Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Nak jadi apa?

Assalamualaikum Alhamdulillah semalam dapat juga sambut ulang tahun kelahiran kawan As. As doakan dia dapat tamatkan belajar dengan  cemerlang dan mendapat gelaran Dr. Apa cita-cita as masa kecil? As nak jadi doktor perubatan. Tapi as tak belajar sungguh maka awal-awal lagi as kena lupakan semuanya. As tak usaha sungguh-sungguh banyak main. Sepatutnya as tak tolak tawaran jadi nurse dulu. Kalau tak  as boleh sambung belajar bahagian perubatan dan  jadi doktor..ohhh kenapa as tolak ya?? Sampai sekarang as terasa menyesal. Tapi takper lah as fikir banyak lagi as yang boleh kejarkan. Cita-cita tidak terhad kepada satu sahaja. As ada banyak cita-cita..separuh daripadanya sudah tercapai. Cita-cita tidak hanya boleh difikirkan masa kecil sahaja malah kita boleh bercita-cita setiap masa. Contohnya, bila as dah masuk U as belajar programming tetiba terasa berminat nak hacking. Masa kecil-kecil dulu selalu tengok citer hacker..maka timbul rasa nak jadi hacker juga...hehehe

Tips Jimat buat budak UKM

Assalamualaikum...... Apa khabar orang kampung??? Hehehehe...apa khabar juga pembaca My Idea @>-- Muahhh dari sufiyyah Nah nak kongsi ciuman dari muncung sufiyyah...mmuaahhh...hehehehe... Hari ni nak kongsi se dua tips jimat buat pelajar UKM. 1. Untuk jimat letrik kite pergi study di UKM. Sebagai pelajar kita ada hak nak guna semua letrik di UKM, terutama di PTSL, sebab kita bayar yuran mahal setiap semester.  2. Kalau nak jimat guna broadband pun kita pakai yang PTSL UKM juga. Nak laju kena pergi kat kawasan bilik wifi..kalau ada makmal komputer di fakulti pun boleh juga. Saya suka jer guna makmal di FTSM..sebab sangat laju dan komputernya semua baru..almaklumla fakulti IT..(~~) 3. Kalau nak jimat duit beli buku baru yang mahal, anda hanya boleh minta dengan pihak PTSL untuk belikan untuk anda. Tapi ia bukan untuk dimiliki tapi untuk dipinjam. Cara-caranya ada saya tuliskan di sini   https://www.facebook.com/note.php?note_id=297462470281341 . 4

Reset

Assalammualaikum... Satu masa dulu as tanya pada diri sendiri kenapa manusia tidak boleh mengundur masa? Seperti butang reset pada telefon atau komputer atau pada penentu masa kembali menjadi  0. Jika manusia boleh kembali kepada zaman silam atau membetulkan kesalahan yang dilakukan apa akan terjadi? Jawapan yang as terima daripada kawan-kawan ialah, dunia akan aman, tiada perbalahan dan dendam. Namun as pasti ada juga akan sedar bahawa jika manusia ada butang RESET maka dunia akan menjadi kucar kacir. Peperangan akan sentiasa berlaku dan manusia tidak akan berevolusi. Manusia belajar dari kesilapan, jika fikir dengan hanya kembali ke belakang atau RESET kembali perangai dapat mengamankan dunia dan diri, maka disitu akan berlaku kesilapan. Jadi apa jawapan anda? Apa yang akan berlaku jika anda mempunyai butang reset? Seandainya anda yakin jika butang reset itu akan mendatangkan suasana ceria dan aman seperti Alya bermain ombak...beritahulah saya. Ab

Smile with broken heart

Assalamualaikum Apa perasaan anda bila dapat tahu ayah anda diacukan senapang di dada? Anda hanya dapat dengar bunyi senapang tapi anda tidak tahu sama ada ayah anda selamat atau tidak? Dalam situasi itu anda bertanggungjawab mengawal ahli keluarga lain dari diapa-apakan. Abah as hampir ditembak. Hati as sangat trauma bila mengingatkan kembali situasi demikian. Hampir hilang semangat dan hilang akal. Kata-kata abah waktu itu  Aku! maju ia, mengundur tidak !  As harap perkara ini tidak berlaku lagi, seandainya abah mati dibunuh, As tak mampu nak menghalangi adik dari menuntut bela. Akan berlaku pembunuhan beramai-ramai. Apabila hati dirasuk syaitan, manusia yang tiada iman yang kuat akan kalah. Adakah as akan memaafkan orang yang mengugut hendak membunuh abah dan keluarga kami?  Sebelum berlaku kejadian, mak dan akak telah pecahkan botol dan cawan secara tak sengaja. As terpijak kaca sebanyak 3 kali dan kali ketiga berdarah banyak dan berlubang kaki. Adak

111111

Assalamualaikum... Hari ni as tak sedar pun ada tarikh 11 hb 11 2011 atau 111111 sehinggalah ramai yang duk bercerita pasal tarikh ni kat facebook. Wah mesti ada yang amek cuti nak kahwin atau nak honeymoon yang kedua atau nak cuba lahirkan anak pada tarikh ni..hehehe...seronok ler tuh... Hari ni as pun berseronok juga tapi berseronok jumpa dengan cik puan Noraishah di PTSL... Kami tengah buat plan untuk majukan lagi bisnes dia nih....moga dia cepat kaya...dan saya tumpang kaya..hahahaha (evil laugh!!!) -------------------------------------------------------------------------------- Ok cukup jadi gelak jahat... Tengok asyah main dengan lappy baru tetiba rasa jeles lak...saya mau!!!...tapi..saya tak mampu...apa yang ada ni pun da cukup...hehehe asyah dengan lappy barunya... Oklah...moga asyah success dengan bisnessnya..saya hanya mampu beri sokongan dan promote asyah pada kengkawan. Ok saya rasa blog kadkawinonline akan dihidupkan kembali dan dis

Bermain di taman arnab

Assalamualaikum.... Sekarang ni dikatakan ramai yang sudah membuka ladang arnab...dengar kata ehem-ehem pun ada buka ladang arnab??? Oh bukan awak punya...ingat baru nak kidnap se dua tiga empat ekor... Betul ke harga arnab yang sedang-sedang tu leh capai RM 90 sekor?? lagi-lagi yang mata merah bulu putih yang bese-bese jer tuh? Baru tanya harga beberapa bulan lepas dalam RM6 sekor...biar betul pakcik nih... Pastu arnab yang as main kat bawah tu, kalau orang nak beli RM500 pun dia taknak jual,,,sayang sangat ek?? Kalau as tawar RM1000 jual tak? nak cium tapi nati kamu gigit... tengah cuba nak gigit jari as ker? hitam itu menawan juga... Sekali penjaga tu panggil kambing...as pun tercari mana kambing...mana kambing? As ke kambing??? Tidak!! Rupanya ada spesis arnab yang bulu rupa macam kambing...nanti kalau ada gambar dia as tunjuk lagi masa post akan datang...