Pelawat Cinta Hati As

featured Slider

Memaparkan catatan dengan label halal korean food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label halal korean food. Papar semua catatan

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum

Yeay...lama tak update blog...

Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim.

Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia.

Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas....
Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee

So saya beli la packing paling kecik 250g RM 12.00 poslaju RM 7.00...transfer laju-laju. Selesai transfer seller nak pos esok iaitu hari ini 1 August 2017. Harap-harap dapatla 2 August 2017.
Tengah taip ni tetiba seller mesej tracking no...yeayyy...

Tak sabar nak rasa dan review semula,,,,

Image result for kimchi cartoon astro

Tengok karton kimchi kat astro pun dah meleleh air liur nak rasa sangat sedap ke tak...fewhhhh...tak dapat nak bayangkan pedasnya bagaimana...


Ok byess....


Kemas kini 7 August 2017.

Kimchi da selamat sampai ke tangan As pada 2 August. As menikmati KIMCHI ni dalam 5 hari dan semalam 6 hb August 2017 habis di makan.

Rasa dia kalau orang yang tak suka makan masam dan bau bawang putih memang tak boleh lah.

Tapi As boleh makan. Cuma tak boleh makan banyak-banyak sebab sangat masam...rasa macam jeruk pun ada..tapi sedap dan ada lah masinnya.

Untuk pedas,  rasanya tidak pedas. As tak kuat pedas sejak kahwin ni dan memang jarang sangat masak berlada.

So untuk kimchi ni as boleh kata tak pedas, tapi pedar ada...itu pun hujung lidah....

Bagi yang tak makan pedas boleh lah cuba KIMCHI ni....mungkin kita boleh tanya seller dulu, kot ada pilihan extra pedas mild pedas atau biasa-biasa saja...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...