Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Manage yourself better before You manage others

owhh..bertimbun buku saya pinjam!!! Salam sejahtera Walau tajuk omputih saya nak tulis melayu jugak. Owhh.....hati saya sangat berserabut..... Tarik nafassssssss......hembusssssssss......haaahhhhhhhh.... Ok..as....sekarang ni kau jangan fikir dulu benda akan datang...kau fikir dulu yang sekarang nih....esemen...esemen and esemen.. Rasa lega sikit apabila dapat meluahkan segala yang terbuku dihati pada rakan. Thanks ye rakan karib ku.....(^^)/ ------------------------------------------------------------------------------------------------- Hari ni saya cuba membizikan diri saya supaya tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan. Hohohoho.... Saya berjaya membizikan diri dengan aktiviti berfaedah. Esemen saya telah siap 50 peratus. Saya telah melakukan multi task. Teringat masa masak dengan mak..." As cuba tengok mak buat kerja nih..dalam masa memasak, mak boleh basuh pinggan, basuh baju, jemur baju, sapu sampah..." Takkan awak tak boleh buat macam mak... Tiba-tiba teringat akan

Tersasar

Salam Sejahtera buat pembaca setia My Idea @>-- ( anda sihat semuanya???) Saya sangat sihat dan syukur alhamdulillah pada Allah S.W.T Hari ini saya membuat assignment di PTSL, UKM. Sebelum tiba di PTSL, saya bersemangat dan berkobar-kobar hati untuk membuat kerja saya. Tapi....hukhukhuk...sampai-sampai saja saya sibuk duk bukak FB. Tiba-tiba bagai terkena kejutan elektrik saya teringat balik matlamat saya kenapa saya di PTSL. Akhirnya saya pun insaf sekejap dan mula mencari bahan-bahan assignment. Setelah membaca perenggan pertama, mata saya mula berpinar-pinar (tak faham...) sepatutnya otak saya yang tak faham. Kenapa?? rupanya salah saya kerana tidak menanamkan cinta pada bacaan tersebut. Owh....teruknya perasaan ini. Saya duduk diam dan mula merenung kembali matlamat saya. Akhirnya saya menulis kata-kata di atas. Saya forwardkan kepada semua ahli keluarga saya dan kepada...... Kenapa saya buat macam itu, supaya andai saya TERSASAR, maka ada yang akan mengingatkan saya kembali. Le

Minggu Mencabar

Salam sejahtera semua (^^)/ ( hari ni saya akan guna S.A.Y.A) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...saya masih bernafas lagi pada hari ini. Bersyukur juga kepada Allah s.w.t kerana mengasihi saya dengan memberi rezeki, dugaan dan petunjuk pada saya. Saya rasa lega dengan keputusan yang saya buat ini. Saya berdoa semoga Allah memberkati dan meredhai keputusan ini. Begitu juga kepada ibubapa dan keluarga saya. REZEKI Hari ini saya terbaca satu kata-kata dari sebuah blog, seandainya kita dalam kesempitan wang, janganlah kita merungut-rungut. Lebih-lebih lagi kita merungut pada Allah. Sangat salah dan berdosa. So, apa yang perlu kita lakukan, rajinkan meminta pada Allah sepanjang masa untuk dibukakan pintu rezeki dan dimurahkan rezeki. Tapi!!!! minta tanpa usaha takkan jadi...so kena berusaha!!! Alhamdulillah, dalam minggu ini Allah telah memakbulkan doa saya. Keluarga dan sahabat-sahabat saya menawarkan pelbagai jenis pekerjaan. Sehinggakan saya buntu untuk memilihnya. DUGAAN Saya telah

Harimauuuu

Salam sejahtera semua !!!! Jum jadikan diri anda misteri....hahahaha.... Okey, sebelum nih, aku ada citer pasal aku sering terjaga tengah malam. Hehehe...maybe aku disuruh untuk beribadat. Tapi kadang-kadang aku tarik selimut...peluk bantal....sejuk nak bangun (~~)! Terbaru...aku tengah tidur tiba-tiba aku terjaga lam kul 2 lebih kot...so, hurm aku gagahkan diri untuk solat....hati tiba-tiba jadi sayu...sedih sangat...pelbagai perkara timbul difikiran aku....lalu aku berzikir dan berusaha untuk tenang...mata aku kepenatan dan tertidur semula. Dalam tidurku, aku terlihat 2 ekor harimau datang dari arah rumah lama atuk di tepi sungai. Harimau itu berjalan dengan tertib datang ke arah aku. Aku berundur kebelakang dan rasa sedikit terkejut tapi tidak takut, ( adakah aku sedar ini hanya mimpi???) Aku mengambil beberapa langkah kebelakang sehingga aku sampai kebelakang rumah atuk. Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu dibelakang aku....bila ditoleh, aku nampak seekor harimau yang mengaum....(tak ku

Keep Your Life Balance

Salam sejahtera semua !!!!! (nada bersemangat ) Haaaaaaaa (tarik nafas, hembus balik dengan sekuat hati) hehehe.... Ok aku nak bercerita sikit (banyak pun takper) peristiwa dari subuh sampai ke jam 3 nih. Pagi ni aku berhajat nak bangun 1jam setengah sebelum subuh, tapi aku lupa tukar waktu jam sebelum tido, so aku pun bangun jam 6. Tengah ambik masa nak bukak mata tuh, telifon aku bunyi, panggilan dari Sjn Nordin. Huish....agak mendebarkan bila terlihat nombor sarjan terpampang di skrin telifon pada waktu itu. Fikiran negatif mengacukan haluannya ke jantung ku. Dub dab dub dab.... Aku angkat dengan penuh perasaan, maka terdengar suara perempuan yang amat aku sayangi..." As, dah bangun tidur?" dah..,jawab aku " Em, kenapa nih?" Perempuan yang aku panggil mak berkata " Awak dengar nih apa yang mak nak bagitau", Er...ha..apa dia? ... jawab aku dengan pantas " Adik eksiden malam tadi" kata mak. Wah....ini kali ke berapa entah adik eksiden...dengar k

Percutian telah tamat!!!!

Salam sejahtera semua ( yip..yip..hurey!!!) Wahhh..hepi nampak as??? Mestila esok kan dah mula sem baru. Hahahaha ( meskipun dalam hati nangis) Seronok sangat cuti selama 2 minggu nih. Bermain-main dengan anak buah, adik-adik kupu-kupu, tolong abah, mak, abang-abang, dan akak...jadi bibik (~~)! hukhukhuk... Apa yang aku buat dalam masa cuti baru nih??? Hurm yang aku ingat, petang-petang aku melayan anak buah aku main bola ( tapi sebenarnya anak buah yang melayan karenah aku yang bosan duk dirumah) So, suatu petang, abah bawak aku dan cucunya bermain di kaki Gunung Senyum. Cerita sebelum pergi ke Gunung Senyum, masa aku nak gi pungut anak-anak buah aku di rumah mereka, adalah jiran kami yang baru sembuh dari penyakit TB. Kurusnya makcik tuh sebab sakit lama. Dia cakap dia geram sangat nak pegang baby faris. Sekarang nih dia fikir dia dah benar-benar sembuh ( doktor cakap la) so dia nak bermain-main dengan baby faris tuh... huish danger-danger tak nak bagi!!!. Masa abah sampai, anak makc