Pelawat Cinta Hati As

featured Slider

Memaparkan catatan dengan label dun kerdau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dun kerdau. Papar semua catatan

BN menang di dun kerdau dan parlimen kuala krau Pahang


Assalamualaikum,

As pun nak citer pasal mengundi baru ni...

As mengundi di dun kerdau, temerloh Pahang.

Kali ni sangat ramai orang..berbanding masa pilihan raya kecil tahun 2010.

As naik bot seberang sungai pahang masa pergi mengundi....best tau...

Boleh ajer kalau nak naik kereta, tapi pusing jauh dari kampung.

Tempat buang undi di sekolah rendah pulau pasir mandi seberang temerloh.

Budak-budak kampung as nak pergi sekolah kena naik bot..

Tahun ni ramai yang keluar mengundi...

As dan mak beratur selama 1 jam.

Kesian mak kena berdiri lama, jadi as pun bawak kerusi sekolah untuk mak duduk

Duduk sekejap, pastu ensot ke depan, tarik kerusi lagi

Cuaca sangat panas....

Masa balik naik bot juga, dengan air sungai PAHANG yang besar

tiada bekalan jaket kecemasan seperti yang di JANJIKAN...as hampir jatuh sungai...

keluarga as : abah yang hebat...berdiri lagi..amboi...
ya....itulah as...seronok ambik gambar orang..tak sedar masa naik turun nak jatuh bot tuh...hahaha

KEPUTUSAN UNDI DUN KERDAU


Syed Ibrahim (BN) - 5912
Kamal Ashaari (PAS) - 3399

Majoriti - 2513
Undi Rosak - 168

Keluar mengundi - 9479


KEPUTUSAN UNDI PARLIMEN KUALA KRAU


Ismail Mohamed Said (BN) - 21575
Sharil Azman (PAS) - 15370

Majoriti - 6205
Undi rosak - 603

Keluar mengundi - 37548



Citer kelakar masa mengundi 


Ramai kawan-kawan as bagitau, ada antara mereka yang tak cakna sangat tentang cara pengundian kali ni.

Kan kita ada calit dakwat di jari? Jadi mereka ingat kena cop kertas undi bukan tanda pangkah!!

Adoiyaiiii............

Bukan takat orang tua, tapi orang muda pun sama...

Mujur as tanya abah balik sebab dah lupa...

Tapi menurut kakak as sebagai petugas SPR dua saja kertas undi di kira rosak iaitu :

1. tiada tanda apa-apa
2. tanda di kedua-dua nama calon

haaa...kan senang bangat gitu....lupa lak nak tanya, kalau cop jari tu dikira tak undinya..hahaha..

teka mana satu tangan as??? atau as undi dua kali...phantom elector..kikiki...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...