Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cita-cita

Nak jadi apa?

Assalamualaikum Alhamdulillah semalam dapat juga sambut ulang tahun kelahiran kawan As. As doakan dia dapat tamatkan belajar dengan  cemerlang dan mendapat gelaran Dr. Apa cita-cita as masa kecil? As nak jadi doktor perubatan. Tapi as tak belajar sungguh maka awal-awal lagi as kena lupakan semuanya. As tak usaha sungguh-sungguh banyak main. Sepatutnya as tak tolak tawaran jadi nurse dulu. Kalau tak  as boleh sambung belajar bahagian perubatan dan  jadi doktor..ohhh kenapa as tolak ya?? Sampai sekarang as terasa menyesal. Tapi takper lah as fikir banyak lagi as yang boleh kejarkan. Cita-cita tidak terhad kepada satu sahaja. As ada banyak cita-cita..separuh daripadanya sudah tercapai. Cita-cita tidak hanya boleh difikirkan masa kecil sahaja malah kita boleh bercita-cita setiap masa. Contohnya, bila as dah masuk U as belajar programming tetiba terasa berminat nak hacking. Masa kecil-kecil dulu selalu tengok citer hacker..maka timbul rasa nak jadi hacker juga...hehehe

Harta Orang Harta Ku Jua

ambik dari pakcik google Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca My Idea. Harta orang harta ku jua... Masa kecil-kecil dulu, mak abah dah ajar jangan suka mencuri hatta menggunakan barang orang lain tanpa izin tuannya. Tapi rasanya masa kecik dulu tak faham-faham jugak, bila dah besar gajah ini baru faham maksudnya. Post ini ditulis berdasarkan kejadian tengah malam tadi...dan kejadian sebelum-sebelumnya. Dalam mata sedang baru terlena, tiba-tiba masuk panggilan yang tidak dikenali. Apabila diamati rupanya panggilan dari sahabat lama. Saya tahu dia menggunakan telifon ofis. Uhh..cukup pantang saya...dan saya telah menegurnya dengan cara berhemah...- akibatnya dia dah tak sms saya...marahka?? sori =) Hidup ini saya amat takut jika saya menggunakan barang orang lain tanpa izin mereka. Maka, sudah jadi lumrah kita akan minta halalkan semua benda yang kita pakai. Mari kita baca post fahrain tentang manusia yang tidak amanah atau tidak JUJUR- sila kelik Ok, jumpa lagi kengkawan, arios W

Bila binatang itu tiada

kalendar as bulan MAC 2011 ;P Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua... Harap pembaca setia sama ada silent, vibrate or ring ;P sihat-sihat adanya..hehehe Hari ini saya bercadang untuk membuat editing photoshop dan illustrator risalah FTSM. Sambil-sambil mengalamun mengemas beg laptop untuk ke PTSL (Perpustakaan Tun Sri Lanang) saya akhirnya terlupa juga untuk meletakkan binatang peliharaan saya dalam beg. Saya berasa susah untuk buat kerja apabila binatang itu tiada. Saya rasa sunyi dan mudah bosan dan juga tension jika tidak menyentuh dan mengusap-usap badannya. Huhuhuhu... Walaubagaimanapun kerja tetap perlu diteruskan, walau anda suka menggunakannya ia bukan menjadi satu penghalang dan alasan anda tidak melakukan kerja anda. Abah juga memelihara binatang ini dan selalu dikidnap oleh adik budin...akibatnya abah selalu berleter panjang apabila dia hendak menggunakan binatang ini. Kalau tidak ada binatang ini, abah terus unmood nak buat kerjanya. Sekarang saya memahami perasaan ab

Bukan jodoh saya dengan dia

Assalammualaikum dan salam sejahtera.... Hari ni saya bermalas-malasan. Tiada mood. Lepas subuh saya termenung sampai tertidur. Tetiba kawan ajak p swimming di danau pool. So, tanpa mandi (cuci muka berus gigi ok??) saya terus merempit ke sana dan terjun papan anjal...hahaha....acah aja. Berejam-rejam berenang walau kayuh itik saja, sampai muka kawan hangus terbakar (saya tidak ok???). Kemudian dalam jam kul 10 lebih saya pun balik dan makan dan berkurung dalam bilik. Mood untuk baik pulih proposal masih tidak kunjung tiba. Kena paksa diri. Malam tadi sampai kul 1 lebih belajar perisian 3d dan program Flartoolkit. Ok CUKUP.... Ni nak citer pasal jodoh saya dengan dia. Hari ni saya jalan pasar malam dengan kak Saadah...tertanya-tanya apa saya nak makan so pusing-pusing last sekali terpikir nak makan sup. So saya beli soto. Tempat tu memang agak ramai pelanggan, maybe sangat sodap kot. Akak sokmo beli situ so dia suh saya beli situ gak. Masa hantar akak balik rumah, saya telah menyerahka

