Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Al-Fatihah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua

Agak lama menyepi disebabkan kesibukan diri dan beberapa sebab....
Sedih
Saya telah kehilangan seseorang yang amat saya kasihi. Dia telah pergi menemui-Nya tanpa disangka-sangka dan sungguh mengejutkan. Saya kelu lidah sampai tidak terkata apa-apa. Saya tidak mampu menangis oleh kerana terlalu terkejut. Dia sangat menyayangi saya dan selalu mengambil berat saya sejak dari lahir. Dialah yang membasuh uri tembuni saya dengan penuh adat melayu, kalau tak silap siap pasang pelita.
Dialah juga terus meng'haram'kan saya menggoreng keropok lekor kerana kes saya terkena percikan minyak panas akibat letupan keropok lekor itu, sampai saya hampir jadi buta...fuhh trauma sampai sekarang.
Dialah juga memberi nasihat yang membina diri supaya saya tidak leka dengan kehidupan duniawi ini.
Kini dia telah pergi menghadap tuhan yang satu. Saya akan merinduinya dan saya sangat menyayanginya.
Semoga rohnya aman disana dan al-Fatihah buatnya.


Kata Hati : Mengumpu…

Saya suka pakai kasut

Assalammualaikum dan salam sejahtera....
Saya suka pakai kasut sneakers...

Kenapa? Sejak saya sekolah dan ada lesen motor saya suka pakai kasut sneakers...
Dah bermacam-macam bentuk sneakers yang saya ada...sama ada brand atau cap ayam sahaja. Tidak kisahla janji boleh pakai kasut.
Masa ambil lesen motor, cikgu kata penunggang wajib pakai kasut, saya dengan penuh skema beli la kasut. Rasa selesa bila bawa motor pakai kasut. Dan ia terus selesa apabila berjalan berasak-asakan ketika mahu naik komuter/lrt dan ketika hujan. Takder r diaorang tengok stoking basah saya..hukhukhuk..
Teringat juga lawak cikgu apabila tunjuk selipar jepun tercicir kat trafik oleh penunggang atau pembonceng.

Kemudian pagi tadi, tengok MHI, artis pakai kasut lain sebelah, dia kata fashion....tapi bukan cam kat bawah ni, bentuk sama tapi warna dan corak jer lain...its really weird for me. But..its fashion ok?? So, come on be open minded... but....urgh


Tiba-tiba teringat zaman asrama dulu, sokmo la pakai selipar kawin …

Brutrrrr...Hungry Girl

ehsan pakcik gOogle
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua!!!!

Brurrrtttt.....itu bunyi perut saya yang tengah lapar. Saya tidak sangka saya akan sangat lapar waktu tengah buat tesis dalam PTSL nih.... saya ingat saya dah ok dengan sarapan milo bijirin + biskut anggur 4 keping.
Tengok jam dah kul 1 petang, yer memang patut perut saya lapar. Sebelum pergi makan saya nak citer tentang pengalaman saya lapar dalam dewan periksa..;p
Masa degree dulu, perkara saya paling takut bukan takdapat jawab pekse tapi bimbang perut saya lapar dan berbunyi lagu keroncong yang sungguh mendayu-dayu...hahaha
Tidak kirala pereksa waktu pagi ke tengahari atau petang...perut saya akan sengaja bermain-main dengan saya untuk mengeluarkan lagu keroncong itu.
Pernah sekali tu saya dah nak habis jawab dah, sekali kuat sungguh dia berbunyi...fuhhh....tension weh,......sebab itu saya selalu pakai baju sejuk tebal punya cop UKM dalam dewan pekse...nak bagi cover bunyi dia tak kuat.
Tapi kalau dia dah bunyi-bunyi tanpa…

Jom minum Herbalife

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah cuaca pagi di Bangi sangat baik. Harap-harap Temerloh pun sama.
Saya bangun awal dan bersiap-siap pergi ke fakulti untuk uruskan final project. Agak gementar bila berdepan dengan orang yang ada kuasa lebih, tapi hati tetap ingat ini cuma sementara sebab bukan mereka yang berkuasa.
Hati rasa sedikit sedih...lalu membawa diri untuk dipujuk, mula-mula pergi ke library fakulti..saja belek-belek buku...jumpa satu yang berkenan terus dipinjam. Mula rasa sedikit lega, hati dah reda dari nangis. Kemudian hati ajak pergi PTSL. Dalam perjalanan, perut kata lapar, masih belum sarapan penuh, sekadar sup panas pagi ini.
Lalu kaki melangkah ke kafe PUSANIKA, rasa seronok melihat ada gerai jualan baju dan tudung, tapi hati menahan keseronokan itu kerana teringat kesedihan tadi. Terus masuk dan makan berserorangan.
Datang pula seorang Chinese student interview tentang kafe dan hubungan perkauman. Hurm...memang diperhatikan tiada sangat atau tidak ada la…

