Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Kenduri dan budak kecil

Assalammualaikum dan salam sayang semua!!!! (^_^)
Sewaktu saya menulis blog ini, saya berada di Umbai, Melaka. Terima kasih pada pemilik dan internet ni, kerana memberi izin untuk menggunakannya. Heahhhhhh.....

Kenduri Saya berada di Melaka kerana meraikan hari perkahwinan sepupu saya, Kak Linda dengan pasangannya Abang Syam. Tahniah kerana telah mendirikan rumah tangga. Semoga kekal ke anak cucu...amin.
Majlis berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Ini antara sebab saya sangat sayangkan budaya orang Melaka. Sifat muafakat yang ditunjukkan sangat-sangat menonjol.

Budak Kecik
Sewaktu saya berjalan kaki pulang ke rumah rehat, 2 orang budak kecik ( dalam darjah 2 atau 3 mungkin) berkayuh basikal bertentangan dengan saya. Dengan senyuman mereka menegur saya "Kak..." nada macam "hai...Terkedu saya.
Dalam hidup saya bila sudah besar lam sekolah menengah baru saya reti nak tegur orang tepi jalan. Itu pun orang kenal dan orang tua sahaja.
Dua orang budak ni kecik jer..tapi tahu hor…

Bila saya sudah puas

Assalamualaikum.......

Saya tengah tunggu seseorang ambil saya untuk dibawa jalan ke planet marikh!!!!
Hehehehe....
Lambat sungguh...jadi bila saya sudah puas tunggu, macam-macam saya buat. Main-main tangkap gambar cam kat bawah ni. Pastu susun satu-satu...then jadilah macam di bawah...


Muka saya dah macam-macam bentuk bila dah puas menunggu orang....haiiipppp...

Malam Jumaat

Assalamualaikum
Hari ni hari KHAMIS. Sekali lagi saya menulis pada hari Khamis tapi pada Malam Jumaat. Sudah baca yasin kah anda semua??? Hehehehe...tak semestinya kena baca yasin nak baca surah lain pun boleh juga...betul tak?? Kalau salah bagitau yaa???
--------------------------------------------------------------------------------------
Saya P.E.N.A.T
Terlalu ramai sahabat saya menanya kewujudan saya di Facebook. Saya sudah deactive fb. Tapi kadang-kadang saya aktif balik untuk tengok picture babies korang semuanya..hehehe...
Kenapa saya deactive? Mestilah sebab saya malas dan saya P.E.N.A.T.
Ini baru sahabat-sahabat tanya, belum lagi esok kena serbu pertanyaan dari sedara-mara...

Iye E.S.O.K
Esok Sarjan (B) Nordin akan datang bawa saya untuk pulang ke M.E.L.A.K.A bersama dengan mak.
----------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini tanpa saya sedar saya telah menangis tanpa sebab. Owh, ini gara-gara kerana itu. Itu buat saya menangis. Apakah …

KHAMIS

Assalamualaikum
Saya sangat serasi dengan hari Khamis. Kerana saya lahir pada hari Khamis.
Masa tinggal di Kelantan, Hari Khamis merupakan hari yang saya nanti-nantikan...ehehehe...hari Ahad pula hari saya ponteng sekolah nak tengok katun ( ada la sekali dua )... pas jadi mawas opss pengawas, tabiat ni di tinggalkan terus... saya budak BAEK....hehehe
Setiap hari khamis juga saya akan menerima beberapa perkara sedih dan gembira...(tapi banyak perkara sedih..) DUGAAN...sabar jer la as...hehehehe..anggaplah ini kelebihan kamu...
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kawan-kawan!!!
Jadual periksa sudah keluar!!!
25 Oktober 2010 : Inovasi Multimedia : 0900 : BK2 2 November 2010 : Management Information Technology : 0900 : BK1

Owh berita baikkah ini??????? (-.-)
Saya harap tiada gangguan yang boleh mengganggu emosi saya untuk study....AMIN ------------------------------------------------------------------------------------------------ Sekarang…

Selamat Hari Lahir As

Assalammualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca My Idea @>---

Selamat hari lahir As...
Tepat jam 12.00 malam 17 Oktober 2010, saya dapat mesej dari kawan-kawan mengucapkan selamat hari lahir.
Saya telah berumur 25 tahun. Genap 25 tahun saya berada dimuka bumi ini. Satu pelukan erat dan kucupan didahi dari mak dan abah.
Satu hembusan doa di ubun-ubun dari mak seperti yang dilakukan sejak dari bayi lagi.
Apabila masuk saja tarikh 17 Oktober saya mula bayangkan mak tengah sakit hendak melahirkan saya. Air mata mula mengalir mengenangkan pengorbanan mak dan abah.
Di hari kelahiran saya, saya panjangkan lagi doa buat mak abah yang tercinta. Sakiti mak dan abah maka sakiti hati saya juga. Menangisnya mak abah maka menangis juga saya.
Saya juga tidak sempurna, terlepas kata-kata yang tidak enak pada mak abah. Saya pohon ampun dengan satu ciuman dan pelukan, minta maaf segalanya...
----------------------------------------------------------------------------------------------- Semalam mak tanya…

Kata-Kata

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. MANUSIA..... boleh membentuk SERIBU kata-kata, SERIBU bahasa, Namun, ia tidak dapat memperlihatkan UNGGULnya perasaan...