Langkau ke kandungan utama

Keep Your Life Balance

Salam sejahtera semua !!!!! (nada bersemangat )

Haaaaaaaa (tarik nafas, hembus balik dengan sekuat hati) hehehe....

Ok aku nak bercerita sikit (banyak pun takper) peristiwa dari subuh sampai ke jam 3 nih.

Pagi ni aku berhajat nak bangun 1jam setengah sebelum subuh, tapi aku lupa tukar waktu jam sebelum tido, so aku pun bangun jam 6. Tengah ambik masa nak bukak mata tuh, telifon aku bunyi, panggilan dari Sjn Nordin. Huish....agak mendebarkan bila terlihat nombor sarjan terpampang di skrin telifon pada waktu itu. Fikiran negatif mengacukan haluannya ke jantung ku. Dub dab dub dab....

Aku angkat dengan penuh perasaan, maka terdengar suara perempuan yang amat aku sayangi..." As, dah bangun tidur?" dah..,jawab aku " Em, kenapa nih?" Perempuan yang aku panggil mak berkata " Awak dengar nih apa yang mak nak bagitau", Er...ha..apa dia? ... jawab aku dengan pantas " Adik eksiden malam tadi" kata mak.

Wah....ini kali ke berapa entah adik eksiden...dengar kata dia berlanggar dengan motor waktu balik dari kelas tambahan. Mak, abah saja taknak bagitahu malam tadi. Sebab dengar kata tak teruk sangat. Pagi nih dah keluar wad. Alhamdulillah. Sempat lagi aku tanya teruk tak motor rosak..hehehe...adeke patut??? P.A.T.U.T ( tapi dalam hati aku sangat risau akan adik...busuk-busuk pun adik kiter...nakal-nakal pun adik kiter). Harap adik insaf dengan kemalangan yang kali ketiga nih...

Tiba-tiba teringat waktu aku eksiden (~~)!
-------------------------------------------------------------------------------------

So, hari ni aku memulakan semester baru dengan peristiwa yang tidak enak di dengar pada subuh hari..haip..haip...

Selepas sembahyang subuh dan mengaji Quran, aku bersarapan dengan nasi putih dan ayam masak kicap. Aku bersarapan berat, sebab aku fikir hari ini banyak benda yang aku nak settelkan.

Semester 2 nih aku amik 2 subjek iaitu Managemnet Information Technology (MIT) dan Management and Searching Information (MSI).

Aku mula serabut fikiran apabila jadual kelas MSI tak keluar lagi. Dalam sistem kata rujuk fakulti. So, pagi-pagi buta aku bangun awal...sebab nak panaskan enjin motor yang beku pastu nak bekejar ker pejabat siswazah. Sampai-sampai jer tengok jadual kat papan hanya ada beberapa subjek sahaja. Halooooo.....kenapa pengurusan jadual masih tidak lancar walaupun setiap tahun akan terbitnya tesis pengurusan masa dan jadual waktu kelas.

Dengan muka yang keliru, aku pun pergi ke pejabat. Kerani pejabat pun nampak keliru...( hati tertanya orang barukah??) aku tanya lain dia jawab lain. Adoiyai....bahasa melayu ok?? Nak saya sepiking....lepas terangkan masalah yang sebenar jawapan yang aku terima..." Pihak pentadbiran sedang memasukkan lagi kursus ke dalam sistem, setakat ni hanya ada 21 subjek dalam senarai pemilihan...selain itu jadual kelas juga belum dimasukkan lagi." Habis tuh, saya cuma perlu attand satu kelas jer ker??? Satu lagi saya terpaksa miss?? Kerani tu cakap sila update selalu sistem.

Hohohoho...pengurusan sistem yang tidak cekap akan hanya membuatkan keseluruhan jadual waktu aku dan pensyarah menjadi kelam kabut. Kalau minggu ni tak mula kelas, maka minggu depan mesti terkejar-kejar nak cover 2 topik sekaligus.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Kelas pertama MIT (Management Information Technology)

Agak mendebarkan masa masuk kelas nih, sebab.....

