak abah. Mak selalu sedih sebab kadang-kadang dia terlupa nak bagi duit pada as...yer la dulu-dulu as selalu minta duit dengan mak setiap hujung bulan. Tapi sekarang as dah tak minta.... Oh emak...jangan bersedih, sekarang as dah boleh usaha cari duit sendiri...as hanya perlukan doa keberkatan dari mak abah sahaja...itu sudah sangat mencukupi bagi as. -------------------------

COACH WALLET for FREE

Assalamualaikum Beberapa tahun lepas, as tanya classmate hadiah apa yang best nak bagi kat hari lahir abah as. Seorang abang ni bagitau, bagi COACH...oh apa itu? Dia kata bagi wallet COACH.....dan harganya? fuhhhhhh....memang di luar kemampuan as pada waktu itu. So takderla as bagi benda tu...as ganti sahaja dengan bacaan alQuran yang di dengarkan khas untuk abah melalui corong telefon...siap kena tegur salah lagi dengan abah..hahaha......(^^) PERTANDINGAN S.E.O PALING TINGGI As sertai satu contest di facebook dan akan tamat pada 3 hb Ogos 2013....hadiah yang ditawarkan ialah COACH bagi 1st WINNER.. As letak jer nama pertandingan nama macam atas tu..nama sebenar dia lain...hehehe...tapi ada kaitan dengan game S.E.O  Guest what? As dah diberitahu awal-awal oleh penganjur ----->  Coach on ur hand already..hah<----------> Huhuhuhuhu.....COACH in my hand already???? As tak menjangka sangat akan dapat COACH ni...as masuk untuk enjoy dan

Rambut raya

Assalamualaikum... Wah seronok tengok orang post dalam fb tentang fesyen raya masing-masing.. As takder pun, just fikir sempat tak nak siapkan kerja dan submit sebelum balik raya di kampung. Bila dah banyak fikir pasal studi, pasal nak cari duit kawen, rambut pun gugur dengan hebatnya...waaa.....tak mau botak..tak mau...(~~) Perlu pergi gunting rambut bagi pendek-pendek? tapi tukang gunting as a.k.a abah as berada jauh. Relevenkah potong rambut pendek semata-mata kerana ia gugur? No..no..no.... Apa yang as buat sekarang? As cuci rambut supaya hilangkan kelemumur yang mungkin berpunca dari minyak dan punca dari stress (banyaknya punca ^^ ). Kemudian as sapu perapi dan vitamin untuk rambut.....urut-urut kepala bagi lega...memang ber jam-jam la dalam bilik air... Kemudian....fuh ringan sikit kepala....kawan pun tegur...waaa rambut as.....da tak macam rambut singa agaknya kot...hahahaha.... As suka pergi salon....tapi kat bangi ni paya

Push up kek murah dan sedap

Assalamualaikum...... Saja jer as tulis tajuk macam tu....sebab as rasa mungkin ada orang cari Push Up Cake yang sedap tapi nak murah...hehehehehehehe (^^) Sehingga hari ni.....as masih belum dapat merasa lagi Push Up Cake.... Apa yang best sangat pasal Push Up Cake ni? Sebenarnya rasa dia cam kek lain juga..cuma bestnya kita leh tolak dia macam picagari....tu jer...hehehehe.. tapi as nak juga rasa sebab nampak cam best...dan warna warni decoration tu yang buat as tertarik.... Cinta Hati As tak beli pun untuk as, huk huk sedih betul..... Ada sesiapa pembaca blog as nak belikan Push Up Cake untuk as???? Kalau boleh nak rasa yang rainbow, chocolate, dan red velvet...wahhhh demand sangat as ni kan??? Oleh kerana as tak dapat nak makan lagi Push Up Cake ni maka as nak tengok jer gambar yang as ambik dari google...huhuhuhu ---------------------------------------------------------------------------------- Pavlova Cake...... ni lagi satu kek yang

Mahkamah Akhirat

Assalamualaikum... Entri ni di taip khas buat peringatan diri as dan juga pembaca blog Cinta Hati As. --------------------------------------------------------------------------------------------- Kehidupan seharian as memang tidak lari kalau as tak membuat salah... Sebelum tidur akan berfikir apa dosa as dah buat sepanjang hari ni... Ya Allah, kalau boleh as tak nak dah buat macam tu lagi untuk esok hari.. As harap sangat-sangat, kepada sahabat-sahabat as supaya dapat jaga pergaulan kita seharian. As cuba untuk menjadi orang yang menjaga Islam, as sangat-sangat tak suka kalau orang bergurau yang melampaui batas. As dah cakap awal-awal lagi... Tak nampakkah reaksi muka as yang rasa nak nangis...kadang-kadang yer mungkin anda tengok as gelak sama, tapi as menepis bukan?...as ada cakap jangan bukan?... As bukan orang yang suka-suka untuk putuskan hubungan silaturrahim, tapi jika perhubungan itu melangkaui batas yang telah ditetapkan oleh Islam, as rasa t

