Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Design baju nikah, bersanding Cinta Hati As

Assalamualaikum.... Sekarang rasa sangat mengantuk...tapi banyak kerja nak siapkan...jadi as gagahkan mata yang dah semakin mengecil ni.... Sambil dengar lagu di bawah ni yang sering diputarkan housemate, as pun mula mencari pelbagai idea untuk baju nikah dan bersanding..ya masa semakin suntuk...tapi as buat...la..la..la. la...hukhukhuk... As dan cinta hati as dah buat keputusan untuk 3 pasang baju. 2 pasang di rumah as ( akad nikah + bersanding) 1 pasang di rumah cinta hati as (baju bertandang) Bagi baju akad nikah...kami memilih warna baby blue...contoh macam di bawah ni...\(^^)/ material kain ialah satin @ chiffon Baju peplum untuk akad nikah???? Cinta hati as.....awak ok tak kalau as pakai baju peplum masa akad nikah nanti? As fikir nak jubah aja....(^^)/ design jubah lebih kurang macam ni...biasa-biasa saja.. Sekarang ni apa yang as pening kepala sikit...sikit aja...ialah warna untuk baju bersanding...

Bride to be Cinta Hati As..sangat mendebarkan dan kelakar...

Assalamualaikum Akhirnya as dapat curi sedikit masa untuk update tentang majlis pertunangan as atau bride to be.... Syukur alhamdulillah, tanpa dijangka dan diduga, as telah pun diikat tanda sebagai bakal isteri kepada seorang hamba Allah...(rahsia dulu yer..hehehehe) Apa persediaan anda untuk mengadakan majlis pertunangan atau dalam bahasa lain majlis meletak tanda? As simple sahaja.... As ingat nak buat mudah aja....sediakan hadiah untuk sebelah dia dengan bungkus-bungkus aja...tapi mujur la along dan kakak ipar as telah menyediakan tapak hantaran yang di panggil PAR atau dulang hantaran siap dengan hiasan bunga-bunga lagi.... Along cakap...jangan dengor cakap as tu...hahahaha....amboi....jadi along la yang buat decoration termasuk sirih junjung as... As dengan kak saadah hanya buat bakul buah dan tambah bunga atas  hantaran yang tak siap lagi...hehehehe Cupcake, bakul buah, sejadah Pakaian dan purse untuk bakal mertua, kemeja Cinta Hati as, dan

Persiapan majlis mengikat tanda Cinta Hati As

Assalamualaikum, Orang kata bertunang tak boleh heboh, sebab apa? itu korang kena cari sendiri..^^/ As tahu sebab apa.......tapi.........masing-masing ada pendirian. Memang as tak suka heboh, ramai kawan-kawan as yang tak tau melainkan teman serumah. Abang as pun ada yang tak tau...yer kot..payah betul nak contact dia..(~~) sedih Sedara mara? hurmmmmmmmmmmmm..tak tahulah mak abah..hahaha.. Oleh kerana majlis 23 hb ni buat di rumah along, dan jatuh pada hari bekerja, jadi akak ipar as minta tolong adik beradiknya... Terima kasih kepada semua yang bersusah payah untuk as...\(^^)/ Kalau ikutkan as, hanyalah perjumpaan antara ibubapa sahaja.... Abah cakap simple, tapi gayanya dah macam majlis hari jadi pulak....hahahaha Debor.... Apa yang as nak buat eh? nak bagi apa pada orang sebelah? Semua orang tanya soalan macam tu...as tak tahu... Haish...orang sebelah kata takper takyah bagi apa-apa.. Tapi abah kata tak boleh....kita mesti layan mereka yang terbaik... Jad

Kekuatan Cinta Hati As

Assalamualaikum..... Pencinta hati as... as sedih.... terlalu ramai yang berkorban demi as as sedih bila jadi orang terakhir tahu...apabila orang kesayangan ditimpa masalah as sedih bila as terlalu disayangi, tapi as tak sedar as sedih sebab as tak sedar as gembira semasa orang lain susah hati dan sedih. Ini jawapan mereka apabila tahu as menangis.... Kegembiraan as adalah pengubat hati mereka yang luka as sedih lagi... ............tapi bila diaorang kata kebahagiaan as adalah kegembiraan utama mereka dan pengubat hati mereka...... Jadi as...akan cuba sedaya upaya untuk menghilangkan rasa sakit di hati mereka...as akan cuba sedaya upaya... Terima kasih Cinta Hati As...moga Allah memberikan kegembiraan dan kebahagiaan buat anda semua As sangat sayangkan semua Cinta Hati As Jangan ada lagi sengketa dan pergaduhan okeys? Sebab ia membuatkan as rasa sesak nafas dan tertekan (~~)/

Testimoni Clayrissa Pro White Pure Gluta Collagen

Assalamualaikum As nak kongsikan testimoni Clayrissa Pro white PGC. Produk ni terbaru lagi...dan tak ramai yang tau jadi testimoni tak banyak. Pada yang berminat menjadi testimoni produk ni. boleh bagitau as yer (^^)/ Duta Claysrissa Puteri Sarah yang comel TESTIMONI PUTERI SARAH tentang Clayrissa PGC - Berpadanan dengan umur Sarah, Sarah juga mencari minuman atau makanan sampingan tambahan untuk kesihatan tubuh badan Sarah. - Sarah berterima kasih pada produk Pro White Pure Gluta Collagen KERANA minuman ini dapat menjaga kulit muka Sarah, menghalang dari kekurangan vitamin x2 dalam tubuh Sarah, menguatkan sistem imun, mengawal berat badan dan lain-lain lagi. - Pendek kata dengan produk ini, Sarah tidak payah untuk mengambil vitamin-vitamin sampingan lain. - Minum Pro White PGC kulit Sarah Flawless. Terima Kasih produk Clayrissa CARA PENGAMBILAN PRO WHITE PURE GLUTACOLLAGEN : Campur 2 scoop PRO WHI

Ini satu perancangan.....

