Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Jalan di kotaraya bersamanya

Salam sejahtera semua!!! Hari ni Isnin, aku duk bersantai di rumah dan masak sup ayam yang sangat sedap (yekot~~) Semalam aku dan aisyah pergi jenjalan di Time Square (TS). Kami keluar pagi dan naik bas U40 di hentian kajang. Perjalanannya hanya 1 jam. Ni first time aku naik bas ke KL sebab biasa aku naik komuter,monorail. Tapi kali ni aku fikir nak rasa naik bas dengan tambang RM3 jer. Asyah menjadi pemandu pelancong aku sebab dia kerja area pudu. Masa dalam bas tu, kami duduk belakang sekali...asyah yang suh then ada 2 beranak ( ayah dan anak lakinya) masuk dan duk selang sebaris depan kami. Si ayah ni nampak macam pelik jer...kejap2 pandang belakang kat aku, padahal kat belakang tu ada mamat cina yang tengah tidur, aku dan asyah saja. Cermin tingkap belakang memang takder. So, dia pandang siapa??? aku mula la risau. Aku dan asyah teruskan berbual cam biasa sambil sarapan roti....hehehe..tapi laki tu tetap pandang ke belakang ( teleng kah kepalanya??) sambil tersenyum tanpa sebab. Ak

Selamat Hari Guru

Salam sejahtera semua !!! dan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru dan ibubapa !!! Tengah godek-godek facebook, sekali terjumpa post dari budak sekolah dulu. Post tentang lagu Lilin buat Guru...wa....lama giler dah tak nyanyi lagu ni.. Dulu memang hafal lagu ni sebab yang buat liriknya ialah Cikgu Khairul. Huhuhu...kenangan di Wosto sangat-sangat tak boleh dilupakan. Cikgu Khairul sangat tegas dan garang...hukhukhuk..tapi nakal-nakal aku tak pernah kena lempang dengan dia...=) tapi trauma tengok orang lain yang kena...huhuhuhu. Rasa nyesal lak tukar sekolah, tapi takper...aku bangga jer walaupun 3 tahun jer di Wosto, banyak kenangan manis dan masin yang tidak dapat dilupakan...hehehe Tapi cikgu sangat baik...banyak lagu dia yang berjaya dalam pertandingan nasyid dan di ambil oleh kumpulan nasyid yang popular. Antaranya lagu kat atas...bangga-bangga. Hurm...jumpa cikgu kat facebook...cikgu nampak dah tua...yerla..aku pun dah tua..hahaha... -----------------------------------------------

Hari Mak

Salam sejahtera semua Hari ni aku nak cerita sedikit tentang sambutan hari mak yang telah dilakukan di rumah kami, Temerloh Pahang. Asalnya aku tak plan apa-apa pun..tapi tetiba along ajak pergi bandar cari kek. So, aku pun ambik kesempatan untuk beli Quran. Memang dah ada Quran kat rumah, tapi kali ni Quran yang mempunyai tulisan yang besar. Lama dah aku dengar mak cakap nak Quran ni, so aku pun ronda satu bandar temerloh mencarinya. Along bawak keta laju.... (==)! Akhirnya aku dapat juga beli Quran tu, bila buka jer aku rasa seronok nak membacanya sebab tulisan dia sangat besar dan jelas...(adakah aku telah rabun juga (~~)! ) Selepas beli Quran, along dan aku pergi cari kek di Secret Resepi. Kami nak beli kek Strawberi Choc tapi takder. So, kami pun ambik jer la banana Choc. Sangat Simple...nyesal tak check dulu... Dalam perjalanan pulang mak call..sebab tak jumpa aku dalam rumah ( keluar senyap2) adik kate kat mak, aku keluar ngan abah..sekali abah balik sorang...kantoi...tapi ranca

Hati Zaman Batu

Salam sejahtera semua!!! Hari ni hari rabu bersamaan dengan 5/5/2010. Hari ni aku sekali lagi pulang ke rumah ku di Temerloh. Baru dua malam pulang ke bangi aku dah kembali ke Temerloh. Hehehe.... 2 hari lepas aku menangis kesedihan...dah lama jugak la aku tak nangis...(apa ingat aku suka ke nangis...=P) Kenapa aku nangis? Mestila sebab sedih dan ada le yang membuat hati aku terasa. Rasa macam orang bodoh jer nangis benda yang kecil nih. Tapi bila hal yang berat aku tak mampu pun tuk nangis, mungkin terlalu terkejut atau terlalu sedih yang membuatkan air mata tak mampu keluar (yeke ?? =p) Aku nangis kejap jer yerla setakat benda remeh so aku pk tak yah nak beria. Orang yang buat aku terasa tu pun mesti cakap ( ala sikit2 merajuk, sikit nak nangis, ngader2) hukhukhuk Oleh kerana ini mungkin aku nak kembali ke zaman hati batu aku (yo la tu...sejak bila ko, as ade zaman hati batu) Sekarang ni aku duk dalam bas...orang belakang aku ni tengah hafal hadis kah?? Hurm nak pasang telinga boleh?