Pelawat Cinta Hati As

featured Slider

Memaparkan catatan dengan label derma darah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label derma darah. Papar semua catatan

Kempen Derma Darah

Assalamualaikum,

Hari ni tengah kalut-kalut as nak pergi pos barang pelanggan, ternampak kempen derma darah oleh Pusat Darah Negara di Pusanika, UKM.

Dalam hati terdetik dah lama as tak derma, sebab darah as selalu tak sihat, lebih 3 kali kena reject..sungguh mengecewakan..huaaaa

Haish buku derma tak bawak boleh ker? Darah as hari ni sihat tak?

Alhamdulillah diterima juga....akhirnya as dapat juga beramal sedikit dengan darah as.

happy sangat-sangat (^^)/

KESAN BEUTSKIN ESSENCE

Kenapa agaknya HB as di paras normal? Sebab as lately ni tak kuat makan pun.
Sebelum derma darah tadi as just ambik 2 cawan milo dan 2 biji telur rebus sahaja. Agaknya kesan as makan beutskin essence selama hampir 3 minggu kot.

Antara kesan Beutskin Essence ialah meningkatkan kadar Hemoglobin dan membersihkan toksin.

Jadi as harap sangat darah yang as dermakan ni membantu mereka yang memerlukan dan tiada toksin yang tinggi sebab as dah cuba buangnya melalui makan BE.

Pencinta hati as anda berani derma darah?

Lupa bawak buku derma jadi dapat kad jerla..=p

Sebabkan dah lama tak tengok darah yang banyak dan dah lama tak rasa kena cucuk jarum (15 minit jarum dalam tangan). As rasa agak gementar. Masa menulis borang tu terasa tangan menggigil.

Sewaktu diorang pasangkan pam di lengan, as nyaris-nyaris nak minta diorang hentikan dan batalkan niat. Tapi tu semua as pendam dan jerit dalam hati sahaja..huaaaa.

Mujur la nurse tu pandai cucuk jarum, tak rasa sakit pun dan semestinya as tak pandang dah...sebab dah lama tak menderma..kalau dulu memang sokmo kena marah sebab tengok lengan sendiri kena cucuk (dalam hati suka hati as la nak tengok =p )

Derma darah buat kita gemukkah?

Tak reti nak cakap...as gemuk sebab as memang suka makan bukan sebab as menderma....lagipun as gemuk sejak dari kecik lagi..=p

Tapi sejak as menderma darah umur 17 tahun, as jarang demam. atau boleh dikatakan setahun sekali aje demam.

Cuma, sejak tahun lepas sahaja kesihatan as makin menurun sebab stress yang melampau dan menyebabkan tekanan darah as pun tak stabil so tak boleh derma dan makin mudah kena demam.

Terima kasih YA Allah kerana memberi kesempatan kepada as untuk menolong mereka yang memerlukan darah.

Setiap titisan darah as itu adalah milikmu Ya Allah, maka jadikanlah orang yang menerima darah as itu seorang hamba yang soleh lagi baik hati.

Last derma 4/11/2011

Kalau tak kerana kesihatan as yang merosot, mesti dah lebih 3 kali as derma darah sejak dari tarikh 4/11/2011. Kebiasaannya as akan buat jam reminder derma darah dengan abah.

Tadi abah bising sebab dia tak pergi menderma lagi, abah penderma yang disukai ramai sebab darah dia O..

As darah A saje..

Hospital Sultan Haji Ahmad Syah, Temerloh sokmola rasa kesian nak ambik darah as berbanyak, diorang mesti bagi diskaun dengan 350 ml sahaja atas faktor as kurus...ish..dia tak tengok ker berat as tu sama macam anak gajah?? haha..

Dalam hidup as 3 hospital jer yang as pernah derma iaitu Hospital Kota Bharu, HOSHAS dan PDN (hospital ker nih? )

Layanan yang paling high class dan terbaik sekali, bagi as ialah Hospital Kota Bharu tahun 2004. Sekarang tak tau la bagus lagi ker tak.. 

Hospital lain just average sahaja.

Nak tau kenapa? Anda sendiri yang kena pergi derma baru tau.

Sekian, Terima Kasih

--Badan tak rehat lagi sejak menderma siang tadi, sekarang dah rasa pening --
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...