Assalamualaikum Tanpa as sedar tak lama lagi as nak jadi isteri orang da... Ini satu perancangan...insyaAllah Sudah lama Cinta Hati as merisik, tapi dia dan as masing-masing tak yakin.... Sehingga la tahun ni as pun tanya..."awak...jum datang rumah, risik saya?" amboi tak malukan??? hahaha Terkejutkah dia? as pun tak tau...... Yer la nak tunggu sampai bila? memang kami tidak couple, hanya seorang sahabat yang berbual sekali sekala.....dan dia pun terlalu sibuk, bila dia mesej baru as berpeluang bercakap dengan dia...hahahaha Kadang-kadang hati merajuk jugak....ish dia ni betul-betul nak pada as tak? dia ni serius tak? dalam masa yang sama mungkin dia tak tahu ada beberapa lelaki lain yang cuba memasuki hidup as. Seperti biasa kalau as tak cakap on memang tiada siapa yang datang rumah...biarpun as cakap datang la jumpa abah... Ini adalah surat kepada cinta hati as Cinta hati as, Untuk pengetahuan awak, as dah lama sukakan awak sejak dari bangku sekolah

BN menang di dun kerdau dan parlimen kuala krau Pahang

Assalamualaikum, As pun nak citer pasal mengundi baru ni... As mengundi di dun kerdau, temerloh Pahang. Kali ni sangat ramai orang..berbanding masa pilihan raya kecil tahun 2010. As naik bot seberang sungai pahang masa pergi mengundi....best tau... Boleh ajer kalau nak naik kereta, tapi pusing jauh dari kampung. Tempat buang undi di sekolah rendah pulau pasir mandi seberang temerloh. Budak-budak kampung as nak pergi sekolah kena naik bot.. Tahun ni ramai yang keluar mengundi... As dan mak beratur selama 1 jam. Kesian mak kena berdiri lama, jadi as pun bawak kerusi sekolah untuk mak duduk Duduk sekejap, pastu ensot ke depan, tarik kerusi lagi Cuaca sangat panas.... Masa balik naik bot juga, dengan air sungai PAHANG yang besar tiada bekalan jaket kecemasan seperti yang di JANJIKAN...as hampir jatuh sungai... keluarga as : abah yang hebat...berdiri lagi..amboi... ya....itulah as...seronok ambik gambar orang..tak sedar masa naik turun nak jatuh bot tuh

Menyesal

Assalamualaikum Semalam, merajuk dengan abah.... As tak tahu abah tengah stress jadi semalam as tak tahan hati dan sensitif tak bertempat....sedih jugak la. Andai abah buka dan baca blog as sekarang ni, as nak minta maaf sangat. Memang as nak telefon abah dan minta maaf tapi as takut tak tercakap tapi dengar esakan tangisan saja. Tadi mak telefon, pujuk as...sebenarnya as pun bersalah dengan mak juga sebab buat mak susah hati. As takder la terasa hati sangat dan merajuk tak nak balik...as sajer jer cakap macam tu semalam sebab terkecil hati dengan abah. As tahu semuanya tak betul.....tapi as saja cuba cari perhatian mak abah...tapi tak kena pada tempat dan masanya kan?? As minta maaf (~~) Esok as akan balik jumpa mak abah Harap kita tak kekok....dan buat tak tahu.... As akan fikir balik semuanya.....dan mungkin akan tak nak bincang lagi...

Memudahkan perkahwinan

Assalamualaikum As bila nak kahwin? itu soalan yang selalu diajukan oleh kawan-kawan yang dah ada anak 2-3 orang dan juga saudara mara.. Bila abang-abang as kahwin semua hadirin akan cakap camni, kenduri as nanti mesti best lagi, meriah lagi, besar lagi....yela as kan anak tunggal.. Hati as -----> SEDIH.... Ramai lelaki yang hadir dalam hidup as cakap...ape mak abah awak nak jual anak ker? Ok...memang as tak kawan terus dah lepas mereka cakap camtu. As pun tak suka majlis yang besar-besar, as kalau boleh nak akad nikah pastu buat majlis kesyukuran yang sederhana. Lepas as terangkan pada makcik-makcik as dan pada kawan-kawan diorang terdiam. Mungkin diorang fikir kalau buat kecil-kecilan tak cukup la nak bagi tetamu makan, apatah lagi saudara mara pun takkan cukup makan...sebab keluarga as besar... Hati as ------------> SEDIH Kawan as cakap, takpe awak nak buat kecilan, tapi awak boleh tahan ke dengan cemuhan masyarakat sekitar? yela, tak macam kenduri kaw