Langkau ke kandungan utama

Catatan

KETIKA

Assalammualaikum Ketika duk lepak pas ngaji waktu maghrib, housemate saya si wani balik dan ketuk pintu bilik saya. Dum..dum..dum..(padahal bunyi dia..tuk..tuk..tuk jah) Acik..tengok nih... Saya terjerit sekejap....aaaa....chumel!!! ( biar pun dia comot) Ye.....wani bawak balik seekor anak kucing ala-ala siam Comot tetapi comel Terdapat luka dibawah kaki dia...agak panjang...so apa lagi ambik putik kapas dan minyak PANAS..opsss minyak TYT la.... Kelakar tengok wani yang menjerit sakit bila saya sapu ubat pada comot..ye saya nak panggil nama dia comot...hehehehe Agak dalam ya luka tu...kamu tersangkut pada kawat besi kah comot??? Sedulang air wani bagi kat comot tapi dia leh pergi minum air kat bilik air kami...aduss... Bagi dia makan nasi goreng..tapi adala 2-3 kunyah...dia pilih ikan jer dari nasi...dia cakap nati gugur bulu I kalau makan nasi goreng berminyak...dia cakap ok...dia cakap...hahaha... padahal ada perasan jiran bagi makan freskes kat tepi rumah tu...so dia da kenyang la a...

Dah lepas

Assalamualaikum dan salam sejahtera Telah berlalu lebih seminggu. Saya juga tidak menentu dengan perbuatan saya. Tapi hati saya terlalu banyak memendam rasa dan rahsia. Saya tidak berjaya menahannya lagi dan ia pecah. Saya menangis kesedihan. Kenapa? Itu sudah lumrah bila hati terlalu sedih. Maka saya bawa diri ke kampung untuk ketenangan. Berfikir kembali secara rasional. Kini saya sudah kembali semula ke Bangi. Saya harap saya tidak memikirkan lagi isu itu. Bila saya fikir balik ini sememangnya teori pantulan CERMIN Ego kita juga sangat tinggi Dalam hal ini saya juga bersalah Saya tidak tahu apakah jaminan akan datang Harap ini menjadi pengajaran Saya juga minta maaf daripada awak

Bila Nasi Menangis

Assalammualaikum Makanlah nasi ni, nanti lambat sembuh jika perut lapar Ditenung nasi itu, sesudu disuap tapi dikeluarkan semula kenapa? tak sedap? takder selera yer? geleng kepala...bukan ? nasi itu menangis di tenung dekat, nasi ini ada mata untuk menangis? lihatlah, nasi ini menangis, air mata turun laju anak kecil tidak mengerti lalu letak di atas meja tepi katil orang besar cakap tidak baik membazir tapi memang tidak sampai hati untuk makan nasi itu nasi itu menangis ------------------------------------------------------------------------------ kini anak kecil sudah dewasa, sudah faham dengan maksud nasi itu menangis bila anak itu terlihat nasi putih, dikala sepi dia cuba untuk melihat air mata nasi pada fikirannya bila nasi menangis mungkin sudah sampai masanya

Cinta Sempurna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pagi isnin ini, saya bertapa di PTSL jauh dari fakulti sendiri. Ini kerana saya inginkannya seperti ini. Tajuk post saya Cinta Sempurna sempena persembahan Yuna malam tadi. Saya dan budak rumah amat berharap yuna menang, namun tuah tidak berpihak padanya. Waktu di umumkan penulis dan penyanyi sendiri, kami dah bersedia untuk tepuk tangan, tapi hampa bila nama yang diumumkan adalah orang lain. Apa-apa pun, tahniah kepada pemenang ajl25 malam tadi. Klip Video Cinta Sempurna AJL25 Persembahan yuna mantap walaupun dia mendapat undian persembahan pertama. Biasanya orang yang buat persembahan pertama ni peluang untuk dia menang tinggi..tapi ada juga yang tidak ( saya ler orang itu...hehehehe) ni kes gugup...huhuhu Owh...tak sangka ramai yang membantah keputusan juri terhadap kemenangan ana rafali. Siap buat page kat FB....wahh..wahh...sian sama dia....orang marah-marah pun, dia gak yang dapat duit kan..hehehe..korang tak dapat pun. =P ---------------------...

O.S

Assalammualaikum.... Harini macam satu Malaysia jer hujan...hehehe...rate-rate komen kat FB kate hujan..rain dan macam-macam bahasa.... Saya sedang mengisolasikan diri dalam PTSL. Saya tension dengan karenah beberapa manusia.....so saya diamkan diri dalam PTSL. Saya juga pening kepala pasal OS lappy saya...perlu kembali ke zaman purbakah atau stay dengan window 7. Ni gara-gara projek tesis la.... programming untuk augmented reality tak up to date...takleh masuk dengan window 7.... Sambil minum susu kotak berfikir panjang...apa yang patut saya lakukan...Ya Allah berikan petunjuk untuk hambaMu yang selalu sukar buat pilihan. Sebut pasal pilihan saya sangat-sangat dalam delima...saya rasa sangat sakit jika silap buat pilihan, namun saya pasti Allah akan membantu...amiennn