Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Lahir As

Assalammualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca My Idea @>---


Selamat hari lahir As...

Tepat jam 12.00 malam 17 Oktober 2010, saya dapat mesej dari kawan-kawan mengucapkan selamat hari lahir.

Saya telah berumur 25 tahun. Genap 25 tahun saya berada dimuka bumi ini. Satu pelukan erat dan kucupan didahi dari mak dan abah.

Satu hembusan doa di ubun-ubun dari mak seperti yang dilakukan sejak dari bayi lagi.

Apabila masuk saja tarikh 17 Oktober saya mula bayangkan mak tengah sakit hendak melahirkan saya. Air mata mula mengalir mengenangkan pengorbanan mak dan abah.

Di hari kelahiran saya, saya panjangkan lagi doa buat mak abah yang tercinta. Sakiti mak dan abah maka sakiti hati saya juga. Menangisnya mak abah maka menangis juga saya.

Saya juga tidak sempurna, terlepas kata-kata yang tidak enak pada mak abah. Saya pohon ampun dengan satu ciuman dan pelukan, minta maaf segalanya...

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam mak tanya apa yang saya mahukan...tapi tiada apa-apa yang saya nak, saya faham mak sibuk dengan orang baru dalam keluarga kami.

Kemudian mak kata, kupaskan kelapa, mak nak buat pengat pisang. Mak tahu saya sangat sukakan pengat pisang...tapi saya tidak pandai buat....(malas =P )

Sebelum pulang ke bangi, saya makan pengat pisang dua tiga mangkuk....fuhhhhh...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Dari jam 12 malam 17 Oktober sehingga 12 malam 18 Oktober saya tunggukan panggilan seseorang. Dia telah berjanji untuk membacakan satu surah dari Al-Quran. Saya tidak memaksa tapi saya sangat berharap. Saya nak call tapi saya ego....helloooooo...i'm a bufday gurl ok...hekhekehek

Akhirnya dia call saya pada jam 1230 malam...huhuhuhu...sangat terlambat....saya tahu awak takder credit....duk dalam hutan payah cari credit kan??????? saya nak topupkan pun saya tak mampu sebab saya sendiri dah sebulan tak topup. Owh...miskinnya saya..tapi hati saya kaya tau...hehehe...

Walaupun terlambat, saya bersedia untuk mendengar bacaan kamu itu. Terima kasih untuk dua surah itu. Ia antara hadiah yang paling bernilai yang saya terima dari orang-orang kesayangan saya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Di hari kelahiran saya, satu azam baru telah dibina...ia dibina hasil dari keperitan dan kemanisan yang telah berlaku selama 25 tahun hidup saya.





Ulasan

pensil iman berkata…
as..happy birthday..moga impian as tercapai hendaknya...

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...