Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Assalamualaikum Malam ni kami umat Islam di Malaysia telah memulakan terawih yang pertama sempena ramadhan tahun ini. Puasa kali ini, as fikir nak habiskan sepenuhnya di rumah kampung. Bulan ni merupakan cuti terakhir semester, jadi rasa sayang nak balik bangi. Apa-apa hal nanti bincang kemudian dengan abah dan mak. Pernah tak anda ada kuasa telepati..ohhh bukan tapi macam bila anda nak makan satey...tertiba ada orang belikan satey hari tu jugak....pernah tak pernah tak??? Alhamdulillah, jumaat lepas as dapat makan satey. Asalnya as nak minta abah belikan satey, tapi pendamkan dalam hati sebab bimbangkan abah mak penat jaga baby sufiyah sakit di wad ( ye dia masuk wad kerana cirit birit). Hampir ke tengah malam, abah pulang dengan sebungkus satey.... Yeayyy....dapat makan satey juga....terima kasih Allah, terima kasih mak abah yang dapat gerak hati anak dia nih..... Jadi ini dipanggil telepati??? Gerak hati?? Atau apakah??? Diteruskan makan satey sampai malam esoknya, abang za sponser

Discharge

Assalamualaikum, Baby sufiyah dah boleh keluar dari wad. sekian berita ;P Alhamdulillah baby sufiyyah dah makin sihat, tadi dah keluar wad. Saya dah melawat baby semalam, menyusu taknak tapi kuat makan. Cian baby comel nih...sakit mulut nak isap susu... Tapi takper kalau nak makan, berat pun dah bertambah sikit. ------------------------------------------------------------------------------------- Tengok keadaan baby dah ok semalam, as pun balik bangi...yer sekarang berada di bangi. Banyak urusan yang perlu diselesaikan... Kalau takder halangan, hujung bulan ni abah datang untuk tolong as pindah. Sebelum ni boleh la nak pakai teksi, tapi sekarang ada katil, meja almari, kena bawak HILUX jugak.... Boleh jer nak sewa lori kat sini, tapi as nak abah jugak!!! (^^) Meh-meh jemput datang umah baru as---itulah niat as yang sebenarnya sebab nak abah tolong. Oklah, busy-busy-busy.....ecehhhh poooraahh....:)

Baby sufiyyah sakit

Assalamualaikum Hari ni as tunda balik ke bangi, kerana baby sufiyah sakit. Rasa risau di hati, putaran sakit dalam keluarga masih belum tamat nampaknya. Dugaan Allah. Sudah 6 kali bawa ke hospital tapi masih belum kebah demamnya. Dan kali ke-6, doktor terpaksa tahan wad. Semalam baby sufiyah tak dapat tidur kerana menahan sakit tangannya yang masuk air dan ubat. Sian pada ummi dan ayah sufiyah, harap mereka bersabar. Semalam buat kali ke-2 juga, saya gagal untuk derma darah kerana tidak cukup darah dalam badan saya. Nilai semalam hanya 12.0 lagi 0.5 untuk cukup...uhh sedih jugak...bulan lepas 11.0..tapi takper dapat cucukan vaksin Hepatitis B free...(^^) Nurse nak bagi vitamin, tapi taknak...nak makan bayam dengan kerang banyak lagi best. Dengan kuasa penderma darah, dapat naik dulu ke wad baby sufiyah. Abah mak dan atuk terpaksa tunggu sehingga masa ditetapkan. Sewaktu tengah paksa baby minum susu, atuk sampai...rupanya atuk naik tangga,....tinggi tuh..wad kanak-kanak tingkat 8...al

Cempaka Beach Lodge

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hepi-hepi....... Lepas siap urusan as di KIPSAS, abah bawa kami menginap di kem Cempaka Beach Lodge. Abah dah check in dulu, siap bawak alya mandi pagi kat pantai. Bilik sewa kat sini yang paling as suka, sebab tak ramai orang. Belakang balkoni, bila buka je pintu ada pantai, depan pintu masuk pulak ada kolam. Kat sini tak ramai orang waktu ni, kebetulan ada sepuluh bilik, sembilan bilik milik keluarga imam dari Bintang. Jadi bila diaorang main pantai, as dan alya main kolam, hehehehe.... Nanti nak buat hari keluarga kat sini lar...harga dia pun ok. Tempah sepuluh bilik pun dah ok. Suka dapat berenang zirafah dengan budak kecik nih. Peace, time nih kena jaga molek budak nih, sebab kat kolam orang besar. Esoknya, pergi jumpa budin. Bawak durian seguni, hampir pengsan duk dalam kete bau durian...uhukkkk Ingat nak online kat situ, tapi tenet sangat lembab, laju lagi as duk kat rumah kampung.

Dah Sihat

Assalamualaikum dan toin..toin..toin...heheheh... Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi kesihatan yang baik kepada kita semua.... Alhamdulillah juga selera abah telah bertambah. Hehehehe, cuma abah dah beberapa hari tak minum nescafe, sekarang abah cuma minum Ho..ho..ho..horlicksss.... Tapi as yang tak sakit nih, tak mahu minum MILO, hurmmm setiap orang ada perubahannnya. As suka sangat minum MILO, sejak dari kecik lagi. Sampaikan kak sa'adah gelar as, ASMILO sempena nama watak sinetron jam 2 petang. Tapi sekarang dalam 2 3 minggu ni as tak minum milo dah. Minuman as ialah teh susu, itupun nak yang mak buat, sebab buat sendiri tak sedap. Hahaha, yerla bukan minuman kegemaran jadi, x reti buat sedap cam mak. Coklat pun beli jer banyak dalam peti, tapi bagi anak-anak buah je makan. Ais krim coklat pun keras jer tak bermakan, kalau tak memang mencari sokmo dalam peti tuh?? Kenapa as jadi camni?? Hehehehe...bagus jugak kan? Sekali sekala berubah. ------------------

Keluarga Sakit

Assalamualaikum, Hampir 3 minggu sudah menguruskan syarikat, ahli keluarga yang sakit, dan hari ni hantar dan ambil budak-budak sekolah. Hampir semua ahli keluarga jatuh sakit, lepas seorang keluar wad, seorang lagi masuk wad. Alhamdulillah as masih lagi sihat. Hari ini abah jatuh sakit pula, kalau bertambah teruk abah minta masuk wad sementara. As kena pandu kereta sorang-sorang balik kampung. Kebetulan abang-abang semua ada urusan luar Pahang. Uhuhuhuuuuu...mujur ada kak ipar leh jaga syarikat. Mujur juga semalam boleh renew lesen walaupun slip saje...cuai tinggalkan lesen betul kat bangi. Teruk kena marah...takper salah sendiri so, tadah je telinga untuk dengar leteran. Pakcik lak orang JPJ, jadi semua takder masalah cuma kena nasihat sikit. Huhuhu.... Waktu jaga mak kat wad, as berborak dengan abah pasal pepatah Jepun "Orang yang bodoh takkan mudah kena penyakit". As ni bodohkah?? Sambil gelak ketawa dalam hati biarlah As bodoh, selalu kena tipu dengan orang yang tidak ad