Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Salam aidilfitri 1432 H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu as nak minta maaf zahir batin kepada semua kenalan dan kawan-kawan as jika as ada buat salah (semestinya ada) sepanjang penulisan My Idea ini. As minta maaf banyak sangat tak dapat nak balas mesej raya kengkawan kerana dah kehabisan kredit mahupun juga terlalu sibuk dalam perjalanan pulang ke melaka dan berjalan raya...nak taip mesej pun tak sempat, bila nak balas pulak dah abis credit. Alhamdulillah Raya tahun ni sangat seronok sebab dapat beraya di kampung kelahiran as sendiri, Melaka. Suasana raya di Melaka sangat berbeza dengan beraya di kampung as di Pahang. Nak cerita pasal kelainan tu tak retila..demi menjaga sentimental sesetengah pihak.. Masjid penuh sehingga as dinasihatkan takyah pergi demi bagi peluang pada lelaki, tapi abah tarik as juga pergi..lega rasanya dapat ruang untuk solat raya. Masa pulang tengak saf lelaki sampai atas jalan raya...wah as sangat seronok sebab disini as boleh lihat kesungguhan uma

Kuih dan Baju Raya

Assalamualaikum Sudah siap persiapan raya anda? Oh saya sangat bz sekali, seolah-olah saya ni bekerja sendiri tanpa bantuan sesiapa (walau hakikat ada yang bantu) Hari ni baru siap biskut tart nenas. Ini biskut kedua selepas peanut flower cookies. Baju raya hanya dibeli saja. Alhamdulillah kali ini dapat baju yang ada size badan...yea dulu saya sangat gemuk (huahuahahaa...)~~angkara siapa?? Ingat nak buat biskut sarang semut ~ ye semut sangat suka kalau tau saya nak buat ni, sila rahsiakan dari semut ya?? (@@)/ Oh..saya sudah tidak dapat kawal keadaan~~ anak-anak buah sudah datang mengacau...yang kecik merangkak-rangkak dan tergolek-golek...yang besar terpekik dan terlompat dan melantun macam getah buku...ok..semua mesti ditidurkan.... mau minta duit raya lebih sama bapa-bapa mereka ini... kalau macam ini boleh siapkah kuih raya saya ni??? huaaa... adaxsadsa --- oh ini taipan budak-budak ini??

Fasa Pengampunan

Assalamualaikum... Rupanya kita telah masuk ke fasa pengampunan.. As tak sedar dan terleka... Banyak dugaan dalam hidup ini yang menyebabkan as terus terlena.. Ya Allah ampuni dosa-dosa As yang sering lalai dan mempunyai ego yang tinggi.. As tidak mahu menjadi mahu hamba yang derhaka, hamba yang tidak tahu menghargai setiap anugerah yang dikurniakan oleh Mu... Sesungguhnya as memohon keampunan diatas segala kesalahan dan keegoaan yang as lakukan. ------------------------------------------------------------------------------ Salam sayang buat semua pembaca My Idea Di fasa pengampunan ini marilah kita bersama-sama berkejar-kejaran mencari pengampunanNya dengan seikhlas hati... Mana tahu kita akan mati sebentar lagi...

Cabaran

Assalamualaikum... Tertiba rasa tercabar dengan seorang manusia nih... Tapikan bodohkah untuk mencabar manusia nih??? Perlukah saya mencabar kesabaran saya??? Ini bulan puasa...bulan yang mulia... Saya rasa saya perlu bersabar dan bersabar sampai bila-bila Kemarahan ada batasnya Tapi saya yakin saya boleh atasi kemarahan itu jika saya melupakannya Tapi saya dinasihatkan jangan melupakan semuanya Supaya ia dijadikan iktibar dalam hidup Saya dianggap bertuah kerana ada pengalaman itu.. Orang lain mungkin terlena dibuai mimpi indah tanpa menyedari virus ini Oh..saya sangat trauma Pada siapa saya nak salahkah ? Pertama pada diri sendiri saya yang sengaja terlena Kedua pada manusia ini yang telah saya beri banyak peringatan Saya lepaskan Tapi saya tetap takkan lupakan Supaya saya lagi berhati-hati dengan manusia jenis ini Fuhhh...manusia jenis ini sungguh ramai rupanya....realiti bukan fantasi

Boleh atau tidak menderma darah masa bulan puasa?