Bila binatang itu tiada

kalendar as bulan MAC 2011 ;P
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Harap pembaca setia sama ada silent, vibrate or ring ;P sihat-sihat adanya..hehehe

Hari ini saya bercadang untuk membuat editing photoshop dan illustrator risalah FTSM. Sambil-sambil mengalamun mengemas beg laptop untuk ke PTSL (Perpustakaan Tun Sri Lanang) saya akhirnya terlupa juga untuk meletakkan binatang peliharaan saya dalam beg.
Saya berasa susah untuk buat kerja apabila binatang itu tiada. Saya rasa sunyi dan mudah bosan dan juga tension jika tidak menyentuh dan mengusap-usap badannya. Huhuhuhu...
Walaubagaimanapun kerja tetap perlu diteruskan, walau anda suka menggunakannya ia bukan menjadi satu penghalang dan alasan anda tidak melakukan kerja anda.
Abah juga memelihara binatang ini dan selalu dikidnap oleh adik budin...akibatnya abah selalu berleter panjang apabila dia hendak menggunakan binatang ini. Kalau tidak ada binatang ini, abah terus unmood nak buat kerjanya.
Sekarang saya memahami perasaan abah..…

Dapat Hadiah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni saya bermalas-malasan di danau resort dengan seorang kawan. Sepatutnya kengkawan, tapi leh diorang tu tido tak khabar berita. Da sampai rumah baru mesej kata bangun lewat. Anyways saya da tak kisah, sebab saya dah boleh agak perangai diorang. Its miracle kalau diaorang betul-betul dapat datang. Sebab tu saya tak hegeh-hegeh nak call diorang, biarla..cuti-cuti tak perlu nak rush hour...hehehe
Lepas puas renang-renang, badan dah letih saya pun balik dan beli paper Harian Metro, mana tahu mimpi jadi kenyataan dapat hadiah iPad sebijik. Tapi itu hanya mimpi sahaja. Selalunya kita takkan dapat apa yang kita hajatkan kalau benda free ni...kalau tak free pun payah dapat juga walau ada duit. ;p
Pasal hadiah lagi....
Kawan saya hadiahkan sutas jam tangan rantai mutiara. Terima kasih ye...siap dapat keronsang lagi. Putih memang warna kesukaan saya dari dulu lagi.
Badan rasa tak sihat lagi...kena hujan semalam...tapi otak takleh duduk diam...kena wat keje …

KPPM SAYA KALAH

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Sudah dua tiga hari saya tak update My Idea@>-- berikutan demam panas sempena pilihanraya kecil dun kerdau. Hehehehe..
Saya baru je pulang semula ke Bangi, semalam untuk meneruskan pengajian saya. Alhamdulillah saya telah laksanakan tanggungjawab saya yang pertama kali pada 6 hb 3 2011. Saya harap pemimpin yang menang dalam pilihan raya baru ini dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah S.W.T dengan adil dan saksama.
Sepatutnya saya pulang terus ke bangi pada 7hb Mac 2011, tapi tak boleh!!! Sebab hari itu hari jadi mak.
SELAMAT HARI LAHIR MAK
TERIMA KASIH KERANA MENJAGA SAYA DAN KELUARGA
SAYA SAYANG MAK
Sempena hari lahir mak, saya berusaha membuat sebiji kek span. Tapi, sayang ia tak begitu lembut macam span. Kenapa??? Takpe mak...saya akan cuba buat lagi. Boleh kak Sarah kate itu kuih bingka???
Tengah-tengah menaip ni boleh butang Shift saya tersekat. Uhhhh...itu la sebab agaknya kenapa butang shift dicipta dua kiri dan kanan ek...…

Panas dan Kena Suap

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua

Cuaca sangat panas sekarang nih, bertambah panas lagi kawasan kampung-kampung saya. Fuhh..hari-hari orang kampung saya kena suap termasuk sekali saya dan keluarga. Penat weh, kena suap dengan kata-kata manis. Semasa menaip nih, baru jer orang Perak datang berkempen, katanya pada saya "Adik nanti keluar awal esok, dan undilah BN".
Teknologi menyebabkan cara berkempen bertambah hebat. Saya dan abah jadi penat menerima panggilan telefon dan SMS yang mengutuk parti-parti yang bertanding. Lebih teruk lagi apabila rahsia undian bukan lagi jadi rahsia. Saya terima panggilan yang berbunyi lebih kurang bergini:
Kami sedang menjalankan penelitian parti pemilihan anda. Sila tekan : #1 untuk PAS #2 untuk BN #3 untuk bukan PAS
Helooo...jika saya dan abah bagi jawapannya maka dah macam bukan rahsia la undian kami nanti....
Maka, kami abaikan sahaja. Namun, pihak 'mereka' ini terus menerus menelefon kami pada hari-hari esoknya sehinggalah pagi ta…