O.S

Assalammualaikum.... Harini macam satu Malaysia jer hujan...hehehe...rate-rate komen kat FB kate hujan..rain dan macam-macam bahasa.... Saya sedang mengisolasikan diri dalam PTSL. Saya tension dengan karenah beberapa manusia.....so saya diamkan diri dalam PTSL. Saya juga pening kepala pasal OS lappy saya...perlu kembali ke zaman purbakah atau stay dengan window 7. Ni gara-gara projek tesis la.... programming untuk augmented reality tak up to date...takleh masuk dengan window 7.... Sambil minum susu kotak berfikir panjang...apa yang patut saya lakukan...Ya Allah berikan petunjuk untuk hambaMu yang selalu sukar buat pilihan. Sebut pasal pilihan saya sangat-sangat dalam delima...saya rasa sangat sakit jika silap buat pilihan, namun saya pasti Allah akan membantu...amiennn

Augmented Reality

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua Saya sangat-sangat teruja dengan Augmented Reality sekarang. Apa yang saya faham tentang Augmented Reality (AR)? Augmented Reality atau dalam bahasa melayunya Realiti Pertambahan ( sangat tidak comel nama melayunya ) merupakan satu situasi dimana pengguna dapat merasakan sesuatu objek yang tidak bergerak keluar dan bergerak. Fuhh amat sukar ya definisi saya???? Ok, macam ini...AR ini menghasilkan objek maya (virtual) dan di keluarkan dari skrin komputer untuk bergabung dengan persekitaran sebenar manusia. Sebagai contoh....ok, kita nak keluar parti, tapi kita tidak tahu nak pakai baju yang sesuai then kita duduk depan skrin komputer yang dilengkapi dengan webcam then, kita choose baju yang sesuai dengan kita. Anda mungkin gelak, tapi anda sudah biasakan main dengan permainan anak patutng tukar baju masa kecil-kecil atau dalam farmville fb. Avatar anda selalu tukar gaya baju mahupun rambut. Betul tak??? Atau anda memang tidak pernah main be

Salam Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Patutla saya keseorangan, rupanya esok cuti. Saya tidak tahu esok cuti sempena Awwal Muharram. Sedihnya, hati mula rasa menyesal balik ke bangi pada sabtu lepas. Takpe-takper as sabar-sabar. Terima kasih pada mak yang call petang tadi mengingatkan saya pasal doa akhir tahun. Selalunya saya yang akan mengingatkan emak...hehehe.. Pada 1431 H, saya telah tunaikan beberapa azam saya. Syukur Alhamdulillah. Saya sangat seronok. Terima kasih juga pada yang mereka yang membantu. Sempena tahun baru ini, saya harap dapat laksanakan azam yang telah saya tanam dalam diri. Ye!!! As boleh!!!!

Langkah pertama

Assalamualaikum......ada orang tak?? (hehehe..pe bagi salam kat rumah orang lak) Hari ini saya nak bercerita episod langkah pertama saya....perkataan AKU diperlukan. Dua malam yang lepas aku telah mulakan langkah pertama. Owh...sungguh tak percaya aku lakukannya kembali. Teringat dahulu kala sewaktu belajar melangkah satu persatu. Waktu itu saya tidak mengerti pengertian bagi setiap langkah yang diambil. Lalu, guru-guru dan kawan-kawan menerangkannya satu persatu. Aku mula menyukainya. Namun, setelah berpisah dengan mereka semua...kekuatan langkah ku kian goyah. Pada mulanya angin hitam hanya meniup bayunya kepada aku dengan penuh kelembutan, dapat ku tepis dengan alasan hati yang kukuh. Ketidak puasan hati bagi hati-hati yang berada dikelilingku bersatu meniupkan angin hitam yang bertukar menjadi taufan mula mengganggu langkahku. Aku terhenti untuk berfikir seketika. Nafsuku memujuk hatiku...katanya "takper sedikit sahaja". Akalku menjadi pendek kerana terlalu mengikutkan ha

Manage yourself better before You manage others

owhh..bertimbun buku saya pinjam!!! Salam sejahtera Walau tajuk omputih saya nak tulis melayu jugak. Owhh.....hati saya sangat berserabut..... Tarik nafassssssss......hembusssssssss......haaahhhhhhhh.... Ok..as....sekarang ni kau jangan fikir dulu benda akan datang...kau fikir dulu yang sekarang nih....esemen...esemen and esemen.. Rasa lega sikit apabila dapat meluahkan segala yang terbuku dihati pada rakan. Thanks ye rakan karib ku.....(^^)/ ------------------------------------------------------------------------------------------------- Hari ni saya cuba membizikan diri saya supaya tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan. Hohohoho.... Saya berjaya membizikan diri dengan aktiviti berfaedah. Esemen saya telah siap 50 peratus. Saya telah melakukan multi task. Teringat masa masak dengan mak..." As cuba tengok mak buat kerja nih..dalam masa memasak, mak boleh basuh pinggan, basuh baju, jemur baju, sapu sampah..." Takkan awak tak boleh buat macam mak... Tiba-tiba teringat akan