Salam Ramadhan Beberapa hari lepas, as ada dengar berita dari TV3 tentang bekalan darah daripada orang Islam dinegara kita makin berkurangan. Purata penderma Islam dibulan lain ialah 100 orang tetapi berkurangan kepada 50 orang di bulan mulia ini. Persoalannya disini, ialah as musykil sama ada boleh atau tidak kita menderma darah dibulan puasa. Bukan isu tidak larat atau tidak bertenaga, tetapi isunya ialah jarum suntikan dan ubatan. Satu masa dulu, dalam sekitar 2004 rasanya, seingat as bila setiap kali nak derma darah, nurse mesti akan inject satu ubat ke dalam badan. Tapi sekarang ni, bila as derma darah, ubat tu dah takder...terus bius dan cucuk keluar darah. Ok, antara syarat batal puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Tidak boleh makan dan minum atau apa-apa yang boleh mengenyangkan. Jadi jika masuk ubat sebelum mengeluarkan darah, adakah batal??? Oh yer luper, sekarang dah tak masuk ubat dulu, terus cucuk jer...tapi kena cucuk tu batal tak?? Kalau a

Kek buah-buahan

Assalamualaikum Hari ni badan dah sihat. Maka diteruskan rancangan buat kek buahan untuk Kak Sarah... Oleh kerana malas nak sukat banyak bahan, maka pakai tepung kek buah yang segera. Cuma tambah 4 biji telur gred A, kalau takder gred A, pakai jer lam 5 biji gred b atau 6 biji gred c. Pandai-pandai jer agak. Dalam masa yang sama panaskan ketuhar 150 darjah. Pastu masuk sebiji-sebiji telur, putar 2-3 minit speed laju kemudian tambah mentega 125g. Saya pakai butercup so kerat jer atas kertas yang ditulis 125g, main agak-agak jer. Malas nak timbang. Bila tepung dah kembang, letak buah-buahan campuran. Ok kalau ikut respi asal, ada letak vanila, oren sunquick, susu cair...jadi saya letak jugak dalam adunan kek ini sebelum letak buah-buahan campuran....rasa dia lemak berkrim sket..dan wangi. Dalam resepi asal juga pakai banyak gula, jadi saya kurang sikit, tapi kalau dah pakai tepung mix ni saya tak yah pening kepala nak tau terlebih manis atau tidak kek buah tu... So inilah gambar kek yang

Kena injection yang ke berapa tah....

Assalamualaikum... As sakit lagi dan tidak kebah walaupun makan ubat sejak semalam. Hari ini, as terpaksa tahan sakit sambil ganti kerja akak yang dimasukkan hospital untuk surgery. Takper lah...sakit akak lagi merbahaya berbanding dengan sakit as ni. Tahan ajer la... Sampai jam 4 petang, makin melarat...kebetulan abang dan akak baru pulang dari hospital, maka abah tanpa berlengah tarik as ke klinik swasta. Sebab semalam pergi klinik kerajaan, badan as tak serasi dengan ubat yang diberi. Kali ini abah teman masuk jumpa doktor dan minta injection supaya as tak menderita dalam senyap. Yer.....as senyap...tapi mak abah tengok as gelisah menahan sakit..hahahha... Semasa doktor kata naik katil, as dah panik....katil??? Doktor : Kita cucuk dipunggung... Enggak mau doktor...enggak...ehhh silap...taknak doktor...taknak!!!!!!! Bahu ajer yer..boleh yer??? Tapi doktor kata bahu awak tak banyak daging....tengok badan saya besar ni pun tak banyak daging dibahu ( eleh....) Saya tak mahu....takper ka

Selamat Hari Lahir Abah 2 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum Hari ni dah masuk puasa ke-2 dibulan Ramadhan 1432H. Hari ni juga merupakan hari lahir abah 2 Ogos. Sempena hari lahir abah dan puasa ke-2 nih, as dengan rajinnya membuat kek oren dengan topping cokelat. Ingat nak ambik gambar, tapi kek tu comot jer....uhuhuhuuuu.... Sebenarnya as buat kek dalam keadaan kesakitan....yer hari ni badan as tak sihat, dan sangat sakit... Sebelum minta abah bawa pergi ke klinik hospital, as siapkan dulu kek chiffon oren untuk abah. As malas betul banyak songeh nak pergi klinik jauh, pergi jer mana yang terdekat. Masa tunggu rawatan, sakit makin reda...sebelum tu sempat berseloroh nak minta cucuk...tapi kelu lidah waktu depan doktor...hahaha..akhirnya as makin sakit teruk dalam kereta semasa perjalanan balik....Alhamdulillah....(^^) Abah dan Mak bising sebab tak minta cucuk ubat tahan sakit dengan doktor. Malam ni kalau makin sakit, abah ajak pergi ke hospital....ishhhh...enggak mau... Takper..as akan cuba bertahan sampai pagi esok, lagipun b