Membawa diri lagi

Assalamualaikum... Agak terkecil hati dengan kata-kata seorang. As rasa macam as sahaja yang lebih-lebih.. As rasa macam as sahaja yang berusaha As rasa macam as ni sahaja bertepuk sebelah tangan... As merintih merayu dengan Allah untuk diberi kekuatan hati As menangis mengadu dengan Allah untuk dipermudahkan segala As menangis kerana as tidak tahu macam mana nak handle As tak tahu apa yang as tak tahu, As dah cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik Tapi as masih di pandang mudah sahaja.. As rasa nak bawa diri lagi Ke mana distinasi kali ini untuk pergi? Tapi bila teringatkan mak abah yang mencari as, tak sampai hati untuk diamkan diri Surat Buat Diri As Sendiri As ingat tak kata-kata ni.... Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. MANUSIA..... boleh membentuk SERIBU kata-kata, SERIBU bahasa, Namun, ia tidak dapat memperlihatkan UNGGULnya perasaan... Jangan sedih as.... Sabar...sabar..sa

Selamat Hari Merdeka Raya!!

Assalamualaikum Selamat Hari Raya semua!! dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Agak terlalu lambat ya..as beri ucapan..hehe Takder mood dan terlalu sibuk sangat dengan dunia luar sampai bila tiba nak online hanya bukak email dan buat perkara yang tertentu sahaja. Hari ni sahaja tah hari ke berapa as ulang alik bandar. Pagi tadi as hantar pakteh pergi ambik darah, as fikir nak menderma juga tapi rasa tak sihat saje, sejak tolong along pindah masuk rumah baru, jadi biarkan dulu. Lepas tu as pergi buat laporan polis berikutan kes penipuan duit. Harap orang tu bersabar la ya, tak lama lagi anda akan dipanggil soal siasat, dan jika terkumpul bukti yang kukuh, merengkokla anda dalam penjara. Harap doa-doa orang yang teranianya dimakbulkan Allah, ameen ------------------------------------------------------------------------------------ Hari ni dah mula pendaftran semester baru buat junior as di UKM dan maka telah masuklah semester akhir as di UKM. Sambung PHD ?? ape Tu?

Mati tu bila-bila aja

Assalamualaikum Dah beberapa hari as demam sejak balik dari menguruskan jenazah pakbau (pakcik kembar) as kat melaka. Demam kali ni tak teruk sangat berbanding masa demam dengan akak rumate. Cuma selesema dan batuk sedikit... Pagi ni dapat khabar berita moyang as yang tinggal di Kedah meninggal dunia. As tidak la terasa terkilan dan sedih sangat apabila tau moyang meninggal. Sebab as tak berapa mengenali moyang as melainkan hanya tahu dia adalah ibu kepada atuk as.Tapi as rasa atuk mesti sangat sedih. Patutla atuk beria nak balik kedah minggu lepas. As pun da jumpa moyang awal tahun aritu...rupa dia seperti mumia..kering sahaja...kulit membaluti tulang.  Kesian as tengok...as gembira moyang dapat pergi dengan aman lagi-lagi atuk da ada balik sana beberapa hari sebelum dia pergi. As tahu moyang seorang yang sangat baik walaupun as tidak mengenali dia sangat. Masa pemergian pakbau pun as tak menangis bukan sebab as tak sedih...dalam hati as sangat sedih sebab as saya

AS....Tanjō-bi omedetō

Assalammualaikum Hari ni hari lahir AS yang ke - 26 tahun semalam mak masak laksa untuk as hari ni as sampai jer rumah dibangi, kak ayu dan kak saadah pun buat laksa untuk as siap ada kek perisa chocolate banana secret resepi... wah...seronoknya... dapat hadiah dari akak saadah, akak ayu dan atikah dapat tabung frogie, mug bertutup dan cermin yang comel.... semuanya dalam warna yang sangat ceria dan penuh kasih sayang terima kasih mak abah terima kasih akak saadah terima kasih akak ayu terima kasih atikah dan terima kasih kepada kengkawan yang wish befday untuk as baru saya sedar dunia ini saya masih tidak keseorangan lagi... kalau takder aral ahad ni asyah juga telah mencutikan diri untuk as tengok wayang kiter?? yeahh...