Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel resepi

Fenomena durian crepes

Assalamualaikum Sudah mencubakah durian crepes? Apa pendapat anda? Sedap? Tak suka durian? Apa itu durian crepes? Selama nih as hanya dengar jer orang bercerita pasal durian crepes. Tak pernah nak ambil tahu pun sedap ke aper ker.. Tapi minggu lepas, kak ipar as mengidam nak makan durian crepes. As pun ape lagi tumpang mengidam sama-sama..hahaha. Maka dapatla merasa sebekas dengan isian 6 ketul durian crepes. Beli ajer..nak buat malas. Sekarag memang tengah ramai yang jual secara online. taip aje durian crepes dan letak lokasi rumah anda. Kalau takder lagi di kawasan rumah anda, maka ada peluang la anda jual. Hehehe..begitu mudah Allah menyediakan ruang rezeki untuk hambaNya, tinggal lagi kita kena berusaha..yer tak? Ada banyak cara nak buat durian crepes ni..semuanya as celup aja dari google. Ini resepi atas resepi : anda perlu bijak mencari yang terbaik..as hanya copy paste ajer. Kredit bagi kepada pemilik resepi nih yer.. Resepi durian crepes Rujukan :  Hesti

Puding Roti Kismis

Assalamualaikum, Hari ni as nak tunjuk puding roti yang as cuba buat beberapa hari lepas. Agak mudah juga la Resepi Puding Roti Kismis Bahan-bahannya : 6-7 keping roti yang disapu butter Loyang yang disapu butter ke seluruh permukaan 2 sudu kismis atau lebih 3 biji telur 75 gm gula atau boleh kurang lagi ( rasa la nanti) 650 gm susu cair atau susu segar ( as guna susu kotak fullcream aje waktu nih) 1 sudu kecil esen vanilla ( as suka bau vanilla jadi letak 2 sudu kecil) Cara-cara: roti tengah kembang Panaskan oven 170 darjah celcius dalam 5-10 minit Potong 4 roti dan susu ke dalam loyang Tabur kismis Putar telur dan gula sampai sebati Masukkan susu dan esen vanilla Masukkan campuran ke dalam loyang dan biar dalam 2-5 minit untuk roti kembang Turunkan suhu 150 darjah celcius dalam tempoh 35 minit Jika nak garing sedikit, pada minit ke 35, pasang api atas dalam tempoh 2 minit ( sila jaga api dan masa takut hangus atas) Lihat melalui cermin dan pasang lamp

Kek buah-buahan

Assalamualaikum Hari ni badan dah sihat. Maka diteruskan rancangan buat kek buahan untuk Kak Sarah... Oleh kerana malas nak sukat banyak bahan, maka pakai tepung kek buah yang segera. Cuma tambah 4 biji telur gred A, kalau takder gred A, pakai jer lam 5 biji gred b atau 6 biji gred c. Pandai-pandai jer agak. Dalam masa yang sama panaskan ketuhar 150 darjah. Pastu masuk sebiji-sebiji telur, putar 2-3 minit speed laju kemudian tambah mentega 125g. Saya pakai butercup so kerat jer atas kertas yang ditulis 125g, main agak-agak jer. Malas nak timbang. Bila tepung dah kembang, letak buah-buahan campuran. Ok kalau ikut respi asal, ada letak vanila, oren sunquick, susu cair...jadi saya letak jugak dalam adunan kek ini sebelum letak buah-buahan campuran....rasa dia lemak berkrim sket..dan wangi. Dalam resepi asal juga pakai banyak gula, jadi saya kurang sikit, tapi kalau dah pakai tepung mix ni saya tak yah pening kepala nak tau terlebih manis atau tidak kek buah tu... So inilah gambar kek yang

Resepi ikan siakap kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warta berita hari ini resepi ikan siakap kukus (^^) Hari ini, wani merangkap ex-rumate yang rumit dan bakal menjadi ex-housemate telah menghadiahkan masakan istimewanya khas untuk saya. Wani akan berpindah ke rumah baru jumaat nih, maka dia menghadiahkan makanan yang berkhasiat untuk saya. Ikan siakap kukus. Kebetulan bakal rumate baru akan datang hari ini, maka kiranya langkah kanan la mereka ini... Ok hari ini, saya nak kongsikan resepi ikan siakap kukus versi as sendiri. Bahan-bahan Seekor ikan siakap segar dan besar 3 biji limau nipis 2 biji bawang besar 1 biji bawang putih Garam (secukup rasa) Cili padi ( ikut suka pedas) 3 cawan air ( tengok pada saiz ikan) Sejemput udang kering Separuh lobak merah 1/4 bunga kubis (jika suka) lada benggala (jika suka) lada besar (jika suka) Cara -cara : Masukkan air dalam blender, campurkan perahan air limau nipis, masukan setengah biji bawang besar dan masukkan juga cili padi ikut tahap kepedasan anda dan uda