Dalam kelas nih aku jumpa balik dengan kengkawan MIS (Management Information System). Aku mula tanya sorang-sorang tentang subjek Pilihan diorang. Semuanya amik lain dari aku dan berpasangan. Aku??? Keseorangan lagi. Tiba-tiba hati dirasuk untuk tukar subjek sama dengan diorang. Tapi bila difikirkan balik dengan akal yang waras kenapa aku ambik master??

Aku tanya diaorang "Kenapa kamu ambil subjek tu?" Dia cakap senang score dan nampak best. Seorang lagi cakap sebab kawan dia ambik jugak, dan yang terakhir cakap, Pensyarah yang mencadangkan sebab ia bagus.

Subjek pilihan aku ialah Management and Searching Information (MSI), aku ambil subjek ni setelah aku dapati ianya mencapai objektif aku untuk ambil master.

Masa dalam kelas MIT, Dr. Maryati panggil nama sorang-sorang, (aku tak yah tunduk pun dia akan panggil jugak). Setiap pelajar perlu perkenalkan diri, pekerjaan dan kenapa ambil master?

Siapa nak jawapan aku kena PM aku sendiri yeah?? (^^)/

Dr. Maryati cakap jangan amik master kerana kiter nak kekayaan, pangkat atau nak pikat boyfren or girlfren lagi ramai or watever yang lebih kurang macam tu...tapi ambik master kerana kiter nak improve ourself, taknak berada di takuk yang sama. Kalau kite mati, kurang-kurang kiter ada sesuatu dalam diri kita.

Ok, maksud Dr. Maryati nih bukan la setiap orang kena amik master baru dapat improve diri atau hidup lebih baik ker, dia cuma nak perbetulkan niat, nawaitu kami semua sebab sambung belajar.

Dr pun cakap bila dah sambung belajar kena ada aturan yang cukup dan balance. Keep your life balance. Makan kena cukup, tidur kena cukup, rehat kena cukup. Kalau dah berkeluarga tuh kena pandai aturkan masa.

Hurm....terima kasih dr di atas motivasi yang sangat bermakna. Kini saya telah ingat kembali ke pangkal jalan matlamat saya.

bergambar sempena semester baru

----------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah menjadi kelaziman hidup aku, pada setiap permulaan langkah baru dalam hidup, Allah akan menguji kekuatan hati aku. Contohnya peristiwa adik eksiden.

Selain itu, adalah seorang hamba Allah ni, yang bagi aku sangat mempunyai keberanian hati untuk cuba berkawan semula dengan aku. Apakah niatnya ikhlas?? atau untuk membuat hati aku mengamuk (Astagfirullahal azim). Aku harap tidak, aku tidak pernah mengamuk, cuma remuk.

Aku tak pandai nak bermasam muka lama-lama ataupun tidak membalas sapaan dari kawan atau kenalan yang pernah buat hatiku terguris....tapi nak semesra dulu mungkin tidak. Ibarat kata dari seorang sahabat aku...

Cantiknya gubahan bunga pertama
tetapi bila ia gugur dan diubah semula,
walaupun cantik namun ia takkan seindah yang pertama

Ulasan

The Perfect Shield berkata…
woot!kamu udah masuk sem baru yep,,,awat lama x nampak? sibuk kah? xnk dtg umah ke? *wink*
Acik As berkata…
yer saya dah masuk sem baru....dan saya akan bz start mggu depan kot hik3..
memang nak sangat datang
pensil iman berkata…
as..xpelah..just face it dgn sabar..dugaan mmg xkn pnh bhnti dlm hidup kita ni..saya pun tingin nak smbung master jgk..hu..cuma kekangan msa skrg..(T.T)
Acik As berkata…
thanks..iman

boleh jer sambung master nanti bila dah ada masa yang sesuai...;)

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya