Pelawat Cinta Hati As

featured Slider

Memaparkan catatan dengan label Advertising with AR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Advertising with AR. Papar semua catatan

Augmented Reality Vs Virtual Reality

Assalamualaikum

Harini as dah berjaya hantar notis penyerahan abstrak. Alhamdulillah kerana as mendapat dua orang penyelia yang sangat baik dan tegas kepada as.

Mereka cakap as la orang yang buat diorang susah hati banyak. Takder lagi pelajar lain agaknya (~~)/

Kajian apa yang as buat? Kalau boleh nak sangat as letak abstrak as kat sini, tapi atas faktor plagiarism as simpankan dulu. InshaAllah lepas viva as akan letak paper as disini.

Citer sikit pasal kajian as? Ok boleh sikit jer la eh..

Masa degree dulu as buat pasal peta Fakulti Teknologi Sains Maklumat secara Virtual Reality . Apa maksudnya? Ia berkaitan Realiti Maya yang membolehkan pengguna melihat imej maya dalam persekitaran maya sahaja.Pengguna dapat tengok peta dalam bentuk 3 demensi.

Untuk master ni as buat Augmented Reality atau dimelayukan oleh as iaitu, Augmentasi Realiti. Istilah ini masih belum diterima dalam kamus dewan.

Kajian daripada Hafiza Abas dan Halimah menyatakan Realiti Tambahan. Ada juga definisi daripada Indonesia yang menggunakan Realitas Tambahan.

As gunakan term english dan memelayukannya sahaja sebab istilah ini telah popular dan mendapat carian tertinggi dalam enjin carian.


Augmented Reality VS Virtual Reality


Augmented Reality adalah percampuran imej atau objek maya dalam persekitaran sebenar manusia. Manakala Virtual Reality ialah imej maya yang hanya dalam persekitaran maya sahaja.

Contoh Virtual Reality ialah filem : The Matrix - yang ada watak Neo tu..




Contoh Augmented Reality 

augmented reality by using smartphone (^^)/

Hey its me on that screen..hehehe



Risalah Augmentasi Realiti oleh kereta Nissan

Iklan AR oleh Adidas

Nampak tak keluar apa kat skreen tuh?? kalau tak nampak cuba taip balik nama iklan tu kat youtube ok..


Good student must attend meeting with supervisors every week, and if can, do it everyday....ahak..

Tapikan, as selalu tertanya, kenapa sebuah fakulti IT tidak menggunakan meeting online? Kenapa?

Tapi better jumpa live la kan (hidup-hidup) baru kaw-kaw kita kena bancuh kalau salah buat kajian..huaaa..


Oklah terima kasih kerana sudi membaca sedikit sebanyak tentang kajian as. Anda pun buat augmented reality? Pasal apa yer? Jum kongsi dengan as..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...