Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Augmented Reality

Augmented Reality Vs Virtual Reality

Assalamualaikum

Harini as dah berjaya hantar notis penyerahan abstrak. Alhamdulillah kerana as mendapat dua orang penyelia yang sangat baik dan tegas kepada as.

Mereka cakap as la orang yang buat diorang susah hati banyak. Takder lagi pelajar lain agaknya (~~)/

Kajian apa yang as buat? Kalau boleh nak sangat as letak abstrak as kat sini, tapi atas faktor plagiarism as simpankan dulu. InshaAllah lepas viva as akan letak paper as disini.

Citer sikit pasal kajian as? Ok boleh sikit jer la eh..

Masa degree dulu as buat pasal peta Fakulti Teknologi Sains Maklumat secara Virtual Reality . Apa maksudnya? Ia berkaitan Realiti Maya yang membolehkan pengguna melihat imej maya dalam persekitaran maya sahaja.Pengguna dapat tengok peta dalam bentuk 3 demensi.

Untuk master ni as buat Augmented Reality atau dimelayukan oleh as iaitu, Augmentasi Realiti. Istilah ini masih belum diterima dalam kamus dewan.

Kajian daripada Hafiza Abas dan Halimah menyatakan Realiti Tambahan. Ada juga definisi daripada …

Kejayaan 0.1%

Assalamualaikum...

Tengah rasa seronok kerana berjaya menggunakan aplikasi Augmented Reality sebanyak 0.1%.

Dah lama tak main dengan programming jadi mata hampir buta..acah aja...

As baru berjaya sikit aja..dah melompat-lompat...nah tengok hasilnya..bagaimana imej as keluar bersimulasi dengan dunia sebenar...wahhh.......


Langkah seterusnya as nak masukkan video atau animation...bolehkah? sebab as tengok ada jer orang dah buat...cuma video ada masalah sikit sebab dia takleh return ke page asal kalau dah play...huhuhu

O.S

Assalammualaikum....
Harini macam satu Malaysia jer hujan...hehehe...rate-rate komen kat FB kate hujan..rain dan macam-macam bahasa....

Saya sedang mengisolasikan diri dalam PTSL.
Saya tension dengan karenah beberapa manusia.....so saya diamkan diri dalam PTSL.
Saya juga pening kepala pasal OS lappy saya...perlu kembali ke zaman purbakah atau stay dengan window 7. Ni gara-gara projek tesis la.... programming untuk augmented reality tak up to date...takleh masuk dengan window 7....
Sambil minum susu kotak berfikir panjang...apa yang patut saya lakukan...Ya Allah berikan petunjuk untuk hambaMu yang selalu sukar buat pilihan.
Sebut pasal pilihan saya sangat-sangat dalam delima...saya rasa sangat sakit jika silap buat pilihan, namun saya pasti Allah akan membantu...amiennn




New Idea???

cermin mata augmented reality
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Hari Jumaat lepas saya telah bentangkan proposal tesis saya depan Dr. Haslina.
Idea saya adalah untuk membangunkan aplikasi buku Augmented Reality. Berikut adalah beberapa cadangan hasil daripada literature review :-
Buku pantunBrochure FTSM

BUKU PANTUN
Pantun merupakan satu peribahasa lembut yang sering digunakan masyarakat melayu dahulu dalam menyampaikan nasihat mahupun maksud tersirat. Namun, pantun ini sudah jarang digunakan oleh masyarakat kita pada masa kini. Malahan ia tidak begitu menarik minat generasi muda untuk mempelajarinya dan menggunakannya lagi. ( Owh... saya antaranya (-.-)! )
Saya kagum dengan Karam Singh Walia, yang menghidupkan balik pantun-pantun ini malah mengembangkan semula dan mencipta pepatah yang baru.
Hasil projek akhir semester 2 yang lepas telah membuka minda saya untuk mencipta buku pantun yang menggunakan teknologi Augmented Reality.
Disini saya nak gabungkan dua bidang pelajaran dan hibur…

Augmented Reality

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua
Saya sangat-sangat teruja dengan Augmented Reality sekarang. Apa yang saya faham tentang Augmented Reality (AR)?
Augmented Reality atau dalam bahasa melayunya Realiti Pertambahan (sangat tidak comel nama melayunya) merupakan satu situasi dimana pengguna dapat merasakan sesuatu objek yang tidak bergerak keluar dan bergerak. Fuhh amat sukar ya definisi saya????
Ok, macam ini...AR ini menghasilkan objek maya (virtual) dan di keluarkan dari skrin komputer untuk bergabung dengan persekitaran sebenar manusia. Sebagai contoh....ok, kita nak keluar parti, tapi kita tidak tahu nak pakai baju yang sesuai then kita duduk depan skrin komputer yang dilengkapi dengan webcam then, kita choose baju yang sesuai dengan kita.
Anda mungkin gelak, tapi anda sudah biasakan main dengan permainan anak patutng tukar baju masa kecil-kecil atau dalam farmville fb. Avatar anda selalu tukar gaya baju mahupun rambut. Betul tak??? Atau anda memang tidak pernah main benda-ben…